Nuffnang

Isnin, 9 Mei 2016

TANGKI RADIATOR KERING


Kalau enjin kereta overheat, berapa banyak air yang perlu diisi dalam tangki?
Biasanya kita matikan enjin, lepas tu isi air kan? Habis sebotol, air pun dah melimpah keluar dari tangki radiator.

Cara yang BETUL ialah, lepas isi sebotol air, anda kena hidupkan enjin supaya air dari tangki dipam masuk ke dalam ruang-ruang blok enjin (circulation), dan anda perlu tambah lagi air sehinggalah tangki betul-betul penuh.

Biasanya, jumlah air yang diperlukan untuk keseluruhan ruang cooling system adalah lebih kurang 4-4.5 liter.

Sebab tu kita kena standby 3 botol air mineral (1.5 liter) dalam kereta, untuk persediaan kalau enjin overheat.
. . . . .

Silakan SHARE jika info ini bermanfaat.

1 ulasan: