Mungkin ada dikalangan kita ni tahu menggunakan komputer
tetapi tidak tahu nak reloading balik windows yang dah rosak. Maksud windows
yang dah rosak ni adalah Windows yang dah corrupt. Aku ni bukan la nak cakap
teror bab-bab komputer ni tapi cuba anda bayangkan jika anda boleh reformat
semua komputer anda dengan windows baru, anda telah menjimatkan kos
penyelenggaraan ke kedai baiki komputer. Ini sudah bagus kan? Entri saya kali
ni nak berkongsi serba sedikit cara nak format PC mahupun laptop anda dengan
penjimatan yang teramat la sangat! Saya nak tunjukkan cara format Windows 7.
Bahan-bahan utama:
1. CD Windows 7 (saya syorkan Original. nak pakai Pirate
boleh je tapi diiktiraf sebagai pencuri, hehe)
2. Hardware Driver (boleh download terus di internet, simpan
dalam thumb drive ataupun burn ke cd)
3. Komputer ataupun laptop (Apple Computer adalah dilarang,
haha)
Langkah-langkah:
1. Sebelum memulakan formating untuk PC anda, saya
mengesyorkan anda untuk memeriksa hardware terutamanya cd drive anda berfungsi
dengan baik. Pastikan anda backup semua file penting! Ok, untuk laptop,
pastikan anda memasang bateri dan plug in power supply supaya tidak terjadi
apa-apa masalah ketika format.
- On kan PC anda, masukan CD dengan pantas!
- Pasti akan terpampang BIOS menu kan? Maksudnya terpampang dengan besarnya jenama PC anda di skrin. Menu ni sekejap je, cepat-cepat pilih CHANGE BOOT ORDER pada screen. Untuk Acer biasanya F12.
- Pilih DVD atau CD drive sebagai boot utama anda. Cd dalam cd driver akan berpusing dengan pantasnya.
- Akan keluar pilihan bahasa, tekan je bahasa pilihan anda, dan Next.
- Jangan Buat apa2 lepas tu sehinggalah keluarnya Notis ini : PRESS ANY KEY TO BOOT FROM CD/DVD DRIVE.... ha, tekan la pape pun yang nak ditekan (biasanya Enter)
2. Sekarang, loading sedang dijalankan. Pastikan anda tidak
melakukan apa-apa sehingga diberitahu. Pastikan juga tiada terputus bekalan
elektrik anda.
3. Setelah loading selesai, akan terpampar besar notis
INSTALL NOW kat screen anda. Tekan je kat situ. Selepas itu:
- Akan keluar notis LICENCE AND AGGREMENT. Tekan I Agree je.
- Akan keluar 2 pilihan, UPGRADE dan CUSTOM (ADVANCE). Pilih CUSTOM.
- Akan keluar lepas tu paparan ini :
4. Ok, dia akan teruskan proses dengan sendirinya. Pastikan
anda terus berada depan PC anda. Proses akan ambil masa dalam 20 minit mengikut
kelajuan komputer anda.
5. Habis je proses, dia akan restart dengan sendirinya akan
on sendiri. Jangan lakukan apa-apa. Jangan keluarkan CD!
6. Akan keluar sekali lagi PRESS ANY KEY TO BOOT FROM
CD/DVD. Take note, JANGAN IKUT APA YANG DIA SURUH. Biarkan sahaja, jangan tekan
apa-apa!
7. Setelah itu, akan keluar starting logo windows yang
biasa.
8. Windows akan cuba habiskan Installing sekali lagi. Jangan
lakukan apa-apa. Biarkan.............
9. Selepas semuanya habis, akan ada arahan seperti berikut :
- Setup is preparing for the first use.
- Insert the username.
- Type Password (kalau nak la)
- Insert CD Key (Windows 7 Product Key)
- Time Zoning
- Network Selection (Lan Dan Wlan)
- Windows is Finalizing your setting.
10.Korang ikut semua yang disuruh. Ikut Citarasa sendiri
(kecuali CD KEY).
11. Akan Keluar starting Screen. Kiranya dah settle dah
semua. Sekarang ni keluarkan CD tu, pastu masukan CD install Driver ataupun
cucuk je Thumb drive kat USB tu. Install je semua driver yang korang download
awal-awal tadi. Ha, kiranya siap la semua! Tahniah pada Anda!
Itu tadi kita dah memperlajari cara untuk reformat PC yang
dihostkan oleh saya. Pesanan saya kepada semua, ini semua adalah sebagai
Learning sahaja untuk membantu kawan-kawan yang sedang belajar. Tak rugi kalau
kita kongsi ilmu kan? Yang penting semua dapat merasa macam mana mudahnya suatu
pengetahuan. Senang kan? Semuanya Jimat! tak perlu nak takut kalau kena hantar
kedai baiki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan