Nuffnang

Selasa, 26 April 2016

KAEDAH PENYEDIAAN PENCAIRAN ASID DAN BAHAN KIMIA


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Disini saya ingin berkongsi kaedah pencairan asid dan bahn kimia secar ringkas dan tepat.Saya amat beharap ia bermanfaat  kepada pelajar-pelajar aliran sains ,pembantu makmal sekolah mahupun di universiti dan lain lain.Semoga ianya bermanfaat kepada anda semua.Sekiranya ada kesalahan diminta tinggalkan komen anda di bawah.kita sama-sama dalam proses belajar.

1.    Asid Hidroklorik Cair (HCL)  dalam kuantiti 2mol
-Larutkan 170ml asid hidroklorik pekat dalam air suling sehingga menjadi 1000ml.

2.      Asid Sulfurik Cair (H2SO4) dalam kuantiti 1mol
-Larutkan 56ml asid Sulfurik pekat dalam air suling sehingga menjadi 1000ml.

3.       Asid Nitrik Cair (HNO3)  dalam kuantiti 2mol
- Larutkan 130ml asid nitrik pekat dalam air suling sehingga menjadi 1000ml.

4.      Natrium Hidroksida Cair  (NAOH) dalam kuantiti 2mol
- Larutkan 80g pepejal natrium hidroksida dalam air suling sehingga menjadi 1000ml.

5.      Ammonia Cair (Amomonia Solution) dalam kuantiti 2mol
-Larutkan 140ml ammonia pekat dalam air suling sehingga menjadi 1000ml.

6.      Air Kapur (CaOH2)
-Masukkan pepejal kalsium hidroksida yang berlebihan ke dalam air dalam suatu botol.Goncangkan dan biarkannya beberapa jam.Turaskan larautan tepu yang jernih dan gunakan sebagai air kapur.

7.       Natrium Karbonat Cair (Na2CO3) dalam kuantiti 0.5mol.
- Larutkan 53g pepejal natrium karbonat dalam air suling sehingga menjadi 1000ml.

8.       Larutan Barium Klorida Cair (BaCI) dalam kuantiti 0.5mol.
- Larutkan 122g pepejal barium klorida dalam air suling sehingga menjadi 1000ml.

9.      Larutan Argentum Nitrat (AgNO3) dalam kuantiti 0.1mol.
- Larutkan 17g pepejal  argentum nitrat dalam air suling sehingga menjadi 1000ml.

10.   Lrutan Ferum (II) Sulfat (FeSO4) dalam kuantiti 0.5mol.
- Larutkan 139g pepejal ferum (II) sulfat dalam 100ml asid sulfuric cair dan kemudian  campurkan air suling sehingga menjadi 1000ml.

11.     Larutan Kalium Dikromat (IV),K2Cr2O7 dalam kuantiti 0.2mol.
- Larutkan 59g pepejal Kalium Dikromat (IV) dalam air suling sehingga menjadi
1000ml.

12.    Larutan Kalium Manganat (VII),KMnO4
- Larutkan kira kira 4g pepejal KMnO4 dalam 1000ml air suling.

13.    Larutan Plumbum (II) Nitrat,Pb(NO3) dalam kuantiti 0.5mol.
-- Larutkan 165g pepejal Plumbum (II) Nitrat dalam air suling sehingga menjadi
1000ml.
14.    Larutan Kalium Iodida (KI) dalam kuantiti 0.5mol.
-Larutkan 83g pepejal KI dalam air suling sehingga menjadi 1000ml.

15.    Larutan Kalium Heksasianoferat (II),K4Fe(CN6) dalam kuantiti 0.1mol.
- Larutkan 50g pepejal Kalium Heksasianoferat (II) dalam air suling sehingga menjadi 1000ml.

16.    Larutan Kalium Heksasianoferat (III), K3Fe(CN6) dalam kuantiti 0.1mol.
- Larutkan 50g pepejal  Kalium Heksasianoferat (III) dalam air suling sehingga menjadi 1000ml.

17.    Larutan Kalium Tiosanat,KSCN dalam kuantiti 0.1mol.
- Larutkan 50g pepejal  Kalium Tiosanat dalam air suling sehingga menjadi 1000ml.

18.    Larutan Bromin Berair (Br2)
-Dengan cermatnya masukan kira kira 5ml cecair bromin ke dalam suatu botol kaca.Kemudian campurkan 250ml air suling.Tutup botol dan goncangkan.Simpan botol bromin berair di dalam kebuk wasap.

19.   Larutan Klorin Berair (CI2)
-Gas klorin disediakan dengan menitikan HCI pekat ke atas pepejal KMNO4.Salurkan gas klorin yang terkeluar itu ke dalam air dalam almari kebuk wasap sehingga suatu larutan kuning-hijau diprolehi.Larutan Chlorox juga boleh digunakan.

20.  Larutan Iodin
-Larutkan 20g pepejal Kalium iodide dalam 50ml air suling.Tambahkan 12g pepejal iodin dan kacau untuk melarutkannya kemudian campurkan air suling sehingga 1000ml.

21.    Larutan Ferum (III) Klorida,FeCI3 dalam kuantiti 0.5mol.
-Larutkan 135g pepejal Ferum (III) Klorida dalam 100ml asid hidroklorik cair kemudian tambahkan air suling sehingga 1000ml.

22.  Larutan Kalium Kromat (IV),K2CrO4 dalam kuantiti 0.1mol.
-Larutkan 135g pepejal kalium kromat (IV) dalam air suling sehingga 1000ml.
-154g=1mol , 77g=0.5mol

23.   Larutan Kalsium Klorida,CaCI2 dalam kuantiti 0.2mol
-Larutkan 50g pepejal kalsium klorida dalam air suling sehingga menjadi 1000ml.

24.  Larutan Kalium Klorida (KCI) dalam kuantiti 0.5mol
-Larutkan 37.3g pepejal kalium klorida dalam air suling sehingga 1000ml.

25.  Larutan Kalium Bromida (KBr)
-Larutkan kalium bromida dalam air suling sehingga menjadi 1000ml.
26.  Larutan Kanji 1%
-Campurkan 1g pepejal kanji dengan 20ml air suling untuk memebentuk suatu gam.Tuangkan gam itu kedalam lebih kurang 80ml air suling yang mendidih.Didihkan selama 2-3 minit sehingga larutan jernih terbentuk.Biarkan ia sejuk.

27.   Penunjuk Fenolftalein
-Larutkan 1g pepejal fenolftalein dalam 100ml 95% etanol.Campurkan 100ml air suling sambil mengacau.Turaskan jika mendakan terbentuk.

28.   Penunjuk Metal Jingga
-Larutkan 0.1g pepejal dalam 100ml air suling.Kemudian turaskan.

29.  Penunjuk Metal Jingga
-Larutkan 1g pepejal dalam 100ml 95% etanol.Cairkan dengan 100ml air suling.

30.  Pottasium hydroxide (KOH)
-56g = 1000ml untuk 1mol
-112g = 1000ml untuk 2mol

31.    Asid Etanoik (asic asetic)
-Masukkan 150ml asid etanoik pekat dalam air suling sehingga 1000ml.

32.   Natrium Thiosulfat dalam kuantiti 0.2mol.
-Masukkan 31.6g natrium thiolsulfat ke dalam air suling sehingga 1000ml.

33.   Argentum Nitrat(silver nitrate) dalam kuantiti 0.5mol.
-Masukkan 85g argentum nitrat ke dalam 1000ml air suling.

34.   Natrium Klorida dalam kuantiti 0.5mol.
-Masukkan 58.5g Natrium Klorida ke dalam 1000ml air suling.

Semoga bermanfaat untuk anda.

11 ulasan:

  1. Assalamualaikum.. Boleh tahu pencairan asid etanoik itu utk berapa molar? Tq

    BalasPadam
  2. kalau asid hidroklorik 0.5 mol
    & natrium hidroxide 0.5mol..mcm mana ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thru formula bg asid :
      V = [mw / ( ρ . %w/w )] . M
      Then darab dgn volume diperlukan ratio kpd 1000ml for standard preparation.

      Padam
  3. Kalau KI nak 0.5mol & Pb (NO3)2 0.5mol
    Cmne plk ye

    BalasPadam
  4. Cara pencairan asid etanoik 2 mol

    BalasPadam
  5. Mcmne pengiraan utk pencairan natrium thiosulfat asal 0.5 moldm³ mnjadi 0.2 moldm³

    BalasPadam