Sebelum tengok kesan kerosakan, kita kena tahu apa
fungsi timing belt ni.
Dalam enjin kereta; fungsi gerakan piston, injap
bahan bakar dan injap eksoz mesti bergerak mengikut susunan dan masa tertentu,
supaya sistem pembakaran dan tujahan (hasilkan kuasa untuk gerakkan kereta)
dapat berfungsi dengan betul.
Gerakan piston turun-naik dan injap buka-tutup
inilah dikawal oleh timing belt. Secara mudahnya macam tu lah.
Bolehkah timing belt putus?
Ya, boleh. Semua komponen mekanikal pasti ada jangka
hayatnya (lifetime). Untuk timing belt, atas kertas biasanya perlu ditukar
setiap 100,000km (bergantung kepada jenis kereta dan kualiti timing belt).
Walaupun begitu, untuk kurangkan risiko, dinasihatkan untuk tukar setiap
80,000km sebab rekahan pada belt sudah mula muncul pada tahap ini.
Bayangkan jika anda tengah memandu 110km/j di
lebuhraya, ketika itu gerakan piston turun-naik sangat laju dan injap
buka-tutup dengan cepat (kadar milisaat), tiba-tiba... pommm!
Timing belt terputus...
Kesannya adalah semua komponen dalam blok enjin akan
jadi kucar kacir. Piston akan bengkok, retak dan patah. Injap akan patah dan
bengkok, atau silap-silap blok enjin akan crack. Tukar enjin keretalah
jawabnya.
Contoh kesan timing belt putus adalah seperti gambar
di bawah.
Injap bengkok. Tukar timing belt mengikut jadual maintenance
yang ditetapkan. Walaupun habis beratus-ratus, tapi boleh selamatkan dari duit
melayang beribu-ribu di kemudian hari.
Proses tukar timing belt untuk kereta V6. Enjin V6
(6 piston) ada 4 camshaft. Jadi timing belt lebih panjang dan lebih berbelit sikit
berbanding enjin kereta biasa (4 piston, 2 camshaft).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan