Nuffnang

Ahad, 1 Mei 2016

Proton Saga (Generasi pertama)


KISAH PROTON SAGA

Proton Saga generasi pertama ialah kereta pertama yang dihasilkan pengilang kereta Proton. Ia dibina atas landasan Mitsubishi Lancer hasil kerja sama antara kerajaan Malaysia dengan Mitsubishi Motor Jepun.Ia dilancarkan pada bulan 9 julai 1985 oleh Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri  Malaysia ketika itu. Pada awalnya ia dikeluarkan dalam bentuk salun dan kemudian, pada tahun 1987, sebuah model hatchback diperkenalkan.Proton generasi pertama ini mempunyai rekod pengeluaran yang paling lama antara model-model Proton, iaitu selama 23 tahun, sehinggalah ia diganti dengan Proton generasi kedua pada tahun 2008.Lebih daripada 1.2 juta unit dijual, dan ini menjadikan model generasi pertama ini model yang paling laris dijual Proton.

Sebelum model Saga dilancarkan, sebuah pertandingan memilih nama kereta kebangsaan negara yang pertama telah pun diadakan, dan nama model diambil daripada nama yang dipilih oleh pemenang pertandingan tersebut. Pemenang pertandingan tersebut iaitu Ismail Jaafar, seorang tentera bersara memilih nama "Saga" kerana biji saga (Adenanthera pavonina) amat mudah didapati di Malaysia.
Tun Dr. Mahathir juga menggunakan kereta Proton Saga yang menggunakan enjin Mitsubishi Sirius sambil mengibarkan bendera malaysia semasa upacara perasmian Jambatan Pulau Pinang pada 14 September 1985. Model terawal Proton Saga menggunakan enjin yang dibekalkan oleh Mitsubishi.
Proton Saga (Aeroback) (automatic) (first generation, first facelift) (front), Kuala Lumpur.jpg Rancangan untuk membina Proton Saga bermula pada tahun 1979 apabila Dr Mahathir mengutarakan idea bagi kereta nasional Beliau mencadangkan penubuhan sebuah industri pemasangan dan pengilangan automotif di Malaysia. Pada tahun 1982, kerajaan Malaysia menubuhkan Projek Kereta Nasional. Mimpi Dr Mahathir terkabul apabila syarikat pengilang kereta, proton diperbadankan. Lelaran pertama Proton Saga generasi pertama dilancarkan pada 9 Julai 1985.

Pada awalnya bekalan Saga rendah, dengan hanya 700 buah yang sempat dibina sebelum upacara pelancaran. Kereta-kereta tersebut dijual dengan cepat dan Proton menghadapi masalah untuk memeuaskan permintaan orang ramai. Proton hanya mendapat bahagian pasaran besar selepas keupayaan pengilanagnnya dibesarkan pada Julai 1986. Proton mula-mula menceburi pasaran eksport pada tahun 1986, dengan penerimaan Proton Saga pertama oleh Bangladesh pada 26 Disember 1986, diikuti New zealand,Brunei,Malta dan Sri Lanka pada tahun 1987. Saga ke-10,000 juga disiapkan pada tahun Julai 1986.
Pada bulan Januari 1987, Proton Saga 1.5L salun diperkenalkan kepada pasaran. Model ini menggunakan enjin 1.5 liter 4G15 ORION Mitsubishi tetapi tidak banyak berubah daripada Saga 1985. Kemudian pada Oktober 1987, sebuah varian hatchback yang dipanggil Proton Saga Aeroback dilancarkan. Varian ini juga menggunakan enjin 1.5 liter yang digunakan untuk salun, tetapi menampilkan bahagian belakang yang direka baharu. Tahun 1987 juga merupakan tahun pengeluaran Saga ke-50,000.
Proton Saga ke-100,000 dikeluarkan pada tahun 1988, Proton Saga ke-200,000 pada Mei 1990, dan Proton Saga ke-300,000 dilancarkan pada tahun 1991. Bermula semenjak akhir dekad 1980-an, jumlah Proton Saga meningkat setiap tahun.
Proton Saga dipasang istimewa untuk bertanding/belumba dalam kelas pengeluar di Kejihanan Rali Dunia dengan nama Proton pertonas dan dipandu oleh Karamjit singh. Kereta ini membuat beliau telah beberapa kali memenangi Kejohanan Rali Asia Pasifik dan Kejohanan Rali Dunia dengan kereta ini.
Sehingga tahun 1993, permohonan akan kereta ini kekal tinggi. Sehingga pada akhirnya, Proton Saga dipasarkan diBritish Iternational show 1993.
Lelaran kedua (1992 - 2003)
Lelaran pertama Proton Saga generasi pertama ialah dari 1985 sehingga 1992. Lelaran kedua Proton Saga generasi dilancarkan sebagai "Proton Saga Iswara".

Anugerah yang diraih


  • 1991 Majalah What a car? – Best Value Car of the Year (Proton Saga 1.5E Aeroback) (Kereta Nilai Terbaik Tahunan ((Proton Saga 1.5E Aeroback)
  • 1992 Majalah Auto Express – Best Value Popular New Cars (Kereta Popular Baharu Nilai Terbaik) 
  • 1993 Majalah What Car – Best Buy Family Car up to £10,000 (Kereta Famili sehingga £10,000 Pembelian Terbaik)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan