Nuffnang

Sabtu, 7 Mei 2016

CARA CARA MEMANFAATKAN DAN MENGUNAKAN DUIT KWSP ANDA



1.Pengeluaran Hilang Upaya

Pengeluaran ini hanya akan digunapakai kepada individu yang kehilangan upaya secara fizikal atau mental untuk terus bekerja. Doktor pakar, kedua-duanya datang sama ada dari hospital awam ataupun swasta  mestilah menilai ketidakupayaan individu dan menyediakan laporan , yang akan disertakan didalam borang permohonan. Pemohon mestilah tidak berkerja untuk mengeluarkan dana KWSP.

Had Pengeluaran
  • Keseluruhan dana KWSP.
Maklumat Tambahan
  • Selain dari mengeluarkan keseluruhan dana KWSP , ahli juga layak untuk menerima RM 5000 sekali sahaja sebagai manfaat hilang upaya dari KWSP, tertakluk kepada syarat-syarat disini
  • Sekiranya individu berkerja semula selepas memohon pengeluaran hilang upaya, dia perlu mencarum kembali berdasarkan kadar yang ditetapkan.
  • Ahli akan menerima dividen yang diumumkan pada tahun pengeluaran.


2. Pengeluaran Pendidikan

Pengeluaran ini ditawarkan kepada individu yang ingin membiayai  pengajian peringkat lebih tinggi di institut yang disahkan , samada tempatan ataupun antarabangsa. Ianya sah untuk ahli dan anaknya. Tambahan, pengeluaran ini boleh digunakan untuk menyelesaikan pinjaman pendidikan.

Had Pengeluaran
  • Yuran Pengajian atau seluruh Akaun 2 (Yang mana lebih rendah)
Maklumat Tambahan
  • Individu boleh memohon pengeluaran bagi setiap semester ataupun tahun akademik. Setiap pengeluaran berikutnya, adalah wajib bagi mengemukakan borang permohonan berserta dokumen sokongan
  • Bagi yang telah membuat bayaran kepada Institusi pengajian tinggi, masih boleh memohon pengeluaran dana
  • Pengeluaran ini tidak sah bagi individu yang menerima tajaan pendidikan. (Biasiswa, bantuan pendidikan ataupun pinjaman pendidikan).

3. Pengeluaran bagi pekerja yang berpencen dan Bersara pilihan.

Ahli KWSP yang masih berkerja di sektor awam dan layak untuk menerima pencen  adalah layak untuk mengeluarkan dana melalui skim pengeluaran pekerja berpencen.

Pengeluaran Pilihan bersara pula membenarkan ahli yang ingin bersara awal dari sektor awam

Had Pengeluaran
  • Semua dana yang dicarum oleh ahli, termasuk dividen yang diperolehi , setelah ditolak dari dana yang disumbangkan oleh kerajaan kepada dana persaraan (Kumpulan Wang Amanah Persaraan).

Maklumat Tambahan
  • Berikutan pengeluaran pekerja berpencen, individu itu tidak lagi dikira sebagai ahli EPF setelah membuat seluruh pengeluaran dari simpanan. Jika dia dilantik semula dan dengan sektor swasta pada masa hadapan, dia perlu untuk menyumbang semula kepada KWSP dengan menggunakan nombor ahli yang sama.
  • Individu boleh memilih untuk terus mencarum walaupun selepas membuat pengeluaran dengan mengisi borang KWSP 6A (1). Kadar caruman yang ditetapkan adalah tidak kurang RM 50.00 dan tidak melebihi RM 5000.00 sebulan. Walaubagaimanapun, dana yang dicarum adalah dari gaji individu itu sahaja, dan majikan tidak perlu mencarum.

4. Pengeluran Untuk Pelaburan Ahli

Melalui skim ini, ahli dengan simpanan yang melebihi Akaun 1 simpanan asas sekurang-kurangnya RM 5000, boleh mengeluarkan 20% dari jumlah lebihan untuk dilaburkan kepada Fund Management Institution  yang disahkan oleh Kementerian Kewangan.

Had Pengeluaran

Jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan adalah berdasarkan formula :

(Akaun 1 – Simpanan Asas) x 20%

Maklumat Tambahan

  • Bergantung kepada simpanan ahli dalam akaun 1, pelaburan berikutnya hanya boleh dilakukan selepas 3 bulan dari transaksi sebelumnya.
  • Apabila dana pelaburan dijuala, dana dan keuntungan akan dipulangkan ke Akaun 1 ahli.
  • Ahli tidak dibenarkan untuk mengeluarkan dana dari pelaburan.
  • Dividen EPF akan dikira berdasarkan jumlah yang tinggal dalam Akaun EPF. Amaun yang dikeluarkan tidak dikira sebagai dana EPF.
  • Tidak ada caj perkhidmatan bagi pelaburan melalui FMI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan