Nuffnang

Ahad, 8 Mei 2016

Pendrive kena virus?

Pendrive Anda Kena virus? 

Habis hilang semua barang dalam pendrive? Pendrive ada isi tapi buka kosong je. Begini cara2 nya nak dapatkan balik. Ikut step2 pada gambar ni ikut turutan nombor berpandukan gambar atas.




1. Mula2 dimulakan dengan Bismillah disudahi dengan Alhamdullillah tengok pendrive ada pada (H:) atau (G:) kalau kat (H:) kena ingt la H ye. Kalau G ingat la G.



2. Search taip ni C:\Windows\System32\cmd.exe lepas tu tekan Enter.





3. Gambar no.3 ni sama je dgn gambar no.2 nak bg nampak penuh je.


4. Lepas tekan Enter tadi, benda hitam ni keluar dengan ayat sama macam tu. Jgn takut takde apa, takde rosak pc. Ini semua mainan dunia je.


5. Taip cd.. lepas pada ayat command C:\Windows\System32> tu ye. Lepas tu tekan Enter.


6. Selepas tekan enter tadi dia keluar lagi pendek dari ayat tadi. Ok ini sudah bagus. Memang ini yang kita mahu.


7. Taip lagi cd.. tekan Enter. Akan dia keluar tinggal C:\> je kan? Cantik memang dah betul sangat dah la tu.


8. Tadi no.1 tadi dah pesan suruh ingat pendrive tadi kat H atau G kan? Jadi kalau dekat H maka taiplah h: dan tekan Enter.


9. Tudia dia dah bertukar dari C jadi H kan? Betul la tu.


10. Kemudian taip lah ayat ni lepas pada H:\> tu kasi taip ni attrib -s -h -r /s /d tekan Enter. Kemudian tunggu. Sampai dia keluar bawah tu H:\> kalau dah ada kasi padam pangkah je paparan hitam ni. Pergi My Computer buka la pendrive.


11. Apabila buka ada balik semua yang kosong tadi dah jumpa balik. Alhamdullillah selamat dah ada balik. Selamat mencuba. Tapi kadang2 bukan semua pendrive yang kena virus boleh dapatkan balik. Ada juga dah buat macam ni pun tak boleh juga dapat balik. Yang tu tak boleh buat apa la ye.


SELAMAT MENCUBA..GOOD LUCK..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan