BAB 1
PENGENALAN
1.1
Pengenalan Latihan Industri
Latihan
industri ialah salah satu syarat wajib bagi pelajar Kolej Komuniti Kok Lanas
sebelum layak dianugerahkan Sijil Kolej Komuniti Kok Lanas. Latihan industri diwujudkan
bagi menguji kemampuan pelajar dari segi kemahiran dan praktikal.
Latihan
industri juga diadakan dua kali setahun iaitu pada sesi Januari dan Julai. Saya
telah menjalani latihan selama 6 bulan pada sesi Januari 2011 dalam semester
ketiga. Kursus yang dijalani adalah kursus Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan.
Saya ditempatkan di syarikat Krai D’sign Sdn. Bhd.
Pada
setiap semester, Unit Latihan Industri Kolej Komuniti Kok Lanas akan
menempatkan pelajar-pelajar Kolej Komuniti ke lokasi latihan industri yang
sesuai dengan bidang yang diambil oleh pelajar samada di jabatan kerajaan
ataupun swasta. Penempatan latihan industri boleh dipilih oleh pelajar itu
sendiri atau melalui pihak kolej. Peluang menjalani Latihan Industri harus dimanfaatkan
oleh setiap pelajar untuk menimba ilmu dan pengalaman yang baru dan sentiasa
mengaitkan apa yang telah dipelajari di kolej dengan kerja yang di lakukan.
1.1.1
Objektif Latihan Industri
Latihan
Industri diwajibkan kepada semua pelajar yang mengikuti pengajian di Kolej Komuniti Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia, pelajar diwajibkan menjalani latihan industri selama
satu semester sebelum dianugerahkan sijil.
Diantara objektif latihan industri
adalah seperti berikut :
1.
Mendapat pendedahan kepada alam pekerjaan
sebenar.
2.
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.
3.
Memahami perkaitan di antara pengetahuan yang
dipelajari di bilik kuliah dengan amalan pratik di tempat latihan.
4.
Menghayati
semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik dengan pekerja di tempat
latihan.
5.
Mengukuhkan keyakinan diri dan kemahiran
berkomunikasi.
6.
Menyediakan laporan harian dan laporan
Latihan Industri.
1.1.2 Objektif Laporan Latihan Industri
Setiap pelajar
diwajibkan untuk menulis laporan mengenai latihan industri setelah tamat
latihan industri di organisasi. Laporan industri ini akan dihantar pada
semester seterusnya.
Bagi memastikan laporan industri ini mudah dinilai
beberapa format perlu di patuhi.
Diantara objektif-objektif
laporan adalah seperti berikut :
1.
Memudahkan pelajar menyemak dan membuat
rujukan pada masa hadapan.
2.
Sebagai panduan untuk pelajar untuk
menghadapi alam pekerjaan di masa hadapan.
3.
Menyenangkan pensyarah untuk membuat penilaian
prestasi pelajar semasa mengikuti kursus berkenaan sewaktu berada di Kolej
Komuniti Kementerian Pengajian Malaysia.
4.
Menyimpan segala maklumat dan pengalaman
berharga agar boleh dijadikan panduan kepada pelajar-pelajat pada masa akan
datang.
5.
Memberi pengalaman dan tunjuk ajar kepada
pelajar bagaimana cara untuk menyediakan laporan atau kertas kerja menggunakan
format yang berguna semasa di alam pekerjaan nanti.
6.
Melengkapkan diri sebagai seorang pelajar
yang berkemahiran tinggi dalam menggunakan teknologi yang sesuai pada masa
sekarang.
7.
Memahirkankan diri dalam penggunakan software dan subjek yang telah
dipelajari semasa berada di kolej komuniti.
1.2
Latar Belakang Penubuhan Syarikat
KRAI
D’SIGN merupakan sebuah perniagaan milikan tunggal yang telah ditubuhkan pada
16 Mei 2005. Ianya adalah sebuah syarikat milik bumiputra sepenuhnya.
Pada
dasarnya syarikat hanya berkecimpung dalam bidang pembuatan papan tanda.
Syarikat juga membekalkan alat tulis, alat-alat pejabat dan membekalkan pakaian
seragam sekolah. Ini kerana syarikat mempunyai hubungan yang baik dengan
pengilang-pengilang bagi membekalkan barangan tersebut. Secara umumnya pihak syarikat
mempunyai pelanggan dari sektor kerajaan dan swasta.
Sebelum
Krai D’sign ditubuhkan secara rasmi, pemilik telah memulakan perniagaan ini
secara sambilan selama 2 tahun. Hal ini berikutan kerana pemilik ingin menimba
pengalaman yang lebih mendalam dan meluas dahulu dalam menceburkan diri
sepenuhnya dalam perniagaan percetakan ini. Dengan pengalaman dan pengetahuan
serta permintaan yang tinggi dalam bidang ini, pemilik telah membuat keputusan
dan mengambil langkah untuk membuka sendiri perniagaan berkaitan dengan bidang
percetakan.
Setelah
menjalankan perniagaan ini selama 4 tahun, Krai D’sign telah menaiktarafkan
syarikat kepada Sendirian Berhad. Kini ianya dikenali sebagai Krai D’sign Sdn.
Bhd ( KDSB ). Tujuan syarikat menaiktaraf adalah untuk meneroka kearah
pengsyarikatan korporat. Hal ini pula disokong dengan kepakaran yang dimiliki
oleh pemilik yang selama ini berpengatahuan luas dalam bidang percetakan.
Selain itu, Krai D’sign Sdn. Bhd juga disokong oleh beberapa buah anak syarikat
tempatan lain yang lebih berpengalaman dalam bidang yang sama mahupun
pembinaan, institusi-institusi kewangan dan badan-badan kerajaan mahupun bukan
kerajaan.
Krai
D’sign Sdn. Bhd sentiasa memberi kepuasan maksimum kepada para pelanggan dengan
memastikan produk yang dikeluarkan mempunyai tahap kualiti yang baik. Walaupun
baru sahaja ditubuhkan tetapi pihak syarikat tetap memegang dasar keikhlasan
dan ketelusan supaya produk yang dihasilkan sentiasa mencapai tahap kualiti
yang optima.
Dengan
restu daripada semua pihak dan komitmen daripada semua pekerja, InsyaAllah Krai
D’sign Sdn. Bhd mampu menyumbang kepakaran bagi mengukuhkan ekonomi Negara
sekaligus turut membantu Negara dalam merealisasikan Wawasan 2020.
1.2.1 OBJEKTIF DAN WAWASAN
Syarikat
Krai D’sign Sdn. Bhd ( KDSB ) ditubuhkan
lanjutan komitmen tinggi bagi menyahut seruan kerajaan kea rah menuju Negara
maju yang mempunyai kepakaran dan kemahiran yang tinggi di bidang percetakan.
Objektif dan wawasan KDSB adalah:
·
Memberikan
perkhidmatan terbaik kepada pelanggan
·
Menjadi
sektor ekonomi yang mampu bersaing secara global dengan dunia luar
·
Melaksanakan
seruan kerajaan untuk membangunkan Negara
1.1.2 Objektif Laporan Latihan Industri
Setiap pelajar
diwajibkan untuk menulis laporan mengenai latihan industri setelah tamat
latihan industri di organisasi. Laporan industri ini akan dihantar pada
semester seterusnya.
Bagi memastikan laporan industri ini mudah dinilai
beberapa format perlu di patuhi.
Diantara objektif-objektif
laporan adalah seperti berikut :
1.
Memudahkan pelajar menyemak dan membuat
rujukan pada masa hadapan.
2.
Sebagai panduan untuk pelajar untuk
menghadapi alam pekerjaan di masa hadapan.
3.
Menyenangkan pensyarah untuk membuat penilaian
prestasi pelajar semasa mengikuti kursus berkenaan sewaktu berada di Kolej
Komuniti Kementerian Pengajian Malaysia.
4.
Menyimpan segala maklumat dan pengalaman
berharga agar boleh dijadikan panduan kepada pelajar-pelajat pada masa akan
datang.
5.
Memberi pengalaman dan tunjuk ajar kepada
pelajar bagaimana cara untuk menyediakan laporan atau kertas kerja menggunakan
format yang berguna semasa di alam pekerjaan nanti.
6.
Melengkapkan diri sebagai seorang pelajar
yang berkemahiran tinggi dalam menggunakan teknologi yang sesuai pada masa
sekarang.
7.
Memahirkankan diri dalam penggunakan software dan subjek yang telah
dipelajari semasa berada di kolej komuniti.
1.1
Latar Belakang Penubuhan Syarikat
KRAI
D’SIGN merupakan sebuah perniagaan milikan tunggal yang telah ditubuhkan pada
16 Mei 2005. Ianya adalah sebuah syarikat milik bumiputra sepenuhnya.
Pada
dasarnya syarikat hanya berkecimpung dalam bidang pembuatan papan tanda.
Syarikat juga membekalkan alat tulis, alat-alat pejabat dan membekalkan pakaian
seragam sekolah. Ini kerana syarikat mempunyai hubungan yang baik dengan
pengilang-pengilang bagi membekalkan barangan tersebut. Secara umumnya pihak syarikat
mempunyai pelanggan dari sektor kerajaan dan swasta.
Sebelum
Krai D’sign ditubuhkan secara rasmi, pemilik telah memulakan perniagaan ini
secara sambilan selama 2 tahun. Hal ini berikutan kerana pemilik ingin menimba
pengalaman yang lebih mendalam dan meluas dahulu dalam menceburkan diri
sepenuhnya dalam perniagaan percetakan ini. Dengan pengalaman dan pengetahuan
serta permintaan yang tinggi dalam bidang ini, pemilik telah membuat keputusan
dan mengambil langkah untuk membuka sendiri perniagaan berkaitan dengan bidang
percetakan.
Setelah
menjalankan perniagaan ini selama 4 tahun, Krai D’sign telah menaiktarafkan
syarikat kepada Sendirian Berhad. Kini ianya dikenali sebagai Krai D’sign Sdn.
Bhd ( KDSB ). Tujuan syarikat menaiktaraf adalah untuk meneroka kearah
pengsyarikatan korporat. Hal ini pula disokong dengan kepakaran yang dimiliki
oleh pemilik yang selama ini berpengatahuan luas dalam bidang percetakan.
Selain itu, Krai D’sign Sdn. Bhd juga disokong oleh beberapa buah anak syarikat
tempatan lain yang lebih berpengalaman dalam bidang yang sama mahupun
pembinaan, institusi-institusi kewangan dan badan-badan kerajaan mahupun bukan
kerajaan.
Krai
D’sign Sdn. Bhd sentiasa memberi kepuasan maksimum kepada para pelanggan dengan
memastikan produk yang dikeluarkan mempunyai tahap kualiti yang baik. Walaupun
baru sahaja ditubuhkan tetapi pihak syarikat tetap memegang dasar keikhlasan
dan ketelusan supaya produk yang dihasilkan sentiasa mencapai tahap kualiti
yang optima.
Dengan
restu daripada semua pihak dan komitmen daripada semua pekerja, InsyaAllah Krai
D’sign Sdn. Bhd mampu menyumbang kepakaran bagi mengukuhkan ekonomi Negara
sekaligus turut membantu Negara dalam merealisasikan Wawasan 2020.
1.2.1 OBJEKTIF DAN WAWASAN
Syarikat
Krai D’sign Sdn. Bhd ( KDSB ) ditubuhkan
lanjutan komitmen tinggi bagi menyahut seruan kerajaan kea rah menuju Negara
maju yang mempunyai kepakaran dan kemahiran yang tinggi di bidang percetakan.
Objektif dan wawasan KDSB adalah:
·
Memberikan
perkhidmatan terbaik kepada pelanggan
·
Menjadi
sektor ekonomi yang mampu bersaing secara global dengan dunia luar
·
Melaksanakan
seruan kerajaan untuk membangunkan Negara
1.4
PRODUK KRAI D’SIGN SDN. BHD
Semasa
di syarikat KRAI D’SIGN Sdn. Bhd, saya banyak belajar mengenai bidang
percetakan. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah:
1.
Percetakan
·
Signboard
/ Billboard
·
Banner
·
Street
bunting
·
Rubber
stamp / Bisnes Card
·
Name
tag
·
Engraving
·
Hang
tag / Signage / Label
·
Brochure
/ Poster / Flyer
·
Softboard
/ Whiteboard
2.
Cenderamata
·
Medal
·
Plak
·
Sijil
·
Trofi
BAB
2
KEMAJUAN
KERJA
Sepanjang mengikuti latihan industri di syarikat ini,
berbagai-bagai pengetahuan dan kemahiran dapat diperolehi. Pengetahuan dan
kemahiran ini adalah sebagai lanjutan daripada pengetahuan dan kemahiran yang
diperolehi sepanjang pembelajaran di Kolej Komuniti. Secara tidak langsung, kemahiran yang
diperolehi dapat memantapkan lagi kemahiran yang sedia ada sebagai bantuan
untuk menghadapi alam pekerjaan. Hari bekerja di Krai D’sign adalah pada hari Sabtu
sehingga Khamis. Waktu kerja pula adalah dari pukul 9.00 pagi sehingga 6.00
petang. Cuti adalah pada hari Jumaat.
2.1 RINGKASAN KERJA SEPANJANG LATIHAN INDUSTRI
Latihan industri ini mengambil masa selama 6 bulan.
Tempoh masa yang diberikan untuk mengikuti latihan ini memadai bagi memantapkan
beberapa kemahiran lanjutan daripada kemahiran yang diberikan semasa
pembelajaran
. 2.1.1 MINGGU PERTAMA ( 9.01.2011 HINGGA 13.01.2011 )
Saya melapor diri di syarikat Krai D’sign pada hari Ahad
tarikh 9 Januari 2011. Melapor diri di hadapan pengurus syarikat tersebut yang
merupakan penyelia kepada saya sepanjang praktikal ini iaitu Encik Aniff bin
Mohd Ariffin. Encik Aniff memberi keterangan mengenai latar belakang syarikat
ini dan sesi berkenalan dengan kakitangan syarikat.
Mendapat tunjuk ajar cara membuat rubberstamp dan sticker daripada
Cik Nor Suriza yang merupakan staf di situ. Beliau amat mahir dalam membuat rubberstamp, name tag, dan membuat stiker.
Saya berpeluang membuat rubberstamp sendiri sambil dipantau oleh beliau.
Mendapat penerangan dari Puan Nur Nadirah mengenai
perniagaan di Krai D’sign.
Pada
minggu kedua pelatih dikehendaki membuat rubberstamp
dan mengambil tempahan dari pelanggan. Bagi memudahkan pelanggan, pihak
syarikat menerima tempahan melalui faks, panggilan telifon, email dan sistem
pesanan ringkas. Harga rubberstamp
dikira mengikut baris. Pada baris yang pertama rubberstamp dinilai dengan harga RM 5.00 ayat seterusnya dinilai
mengikut bilangan baris yang dikehendaki oleh pelanggan.
Contohnya
:
2.1.3 Minggu
Ketiga ( 22.01.2011 hingga 27.01.2011 )
Pada minggu ketiga, saya
membuat rubberstamp dan mengambil
tempahan dari pelanggan . Saya beajar mengambil pesanan ini adalah hasil tunjuk
ajar dari Puan Nur Nadirah. Beliaulah yang menguruskan kewangan syarikat. Proses membuat rubberstamp ini dibuat dalam software
Coreldraw. Fungsi yang ada pada Coreldraw hampir sama dengan adobe photoshop
dan adobe illustrator.
Pada
minggu ini juga saya belajar cara untuk memotong kad bisnes dengan mesin
memotong. Dengan ada mesin ini kad yang dipotong kelihatan kemas apabila
disusun dan yang pasti pengurus di sini amat mementingkan kekemasan serta
menetas sticker.
2.1.4 Minggu
Keempat ( 29.01.2011 hingga 03.02.2011 )
Pada
minggu keempat, saya membuat rubberstamp
dan mengambil tempahan dari pelanggan. Rubberstamp
yang dijual di Krai D’sign mempunyai banyak bentuk mengikut kehendak serta
kemahuan pelanggan. Selain itu juga, saya belajar memotong banner, menetas
stiker untuk ditampal pada lori.
Contoh rubberstamp
bentuk bulat dalam Coreldraw :
1.
Pick tool
2.
Format text
3.
Charater : 30
4.
Saiz nama 10, bawah
8.5
5.
47 mm, bawah 16
2.1.5 Minggu
Kelima ( 05.02.2011 hingga 10.02.2011 )
Pada
minggu kelima, saya membuat rubberstamp
dan mengambil tempahan dari pelanggan. Hampir setiap hari saya membuat rubberstamp menjadikan saya tidak lagi
berasa kekok untuk melakukan tugasan yang akan di berikan seturusnya oleh Cik
Nor Suriza.
Rajah 2.4 Mesin rubberstamp
Ini
adalah mesin rubberstamp yang manual.
Saya belajar menggunakan mesin ini. Mesin
ini telah dihantar ke cawangan Krai D’sign di Gua Musang dan digantikan dengan
mesin auto.
2.1.6 MINGGU KEENAM ( 12.02.2011 HINGGA 17.02.2011
)
Pada minggu keenam, saya
masih lagi membuat rubberstamp dan
mengambil tempahan dari pelanggan. Namun pada 13 Februari saya diberi
kepercayaan oleh Encik Muhd Wafiy Firdaus untuk mereka bentuk banner sempena
majlis sambutan Mualidur Rasul anjuran Dewan Muslimat Pas Kuala Krai. Saya
menyempurnakan hasil kerja yang pertama saya ini di dalam software adobe
illustrator. Saiz banner ini 4’x
8’.
Selepas
Encik Wafiy Firdaus berpuas hati dengan hasil kerja saya maka saya diberi
kepercayaan untuk mereka bentuk banner-banner yang seterusnya. Antara banner yang saya lakukan pada minggu
ini ialah untuk Sekolah Kebangsaan Kampung Bedal untuk Mesyuarat Agung PIBG dan
sekolah-sekolah lain untuk banner sempena majlis sambutan Maulidur Rasul. Pada
15 Februari cuti sempena sambutan Mualidur Rasul. Saya juga melakukan sendiri
proses memotong banner-banner yang telah siap dicetak.
2.1.7 MINGGU KETUJUH ( 19.02.2011 HINGGA 24.02.2011
)
Pada
minggu ketujuh, saya mengambil alih mereka bentuk banner dan signboard kerana
terlalu banyak tempahan dari pelanggan. Antara banner yang saya reka adalah
untuk:
1.
Sekolah
Menengah Agama Maahad Rahmaniah Kuala Krai sempena Pesta Kokurikulum ( PESKO )
saiz 7’ x 3 dan 8’x 4’.
2.
Sekolah
Kebangsaan Sultan Yahya Petra 2 saiz 4’x 8’ sempena Mesyuarat Agung PIBG.
3.
Sekolah
Kebangsaan Bandar Kuala Krai sempena sambutan Maulidur Rasul saiz 4’x 8’.
4.
Sekolah
Kebangsaan Sungai Sam sempena program Kecemerlangan, Keceriaan dan Keselamatan.
5.
Kedai
Iza Roti Canai saiz 2’ x 5’.
6.
Sekolah
Kebangsaa Menengah Kuala Krai sempena majlis Muzakarah Keibubapaan PIBG PMR
saiz 4’x 8’.
7.
Menu
makanan saiz 2’x 5’ ( taip teks sahaja ).
8.
Asrama
Semakmur SMK Manek Urai sempena program
Kem Harapan Makmur saiz 4’ x 8’.
Pihak Krai D’sign juga telah
mendapat arahan daripada pihak Pegawai Pendidikan Daerah, untuk setiap banner
yang dihasilkan untuk sekolah-sekolah kerajaan mestilah di letakkan logo 1
Malaysia dan banner hendaklah berwarna merah.
Selain
itu juga, saya mereka bentuk signboard untuk :
1. Kedai Kak Nah Keropok saiz 3’x 10’. ( signboard lampu )
2. Kedai Umi Barakah saiz 3’x 10’.
Mereka
bentuk carta Visi dan Misi untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh.Setiap signboard
yang dihasilkan mestilah menggunakan huruf jawi. Bagi memudahkan kerja, saya
diajar oleh Encik Nur Hazriq untuk mendapatkan huruf jawi secara mudah serta
penggunaan ejaan jawi yang betul di www.ejawi.net. Setiap jalan kerja saya
lakukan di dalam adobe illustrator. Bagi mengedit gambar saya lakukan di dalam
software photoshop. Saya juga melakukan kerja seperti pemotongan banner,
menetas sticker, mengambil pesanan dan memotong papan reflex. Menulis bil dan
cek.
2.1.8 Minggu
KeLAPAN ( 26.02.2011 HINGGA 03.03.2011 )
Pada
minggu kelapan, saya dan mengambil tempahan dari pelanggan dan mereka bentuk
banner untuk :
1.
Hospital
Kuala Krai sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Hospital Kuala Krai
saiz 3’x 8’.
2.
Elini Enterprise ( Ejen Insurans ) saiz 40 cm x 68
cm
Mereka bentuk nombor peserta larian 1 Malaysia
untuk lima buah sekolah iaitu :
1.
SMK Bandar
2.
SMK Keroh
3.
SMK Laloh
4.
SM Sultan Yahya Petra 2
5.
SK Bandar
Setiap
jalan kerja saya lakukan di dalam software adobe illustrator. Bagi mengedit
gambar saya lakukan di dalam software adobe photoshop. Saya juga melakukan
kerja seperti memotong banner. Saya juga berkesempatan belajar tentang fungsi
dan kawalan kamera DSLR.
2.1.9 Minggu
Kesembilan ( 05.03.2011 HINGGA 10.03.2011 )
Pada
minggu kesembilan, saya mengambil tempahan dari pelanggan dan mereka bentuk
banner untuk :
1.
SK Temalir untuk murid cemerlang UPSR 5A 2010 saiz 4’ x 8’.
2. Lembaga
Pertubuhan Negeri Kelantan sempena program
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-31
dan Hari Terbuka Kawasan
Stong, Dabong saiz 3’ x 10’.
3. Program Khidmat Negara saiz 3’ x 10’.
Mereka
bentuk bunting untuk :
1.
Maahad Rahmaniah saiz 2’ x 5’ untuk senarai pelajar
cemerlang bagi peperiksaan PMRU,
PMR dan SMU tahun
2010.
Mereka
bentuk label untuk :
1.
Pejabat Tanah ( Jelaskan Hasil Tanah Elakkan Tindakan
Perampasan. )
Mereka
bentuk papan tanda :
1.
Moto, Visi dan Misi untuk Sekolah Kebangsaan Sungai Pas saiz.
Setiap
jalan kerja saya lakukan di dalam software adobe illustrator. Bagi mengedit
gambar saya lakukan di dalam software adobe photoshop. Saya juga melakukan
kerja seperti memotong banner dan banting. Memotong kad bisnes. Menulis bil dan
cek.
2.1.10 Minggu
Ke sepuluh( 12.03.2011 hingga 17.03.2011 )
Pada
minggu kesepuluh, saya ditugaskan untuk membuat rubber stamp kerana Cik Nor
Suriza tidak hadir kerana bercuti dan mengambil tempahan pelanggan. Saya juga mereka bentuk lebal kedai :
1.
Kedai Runcit ( menjual barangan dapur serta makanan dan
minuman )
Mereka bentuk signboard untuk :
1.
LANDZU SANTAN saiz 2’x 3’.
Selain itu juga saya mereka
bentuk banner untuk :
1. Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkebang saiz
3’x 8’ sempena menyambut
kedatangan Pengetua baru.
2. Sekolah Kebangsaan Manek
Urai saiz 3’ x 8’ yang juga sempena menyambut
kedatangan Pengetua baru.
Setiap
jalan kerja saya lakukan di dalam software adobe illustrator. Bagi mengedit
gambar saya lakukan di dalam software adobe photoshop. Saya juga memotong
banner. Saya juga memotong sticker saiz 1’ x 1’ untuk setiap sticker berwarna
hitam dan putih. Menulis bil dan cek. Belajar cara mengambil yang menarik
dengan kamera DSLR.
2.1.11 Minggu
Ke sebelas ( 19.03.2011 hingga 24.03.2011 )
Pada
minggu kesebelas, saya ditugaskan untuk membuat rubber stamp kerana Cik Nor
Suriza tidak hadir kerana bercuti dan mengambil tempahan pelanggan. Saya juga
mereka bentuk banner untuk :
1.
Tini Guest House saiz 3’ x 6’.
2.
Maahad Rahmaniah saiz 8’x 4’ dan 7’ x3’ untuk Kejohanan Bola Sepak
Peringkat MASSAK.
3.
Sekolah Kebangsaan Lata Rek saiz 3’x 10’ untuk pelajar target UPSR
2011.
4. Sekolah
Kebangsaan Kemubu saiz 3’x 10’ untuk Mensyuarat Agung
PIBG.
5.
Ikan Yie Tok Bali saiz 3’x 6’.
6.
Karnival Sukan Memperingati Sambutan Hari Polis ke-204 Tahun 2011 Peringkat
Balai Polis Manek Urai saiz 3’x 8’.
Setiap
jalan kerja saya lakukan di dalam software adobe illustrator. Bagi mengedit
gambar saya lakukan di dalam software adobe photoshop.
2.1.12 Minggu
Ke-dua belas( 26.03.2011 hingga 31.03.2011 )
Pada
minggu ke dua belas, saya didedahkan dengan kerja baru iaitu membuat papan
tanda jalan raya. Walaupun saya tidak terlibat untuk kesemua kerja-kerja
pembuatan papan tanda ini tetapi sekurang-kurang saya dapat menambah
pengetahuan saya. Untuk kerja kali saya diberi
tugas untuk memotong huruf menggunakan sticker reflex untuk ditampal
pada papan tanda tersebut.
Saya dibantu oleh Puan Nur Nadirah
untuk menyiapkan kerja ini.Hasil kerja bagi membentukkan huruf-huruf ini
sebelum dipotong dilakukan di dalam software Casemate.
Saya juga menyiapkan peta lakaran
untuk kawasan pentadbiran operasi KESEDAR Mengkebang. Mengambil masa beberapa
hari untuk menyiapkan peta tersebut.
Saya juga mereka bentuk banner untuk SK. Sungai Pas untuk program
Mensyuarat Agung PIBG.
Hasil
kerja ini kesemuanya saya lakukan di dalam adobe illustrator. Saya juga
memotong banner. Saya juga mengambil tempahan dari pelanggan. Menulis bil.
2.1.13 Minggu Ke
tiga belas( 02.04.2011 hingga 07.04.2011 )
Pada
minggu ke tiga belas, saya diberi tugas
sekali lagi untuk untuk memotong huruf dan nombor menggunakan sticker reflex
untuk ditampal pada papan tanda tersebut. Saya juga tetas sticker untuk senarai
nama kakitangan JKR Kuala Krai pada whiteboard dan tracing gambar logo kereta
Viva yang telah di scan untuk di buat sticker. Selain itu juga saya mereka
bentuk banner :
1.
Saiz 3’x 6’ untuk Warung Roti Canai & Air Tuak.
2.
Amanah Ikhtiar Malaysia untuk agenda mesyuarat saiz 2’x 5’.
Saya
juga membuat rubber stamp dalam Coreldraw dan saya juga mengambil tempahan
daripada pelanggan.
2.1.14 Minggu Ke
empat belas ( 09.04.2011 hingga 14.04.2011 )
Pada
minggu ke empat belas, saya memotong
banner dalam kuantiti 10 unit untuk Pejabat Tanah. Selain itu juga saya memotong
huruf dengan sticker reflex untuk papan tanda jalan raya dan mengambil tempahan
daripada pelanggan. Saya juga mereka bentuk banner
untuk :
1. Petronas Kuala Krai untuk mengucapkan selamat datang
kepada
pelanggan
mereka saiz 3’x 10’.
2. KOPENAS untuk Mensyuarat Agung saiz 36 in x 96 in.
3. Pasukan Inspektorat saiz 36 in x 120 in.
4. Banner untuk stokis. Banner ini mengambil masa
beberapa juga untuk
Disiapkan.
5. Menaip teks untuk Pelan Takaful Health ( Prudential
BSN )
6. Warung Cikgu Safira saiz 3’x 12’ dan banting saiz 6’x
2’.
Setiap
jalan kerja saya lakukan di dalam software adobe illustrator. Bagi mengedit
gambar saya lakukan di dalam software adobe photoshop.
2.1.15 Minggu
Ke lima belas ( 16.04.2011 hingga 21.04.2011 )
Pada
minggu ke lima belas. Mereka bentuk signboard untuk Hospital Kuala
Krai
saiz 4’x 6’ dan Saya telah mereka bentuk
banner untuk :
1. Sepak
Takraw untuk UMNO Bahagian Kuala Krai saiz 4’x 8’ ( 4 unit ).
2.
Kedai Makan Nawi saiz 2’x 8’.
3.
SMK Pahi untuk program English Camp 2011
dan untuk Perkhemahan
Agung Tahunan Unit-unit Beruniform serta
untuk Kadet Bomba.
4.
Sup Keting Meletup saiz 2’x5’.
5.
D’nam The Best Cendol saiz 3’x 4’.
6.
SMK Sultan Yahya Petra 2 untuk Perkhemahan Perdana saiz 4’x 10’.
Selain
itu juga saya mereka bentuk bunting untuk :
1.
SK Bandar bagi program Wakaf Buku dan program Jom ke Pusat
Sumber.
Hasil
kerja ini saya lakukan di dalam adobe illustrator adobe photoshop. Saya juga
memotong banner. Saya juga mengambil tempahan dari pelanggan.
2.1.16 MINGGU KE ENAM BELAS (23.04.2011 HINGGA 28.04.2011)
Pada
minggu ke enam belas, saya mengambil tempahan dari pelanggan dan mereka bentuk
singboard untuk :
1.
Kedai Cahaya Kamus Trading saiz 2’x 10.
- Kedai ini menjalankan perniagaan
seperti fotostat, binding dan liminite.
- Menjual prepaid Hotlink, Celcom dan
Happy. Logo Hotlink, Celcom dan
Happay saya download pada Vectorise Logo
di internet atas tunjuk
ajar Encik Nur Hazriq.
2.Doa makan untuk Sekolah Kebangsaan
Pahi
Mereka
bentuk banner untuk :
1.
Sekolah Kebangsaan Sungai Mengkuang untuk program Mesyuarat
Agung kali ke-28 saiz 4’x 8’.
2.
Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah dan Bola Jaring Terbuka Bukit Sireh
Anjuran Murni F.C saiz 3’x 8’ ( 2 unit ).
3.
Sukan Tahunan Sekolah Menengah Manek Urai saiz 3’x 8’.
Selain
itu juga saya mereka bentuk sticker dan lebel kedai untuk :
1.
Kedai air jus jambu saiz 12 in x12 in. ( stiker )
2.
Menu air untuk kedai jus jambu saiz 18” x 24”. ( lebel )
Pada
minggu ini saya juga diberi kepercayaan untuk menyiapkan reka
bentuk
carta organisasi Hospital Kuala Krai untuk unit :
1.
Unit Perkhidmatan Patalogi
2.
Psikiatri dan Kesihatan Mental.
Segala
hasil kerja saya ini saya lakukan dalam software adobe
illustrator.
Untuk mengedit gambar saya lakukan dalam software adobe photoshop. Saya juga perlu
memaklumkan kepada pekerjabengkel tentang saiz signboard dan saiz carta
organisasi tersebut untuk memudahkan
kerja mereka.
2.1.17 Minggu
Ke-TUJUH BELAS( 30.04.10 HINGGA 05.05.2011 )
Pada
minggu ke tujuh belas ini, saya hanya dapat mereka bentuk satu sahaja banner
untuk Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 2 untuk mengabadikan gambar murid target UPSR saiz 3’x8’.
Pada
1 Mei 2011 adalah cuti sempena hari pekerja.
Pada sepanjang minggu ini juga kami warga Krai D’sign bersama-sama
bergotong- royong mengemas barang-barang ini disebabkan oleh syarikat ini di
dalam membaik pulih dan membesarkan lagi bangunan.
Saya juga mengambil tempahan dari
pelanggan. Namun tempahan yang diambil tidak kesemuanya dapat dilakukan pada
minggu kerana keadaan tempat kerja yang
tidak tersusun dengan baik lagi. menulis bil dan cek.
Selain
itu, pada minggu ini juga pensyarah penyelia datang memantau pada 4 Mei 2011
2.1.18 Minggu
ke LAPAN BELAS (07.05.2011 HINGGA 12.05.2011 )
Pada
minggu ke lapan belas ini, saya mereka bentuk banner untuk :
1.
Daging Rusa Ada Jual Disini saiz 2’x 4’.
- Banner ini dipasang di pasar tani Kuala
Krai di Guchil.
2.
Repair Jeans saiz 28 in x 36 in.
3.
Su Nasi Berlauk Pagi ( menjual laksa lemak & laksa penang
) saiz
3’x 6’.
4.
Kamal Bridal N Collection saiz 3’x 6’. ( 2 unit )
5.
Wire Fried WFC saiz 4’x 6’ ini adalah menu makanan yang dijual di pasar malam
oleh penjual tersebut.
Selain
itu juga saya mereka bentuk bunting untuk :
1.
Menu jus buah-buahan saiz 12’’x 24”.
2.
Sekolah Kebangsaan Bahagia. Bunting yang dibuat ini
mengandungi
kata-kata semangat untuk semua pelajar sekolah
berkenaan. saiz 5’x 2’ sebanyak 6 unit.
Saya
juga mereka bentuk sticker untuk Gimnasium Segamat saiz 18”x 20” dan label
waktu beroperasi untuk gym. Saya juga melakukan kerja-kerja seperti memotong banner
dan memotong papan prospek yang telah siap di print untuk di jadikan label dan
mengambil tempahan dari pelanggan. Menulis bil.
2.1.19 Minggu
Ke SEMBILAN BELAS (14.05.10 HINGGA 19.05.2011 )
Pada
minggu kesembilan belas, saya mengambil tempahan dari pelanggan dan mereka
bentuk banner untuk :
1. Sambutan
Hari Pekerja 2011 saiz 3’x 8’.
2.
Hari Guru Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 2 saiz 3’x 8’.
3.
Hari Wesak daripada YB Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria saiz 4’x 8’.
4.
Hari Guru dari warga Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Krai saiz
4’x8’.
5.
Temasya Sukan Dwi Tahunan Sekolah Kebangsaan Bahagia saiz 3’x 8’.
6.
Sifir 2- 12 untuk Sekolah Kebangsaan Temalir saiz 2’x 5’.
7.
Hari Guru untuk Sekolah Kebangsaan Mengkebang saiz 3’x 8’.
Selain
itu juga saya mereka bentuk bunting untuk :
1.
Asrama Sekolah Kebangsaan Bahagia saiz 2’x 5’ yang
mengandungi
kata-kata semangat untuk pelajar asrama sekolah tersebut.
2.
GC SIM ELECTRIC saiz 2’x 5’ untuk 4 unit.
2.1.20 MINGGU KEDUA PULUH ( 21.05.2011 HINGGA
26.05.2011 )
Pada
minggu ke dua puluh ini, saya mereka bentuk banner untuk :
1.
Majlis Perasmian Hari Keluarga Dan Pengambaran Rancangan Anjung Bestari Komuniti 1Malaysia Manek Urai,
Kuala Krai saiz 4’x 8’ anjuran Jabatan Penerangan Kelantan Komuniti 1Malaysia
Manek Urai.
2.
Majlis Penyampaian Cek Motivasi Kecemerlangan Pelajar Sekolah-
sekolah dalam Wilayah Kuala Krai.
3.
Lan Berkat Enterprise saiz 3’x 8’.
4.
Pertandingan Menembak Muhibah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai 2011 sempena
memperingati hari polis yang ke-204.
5.
Az Internet saiz 3’x 8’ yang menawarkan perkhidmatan jualan to-up,
photostat, printing dan internet serta
servis komputer.
6.
Exra Refregeration and Air Conditioning saiz 3’x 10’.
Segala
kerja yang saya lakukan ini adalah di dalam software adobe illustrator dan
kerja mengedit di dalam adobe photoshop. Saya juga mengambil tempahan serta memotong
sendiri banner.
2.1.21
MINGGU KEDUA PULUH SATU ( 28.5.2011 HINGGA 02.06.2011 )
Pada
minggu ke dua puluh satu, saya telah mereka bentuk banner untuk :
1.
Pertandingan Dam Aji Terbuka Kuala Krai 2011 anjuran Pertubuhan Majlis Setia Rakyat Kelantan. Saiz 3’x 8’.
2.
KESEDAR Gua Musang untuk tanaman herba saiz 5’x 10’.
3.
Kejohanan sepak takraw peringkat Dun untuk Pemuda Umno.
Segala
hasil kerja ini saya lakukan di dalam adobe illustrator dan mengedit gambar di
dalam adobe photoshop. Saya menetas sticker untuk di tampal pada sisi lori.
2.1.22
MINGGU KEDUA PULUH DUA ( 04.06.2011 HINGGA 9.06.2011 )
Pada
minggu ke dua puluh dua adalah minggu terakhir saya praktikal di sini. Saya
sempat juga belajar cara menguasai fungsi dan kawalan kamera DSLR dengan Encik
Nur Hazriq. Walaupun beliau masih baru di dalam bidang ini namun pengetahuan
tentang kamera amat mengagumkan saya. Saya juga masih lagi mengambil tempahan
dari pelanggan dan melakukan kerja-kerja seperti memotong banner dan kad bisnes
dan memandangkan minggu ini akan diadaakan perlawanan bola sepak antara
Kelantan dan Terengganu syarikat Krai D’sign menerima banyak tempahan sticker
sempena perlawanan bola sepak tersebut dan saya membantu memotong sticker logo
negeri Kelantan. Majlis Perpisahan yang di anjurkan oleh pihak Krai D’sign.
BAB3::KERJA TERPILIH ANDA
|
BAB 4
ANALISA KERJA
Dalam menyiapkan kerja terpilih ini
saya dapati ada beberapa kelemahan dan kekuatan tersendiri. Jadi, saya telah
mengasingkan antara kekuatan dan kelmahan bagi rujukan diri saya pada masa akan
datang. Saya telah menganalisis setiap kerja terpilih supaya memberi saya
pelajaran bagi masa akan datang.Untuk menyiapkan laporan ini saya telah
menganalisis dari pelbagai sudut seperti aspek masa yang diberikan, bahan
rujukan serta maklumat yang diperolehi. Dalam melakukan sesuatu tugasan, saya melakukannya dengan
teliti dan bersungguh-sungguh supaya hasil kerja saya menepati apa yang
dikehendaki oleh majikan dan juga pelanggan.
4.1 KEKUATAN
Untuk mendapatkan hasil kerja yang
terbaik, saya banyak membuat rujukan daripada buku-buku dan internet. Saya juga
sentiasa bertanyakan pendapat dan tunjuk ajar daripada rakan sekerja di tempat
kerja dan pelatih yang menjalani latihan industri di tempat yang sama.
Selain itu, untuk menyiapkan kerja
dengan baik saya sentiasa berusaha melakukan kerja tanpa disuruh dan bantuan
daripada rakan sekerja manakala bagi mendapatkan penilaian yang baik daripda
penyelia saya sentiasa berusaha tidak melanggar peraturan tempat kerja
antaranya selalu menghadiri tempat kerja dengan tepat pada masa yang
ditetapkan,melakukan kerja yang disuruh tanpa banyak soal dan banyak
bertanyakan berkaitan komputer.
Pemerhatian juga dibuat dengan
melihat rakan sekerja menyelesaikan kerja dan sebagainya supaya pengetahuan saya
sentiasa bertambah.
4.2 KELEMAHAN
Kelemahan yang saya
dapati selama saya menjalani latihan industri ini ialah proses penyesuaian dengan
tempat kerja serta komunikasi yang lambat. Jikalau saya dapat menyesuaikan diri
dengan lebih cepat permasalahan dan tekanan untuk menjalani latihan di syarikat
KRAI D’SIGN tidak akan timbul. Apabila
membuat tugasan di bawah tekanan membuatkan kerja yang dilakukan kurang
memuaskan. Untuk menghasilkan hasil kerja yang baik saya perlu bertenang
dahulu.
Selain itu, saya juga kurang dari segi memahami arahan
yang diberikan dengan cepat. Oleh sebab itu, kadang kala kerja yang di lakukan
akan berulang dua tiga kali dan ini yang menyebabkan timbulnya tekanan dalam
kerja. Kelemahan ini telah di baiki dari masa ke masa dengan bantuan rakan
sekerja yang tidak jemu memberi nasihat dan tunjuk ajar.
4.3 PENGALAMAN ALAM PEKERJAAN
4.3.1 Masalah yang dihadapi
sepanjang tempoh latihan.
Pada
peringkat awal masalah yang saya hadapi semasa latihan industri ialah untuk
menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling seperti persekitaran kerja dan
komunikasi dengan rakan sekerja. Pada waktu ini saya masih tidak mempunyai
kawan. Kemudian, pada peringkat pertengahan baru saya dapat menyesuaikan diri
dengan rakan sekerja dan berkomunikasi dengan baik.Selepas itu,pada peringkat
akhir latihan industri tamat saya berasa terharu untuk berpisah dengan kakitangan
KARI D’SIGN dan pelatih lain.
4.4 Pengalaman
dan Pengetahuan
Selama saya praktikal, pelbagai pengalaman dan
pengetahuan yang saya perolehi. Antaranya saya dapat melihat sendiri inkjet printer machine dan bagaimana
cara ia berfungsi. Inilah kali pertama saya melihat inkjet printer machine yang digunakan untuk print banner, bunting, signboard dan sebagainya lagi. Bagi saya ini
adalah pengalaman yang amat berharga kepada saya kerana sebelum ini saya tidak
pernah langsung terfikir untuk melihat semua itu.
dalam proses membuat rubber
stamp seperti getah raising, kertas basic film dan sebagainya lagi.
Antara ilmu lain yang saya dapat hasil daripada latihan
industri ini adalah membaikpulih printer,
PC, belajar cara menguasai fungsi dan kawalan kamera DSLR, menulis bi
dan cek, melakukan kerja-kerja di bengkel seperti memotong banner, bunting,
menetas sticker, membuat papan tanda jalan raya dan sebagainya. Selain itu
bidang teknikal, saya juga dapat memantapkan komunikasi saya dengan orang lain
tidak kira golongan dan pangkat. Sekiranya pelanggan bertanyakan soalan kepada
saya tidak kira berkenaan banner contohnya atau atau saja melainkan peribadi,
saya akan menjawab soaan itu sebaiknya.
BAB 5
KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 KESIMPULAN
Syarikat Krai D’sign Sdn. Bhd ( KDSB )
adalah sebuah syarikat yang mempunyai daya saing yang tinggi dan mempunyai
kelebihan yang tersendiri. Perkhidmatan
yang diberikan menitik beratkan kepada kecemerlangan kakitangan kerajaan dan
menjadikan KDSB sebagai sebuah syarikat percetakan yang di segani oleh semua
golongan dan masyarakat setempat.
Komunikasi dan personaliti
yang baik membuatkan seseorang pelajar itu lebih yakin dan berani untuk
menyelesaikan tugasan yang diberikan. Kekuatan mental yang baik juga membantu
dalam mengatasi masalah seperti kegugupan dan hilang bicara jika bercakap
dengan pelanggan. Oleh itu, latihan industri telah melatih pelajar untuk
menjadi seorang pekerja yang baik di masa akan datang.
Selain itu, latihan
industri adalah salah satu kaedah yang dijalankan untuk melahirkan para pelajar
yang mempunyai daya saing dan inovatif dalam kerjaya serta dapat mempraktikkan
ilmu yang diperolehi sepanjang berada di pusat pengajian.
Memandangkan pengalaman
amat penting dalam diri seseorang, maka program seperti ini wajib untuk pelajar
yang ingin menamatkan kursus mereka samada di peringkat sijil mahupun diploma.
5.2
CADANGAN
Pengalaman amat penting
bagi seseorang pelajar mempraktikkan ilmu yang telah diajar. Cadangan saya
ialah pihak syarikat perlu menitik beratkan soal pembelajaran semasa latihan
industri ini. Pihak firma juga perlulah megambil berat tentang keselamatan dan juga
persekitaran pengkomputeran seperti pembangunan sistem, penyelenggaraan sistem,
penyelidikan, pembangunan dan sebagainya. Pelajar tidak sepatutnya melakukan
kerja-kerja perkeranian, seperti menaip dan membuat salinan nota, mengemas
pejabat dan yang melibatkan kerja tiada kaitan dengan pembelajaran. Pihak firma
juga perlu melihat kepada kos sara hidup pelajar semasa menjalani latihan
tersebut kerana kos hidup pada masa kini
amat tinggi bukan sahaja bagi pekerja. Disamping itu pihak firma juga perlulah menitik
beratkan soal keselamatan pelajar yang sedang menjalani latihan industri.Ini
kerana kita tidak tahu bahaya yang akan datang semasa menjalani latihan
industri.
NOTA:SETIAP KERJA YANG DILAKUKAN PERLU DISERTAI GAMBAR
KREDIT:WAHIDA AMALIN PELAJAR KURSUS Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan KOLEJ KOMUNITI KOK LANAS 2011.
UNTUK RUJUKAN - FORMAT TERKINI MEMBUAT LAPORAN
SEMOGA MEMBANTU ANDA....