Nuffnang

Isnin, 9 Mei 2016

BAGAIMANA CARA NAK ELAK TAYAR SLIP (GELINCIR) BILA TEKAN BREK MENGEJUT



Pernah tak alami situasi – masa tengah bawak kereta laju, tiba-tiba terkejut tengok lampu brek kereta depan, kemudian kita tekan brek mengejut. Tapi brek tak mencengkam, terasa kereta melayang dan kita pun rasa blur tak tahu nak buat apa, tiba-tiba dah sondol kereta depan.
Kenapa situasi ni boleh terjadi? Macam mana nak elakkan?

Sebenarnya kalau kita tahu bagaimana ia boleh terjadi, kita boleh elakkan dengan teknik tertentu.
Macam ni...

Biasanya tayar kereta bergerak dengan kelajuan tertentu, dengan membawa momentum kereta (berat kereta sekitar 2,000 kg). Masa nak hentikan atau perlahankan kereta, kita mesti kenakan sejumlah daya untuk hentikan hentikan tayar.

Tapi bila kita tekan mengejut, daya yang dikenakan dah terlebih, menyebabkan tayar terus berhenti dan terkunci. Patutnya kena tekan sikit-sikit. Tapi disebabkan kita nak elak kereta depan, kita terus tekan kuat-kuat.

Bila tayar terkunci, momentum kereta akan paksa kereta terus ke depan. Masa tu, kereta akan bergerak di atas satu titik tayar saja (sebab tayar dah tak berpusing) – rujuk gambar kalau tak faham. Sebab tu kalau kita pusing stereng pun, kereta tetap bergerak ke arah asal (depan).
Apa faktornya jadi macam tu?

Sudah tentulah disebabkan sistem brek konvesional (macam brek basikal). Pemandu sendiri kena kawal kadar tekanan brek. Kalau brek ABS, sistem ni ada otak sendiri. Jadi walaupun tekan brek mengejut, dia akan fikir sendiri untuk cengkam brake disc sikit-sikit.

Bunga tayar yang semakin nipis. Herotan bunga tayar yang tebal dapat bantu meningkatkan geseran antara tayar dan permukaan jalan.

Permukaan jalan yang licin. Tahu tak kenapa kebanyakan di simpang 4 sekarang ni diletakkan bata-bata merah? Selain dari dapat kurangkan kerosakan jalan di kawasan selekoh, juga untuk tingkatkan cengkaman tayar masa membelok.

Hujan dan lembap, menyebabkan jalan jadi licin dan kurang geseran. Sebab tu jenis tayar kereta F1 bergantung kepada keadaan hujan, lembap, panas, malam, etc.

Bagaimana cara nak elakkan TAYAR SLIP bila terpaksa BREK MENGEJUT?

Tips PERCUMA ini boleh diamalkan oleh semua lapisan masyarakat. Tak perlu bayar sebelum tekan brek. Kalau ternampak kereta depan brek mengejut, ikuti langkah berikut:

1. Tekan brek
2. Lepas
3. Tekan brek
4. Lepas
5. Tekan brek
6. Lepas
7. Tekan sehingga habis

Lebih kurang macam teknik PAM. Buat dengan laju, cekap dan yakin. BIASAKAN teknik ini di waktu-waktu biasa dengan berulang-ulang. Bila berhadapan situasi kecemasan, kaki anda AUTOMATIK akan guna teknik ini.

Mudah ke mudah?

Kalau tengok dari luar kereta, memang akan nampak kereta tersedak. Tapi insyaAllah anda boleh elakkan tayar kereta dari terkunci secara berterusan.
Faham ke faham?
. . . . . .
💀 Bila kali terakhir anda cek brake pad kereta, dah haus ke belum?
💀 Cuba cek minyak brek cukup ke tak.
💀 Macam mana kalau tiba-tiba brek tak makan sebab anda tak pernah check dua benda di atas?
. . . . . .

Silakan SHARE kepada kawan-kawan jika tips ini bermanfaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan