Nuffnang

Selasa, 6 November 2012

CONTOH LAPORAN LATIHAN INDUSTRI KOLEJ KOMUNITI DAN POLITEKNIK (FOTOGRAFI DAN IKLAN)



BAB 1


PENGENALAN
  
1.1          Pengenalan Latihan Industri


Latihan industri ialah salah satu syarat wajib bagi pelajar Kolej Komuniti Kok Lanas sebelum layak dianugerahkan Sijil Kolej Komuniti Kok Lanas. Latihan industri diwujudkan bagi menguji kemampuan pelajar dari segi kemahiran dan praktikal.

Latihan industri juga diadakan dua kali setahun iaitu pada sesi Januari dan Julai. Saya telah menjalani latihan selama 6 bulan pada sesi Januari 2011 dalam semester ketiga. Kursus yang dijalani adalah kursus Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan. Saya ditempatkan di syarikat Krai D’sign Sdn. Bhd.

Pada setiap semester, Unit Latihan Industri Kolej Komuniti Kok Lanas akan menempatkan pelajar-pelajar Kolej Komuniti ke lokasi latihan industri yang sesuai dengan bidang yang diambil oleh pelajar samada di jabatan kerajaan ataupun swasta. Penempatan latihan industri boleh dipilih oleh pelajar itu sendiri atau melalui pihak kolej. Peluang  menjalani Latihan Industri harus dimanfaatkan oleh setiap pelajar untuk menimba ilmu dan pengalaman yang baru dan sentiasa mengaitkan apa yang telah dipelajari di kolej dengan kerja yang di lakukan.

1.1.1 Objektif Latihan Industri

Latihan Industri diwajibkan kepada semua pelajar yang mengikuti  pengajian di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, pelajar diwajibkan menjalani latihan industri selama satu semester sebelum dianugerahkan sijil.

Diantara objektif latihan industri adalah seperti berikut :
1.            Mendapat pendedahan kepada alam pekerjaan sebenar.
2.            Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.
3.            Memahami perkaitan di antara pengetahuan yang dipelajari di bilik kuliah dengan amalan pratik di tempat latihan.
4.            Menghayati  semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik dengan pekerja di tempat latihan.
5.            Mengukuhkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi.
6.            Menyediakan laporan harian dan laporan Latihan Industri.

1.1.2 Objektif Laporan Latihan Industri

             Setiap pelajar diwajibkan untuk menulis laporan mengenai latihan industri setelah tamat latihan industri di organisasi. Laporan industri ini akan dihantar pada semester seterusnya.
            Bagi memastikan laporan industri ini mudah dinilai beberapa format perlu di patuhi.

Diantara objektif-objektif laporan adalah seperti berikut :

1.            Memudahkan pelajar menyemak dan membuat rujukan pada masa hadapan.
2.            Sebagai panduan untuk pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan di masa hadapan.
3.            Menyenangkan pensyarah untuk membuat penilaian prestasi pelajar semasa mengikuti kursus berkenaan sewaktu berada di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Malaysia.
4.            Menyimpan segala maklumat dan pengalaman berharga agar boleh dijadikan panduan kepada pelajar-pelajat pada masa akan datang.
5.            Memberi pengalaman dan tunjuk ajar kepada pelajar bagaimana cara untuk menyediakan laporan atau kertas kerja menggunakan format yang berguna semasa di alam pekerjaan nanti.
6.            Melengkapkan diri sebagai seorang pelajar yang berkemahiran tinggi dalam menggunakan teknologi yang sesuai pada masa sekarang.
7.            Memahirkankan diri dalam penggunakan software dan subjek yang telah dipelajari semasa berada di kolej komuniti.

1.2          Latar Belakang Penubuhan Syarikat

KRAI D’SIGN merupakan sebuah perniagaan milikan tunggal yang telah ditubuhkan pada 16 Mei 2005. Ianya adalah sebuah syarikat milik bumiputra sepenuhnya.

Pada dasarnya syarikat hanya berkecimpung dalam bidang pembuatan papan tanda. Syarikat juga membekalkan alat tulis, alat-alat pejabat dan membekalkan pakaian seragam sekolah. Ini kerana syarikat mempunyai hubungan yang baik dengan pengilang-pengilang bagi membekalkan barangan tersebut. Secara umumnya pihak syarikat mempunyai pelanggan dari sektor kerajaan dan swasta.

Sebelum Krai D’sign ditubuhkan secara rasmi, pemilik telah memulakan perniagaan ini secara sambilan selama 2 tahun. Hal ini berikutan kerana pemilik ingin menimba pengalaman yang lebih mendalam dan meluas dahulu dalam menceburkan diri sepenuhnya dalam perniagaan percetakan ini. Dengan pengalaman dan pengetahuan serta permintaan yang tinggi dalam bidang ini, pemilik telah membuat keputusan dan mengambil langkah untuk membuka sendiri perniagaan berkaitan dengan bidang percetakan.

Setelah menjalankan perniagaan ini selama 4 tahun, Krai D’sign telah menaiktarafkan syarikat kepada Sendirian Berhad. Kini ianya dikenali sebagai Krai D’sign Sdn. Bhd ( KDSB ). Tujuan syarikat menaiktaraf adalah untuk meneroka kearah pengsyarikatan korporat. Hal ini pula disokong dengan kepakaran yang dimiliki oleh pemilik yang selama ini berpengatahuan luas dalam bidang percetakan. Selain itu, Krai D’sign Sdn. Bhd juga disokong oleh beberapa buah anak syarikat tempatan lain yang lebih berpengalaman dalam bidang yang sama mahupun pembinaan, institusi-institusi kewangan dan badan-badan kerajaan mahupun bukan kerajaan.
Krai D’sign Sdn. Bhd sentiasa memberi kepuasan maksimum kepada para pelanggan dengan memastikan produk yang dikeluarkan mempunyai tahap kualiti yang baik. Walaupun baru sahaja ditubuhkan tetapi pihak syarikat tetap memegang dasar keikhlasan dan ketelusan supaya produk yang dihasilkan sentiasa mencapai tahap kualiti yang optima.

Dengan restu daripada semua pihak dan komitmen daripada semua pekerja, InsyaAllah Krai D’sign Sdn. Bhd mampu menyumbang kepakaran bagi mengukuhkan ekonomi Negara sekaligus turut membantu Negara dalam merealisasikan Wawasan 2020.

1.2.1    OBJEKTIF DAN WAWASAN
Syarikat Krai D’sign Sdn. Bhd ( KDSB ) ditubuhkan lanjutan komitmen tinggi bagi menyahut seruan kerajaan kea rah menuju Negara maju yang mempunyai kepakaran dan kemahiran yang tinggi di bidang percetakan. Objektif dan wawasan KDSB adalah:
·         Memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan
·         Menjadi sektor ekonomi yang mampu bersaing secara global dengan dunia luar
·         Melaksanakan seruan kerajaan untuk membangunkan Negara




1.1.2 Objektif Laporan Latihan Industri

             Setiap pelajar diwajibkan untuk menulis laporan mengenai latihan industri setelah tamat latihan industri di organisasi. Laporan industri ini akan dihantar pada semester seterusnya.
            Bagi memastikan laporan industri ini mudah dinilai beberapa format perlu di patuhi.

Diantara objektif-objektif laporan adalah seperti berikut :

1.            Memudahkan pelajar menyemak dan membuat rujukan pada masa hadapan.
2.            Sebagai panduan untuk pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan di masa hadapan.
3.            Menyenangkan pensyarah untuk membuat penilaian prestasi pelajar semasa mengikuti kursus berkenaan sewaktu berada di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Malaysia.
4.            Menyimpan segala maklumat dan pengalaman berharga agar boleh dijadikan panduan kepada pelajar-pelajat pada masa akan datang.
5.            Memberi pengalaman dan tunjuk ajar kepada pelajar bagaimana cara untuk menyediakan laporan atau kertas kerja menggunakan format yang berguna semasa di alam pekerjaan nanti.
6.            Melengkapkan diri sebagai seorang pelajar yang berkemahiran tinggi dalam menggunakan teknologi yang sesuai pada masa sekarang.
7.            Memahirkankan diri dalam penggunakan software dan subjek yang telah dipelajari semasa berada di kolej komuniti.



 1.1          Latar Belakang Penubuhan Syarikat

KRAI D’SIGN merupakan sebuah perniagaan milikan tunggal yang telah ditubuhkan pada 16 Mei 2005. Ianya adalah sebuah syarikat milik bumiputra sepenuhnya.

Pada dasarnya syarikat hanya berkecimpung dalam bidang pembuatan papan tanda. Syarikat juga membekalkan alat tulis, alat-alat pejabat dan membekalkan pakaian seragam sekolah. Ini kerana syarikat mempunyai hubungan yang baik dengan pengilang-pengilang bagi membekalkan barangan tersebut. Secara umumnya pihak syarikat mempunyai pelanggan dari sektor kerajaan dan swasta.

Sebelum Krai D’sign ditubuhkan secara rasmi, pemilik telah memulakan perniagaan ini secara sambilan selama 2 tahun. Hal ini berikutan kerana pemilik ingin menimba pengalaman yang lebih mendalam dan meluas dahulu dalam menceburkan diri sepenuhnya dalam perniagaan percetakan ini. Dengan pengalaman dan pengetahuan serta permintaan yang tinggi dalam bidang ini, pemilik telah membuat keputusan dan mengambil langkah untuk membuka sendiri perniagaan berkaitan dengan bidang percetakan.

Setelah menjalankan perniagaan ini selama 4 tahun, Krai D’sign telah menaiktarafkan syarikat kepada Sendirian Berhad. Kini ianya dikenali sebagai Krai D’sign Sdn. Bhd ( KDSB ). Tujuan syarikat menaiktaraf adalah untuk meneroka kearah pengsyarikatan korporat. Hal ini pula disokong dengan kepakaran yang dimiliki oleh pemilik yang selama ini berpengatahuan luas dalam bidang percetakan. Selain itu, Krai D’sign Sdn. Bhd juga disokong oleh beberapa buah anak syarikat tempatan lain yang lebih berpengalaman dalam bidang yang sama mahupun pembinaan, institusi-institusi kewangan dan badan-badan kerajaan mahupun bukan kerajaan.

Krai D’sign Sdn. Bhd sentiasa memberi kepuasan maksimum kepada para pelanggan dengan memastikan produk yang dikeluarkan mempunyai tahap kualiti yang baik. Walaupun baru sahaja ditubuhkan tetapi pihak syarikat tetap memegang dasar keikhlasan dan ketelusan supaya produk yang dihasilkan sentiasa mencapai tahap kualiti yang optima.

Dengan restu daripada semua pihak dan komitmen daripada semua pekerja, InsyaAllah Krai D’sign Sdn. Bhd mampu menyumbang kepakaran bagi mengukuhkan ekonomi Negara sekaligus turut membantu Negara dalam merealisasikan Wawasan 2020.

1.2.1    OBJEKTIF DAN WAWASAN

Syarikat Krai D’sign Sdn. Bhd ( KDSB ) ditubuhkan lanjutan komitmen tinggi bagi menyahut seruan kerajaan kea rah menuju Negara maju yang mempunyai kepakaran dan kemahiran yang tinggi di bidang percetakan. Objektif dan wawasan KDSB adalah:
·         Memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan
·         Menjadi sektor ekonomi yang mampu bersaing secara global dengan dunia luar
·         Melaksanakan seruan kerajaan untuk membangunkan Negara



1.4     PRODUK KRAI D’SIGN SDN. BHD

Semasa di syarikat KRAI D’SIGN Sdn. Bhd, saya banyak belajar                mengenai bidang percetakan. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah:
                 1.    Percetakan

·         Signboard / Billboard
·         Banner
·         Street bunting
·         Rubber stamp / Bisnes Card
·         Name tag
·         Engraving
·         Hang tag / Signage / Label
·         Brochure / Poster / Flyer
·         Softboard / Whiteboard

                        2.    Cenderamata

·         Medal
·         Plak
·         Sijil
·         Trofi



BAB 2


KEMAJUAN KERJA


            Sepanjang mengikuti latihan industri di syarikat ini, berbagai-bagai pengetahuan dan kemahiran dapat diperolehi. Pengetahuan dan kemahiran ini adalah sebagai lanjutan daripada pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi sepanjang pembelajaran di Kolej Komuniti.  Secara tidak langsung, kemahiran yang diperolehi dapat memantapkan lagi kemahiran yang sedia ada sebagai bantuan untuk menghadapi alam pekerjaan. Hari bekerja di Krai D’sign adalah pada hari Sabtu sehingga Khamis. Waktu kerja pula adalah dari pukul 9.00 pagi sehingga 6.00 petang. Cuti adalah pada hari Jumaat.




2.1       RINGKASAN KERJA SEPANJANG LATIHAN INDUSTRI


            Latihan industri ini mengambil masa selama 6 bulan. Tempoh masa yang diberikan untuk mengikuti latihan ini memadai bagi memantapkan beberapa kemahiran lanjutan daripada kemahiran yang diberikan semasa pembelajaran

2.1.1    MINGGU PERTAMA  ( 9.01.2011 HINGGA 13.01.2011 )


Saya melapor diri di syarikat Krai D’sign pada hari Ahad tarikh 9 Januari 2011. Melapor diri di hadapan pengurus syarikat tersebut yang merupakan penyelia kepada saya sepanjang praktikal ini iaitu Encik Aniff bin Mohd Ariffin. Encik Aniff memberi keterangan mengenai latar belakang syarikat ini dan sesi berkenalan dengan kakitangan syarikat.
Mendapat tunjuk ajar cara membuat rubberstamp dan sticker daripada Cik Nor Suriza yang merupakan staf di situ. Beliau amat mahir dalam membuat rubberstamp, name tag, dan membuat stiker. Saya berpeluang membuat rubberstamp sendiri sambil dipantau oleh beliau.
Mendapat penerangan dari Puan Nur Nadirah mengenai perniagaan di Krai D’sign.

 2.1.2    Minggu kedua ( 15.01.2011 hingga 20.01.2011 )                               

Pada minggu kedua pelatih dikehendaki membuat rubberstamp dan mengambil tempahan dari pelanggan. Bagi memudahkan pelanggan, pihak syarikat menerima tempahan melalui faks, panggilan telifon, email dan sistem pesanan ringkas. Harga rubberstamp dikira mengikut baris. Pada baris yang pertama rubberstamp dinilai dengan harga RM 5.00 ayat seterusnya dinilai mengikut bilangan baris yang dikehendaki oleh pelanggan.


Contohnya :

                       
2.1.3    Minggu Ketiga ( 22.01.2011 hingga  27.01.2011 )


                        Pada minggu ketiga, saya membuat rubberstamp dan mengambil tempahan dari pelanggan . Saya beajar mengambil pesanan ini adalah hasil tunjuk ajar dari Puan Nur Nadirah. Beliaulah yang menguruskan kewangan syarikat.  Proses membuat rubberstamp ini dibuat dalam software Coreldraw. Fungsi yang ada pada Coreldraw hampir sama dengan adobe photoshop dan adobe illustrator.  

Pada minggu ini juga saya belajar cara untuk memotong kad bisnes dengan mesin memotong. Dengan ada mesin ini kad yang dipotong kelihatan kemas apabila disusun dan yang pasti pengurus di sini amat mementingkan kekemasan serta menetas sticker.


2.1.4    Minggu Keempat ( 29.01.2011 hingga 03.02.2011 )


Pada minggu keempat, saya membuat rubberstamp dan mengambil tempahan dari pelanggan. Rubberstamp yang dijual di Krai D’sign mempunyai banyak bentuk mengikut kehendak serta kemahuan pelanggan. Selain itu juga, saya belajar memotong banner, menetas stiker untuk ditampal pada lori.

Contoh rubberstamp bentuk bulat dalam Coreldraw :

1.            Pick tool
2.            Format text
3.            Charater : 30
4.            Saiz nama 10, bawah 8.5
5.            47 mm, bawah 16


2.1.5    Minggu Kelima ( 05.02.2011 hingga 10.02.2011 )


Pada minggu kelima, saya membuat rubberstamp dan mengambil tempahan dari pelanggan. Hampir setiap hari saya membuat rubberstamp menjadikan saya tidak lagi berasa kekok untuk melakukan tugasan yang akan di berikan seturusnya oleh Cik Nor Suriza.






Rajah 2.4 Mesin rubberstamp
           
Ini adalah mesin rubberstamp yang manual. Saya belajar menggunakan mesin ini.  Mesin ini telah dihantar ke cawangan Krai D’sign di Gua Musang dan digantikan dengan mesin auto.            





 2.1.6    MINGGU KEENAM ( 12.02.2011 HINGGA 17.02.2011 )


       Pada minggu keenam, saya masih lagi membuat rubberstamp dan mengambil tempahan dari pelanggan. Namun pada 13 Februari saya diberi kepercayaan oleh Encik Muhd Wafiy Firdaus untuk mereka bentuk banner sempena majlis sambutan Mualidur Rasul anjuran Dewan Muslimat Pas Kuala Krai. Saya menyempurnakan hasil kerja yang pertama saya ini di dalam software adobe illustrator.  Saiz banner ini 4’x 8’. 
Selepas Encik Wafiy Firdaus berpuas hati dengan hasil kerja saya maka saya diberi kepercayaan untuk mereka bentuk banner-banner yang seterusnya.  Antara banner yang saya lakukan pada minggu ini ialah untuk Sekolah Kebangsaan Kampung Bedal untuk Mesyuarat Agung PIBG dan sekolah-sekolah lain untuk banner sempena majlis sambutan Maulidur Rasul. Pada 15 Februari cuti sempena sambutan Mualidur Rasul. Saya juga melakukan sendiri proses memotong banner-banner yang telah siap dicetak.


 2.1.7    MINGGU KETUJUH ( 19.02.2011 HINGGA 24.02.2011 )


Pada minggu ketujuh, saya mengambil alih mereka bentuk banner dan signboard kerana terlalu banyak tempahan dari pelanggan. Antara banner yang saya reka adalah untuk:

1.            Sekolah Menengah Agama Maahad Rahmaniah Kuala Krai sempena Pesta Kokurikulum ( PESKO ) saiz 7’ x 3 dan 8’x 4’.
2.            Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 2 saiz 4’x 8’ sempena Mesyuarat Agung PIBG.
3.            Sekolah Kebangsaan Bandar Kuala Krai sempena sambutan Maulidur Rasul saiz 4’x 8’.
4.            Sekolah Kebangsaan Sungai Sam sempena program Kecemerlangan, Keceriaan dan Keselamatan.
5.            Kedai Iza Roti Canai saiz 2’ x 5’.
6.            Sekolah Kebangsaa Menengah Kuala Krai sempena majlis Muzakarah Keibubapaan PIBG PMR saiz 4’x 8’.
7.            Menu makanan saiz 2’x 5’ ( taip teks sahaja ).
8.            Asrama Semakmur SMK Manek Urai sempena program  Kem Harapan Makmur saiz 4’ x 8’.

       Pihak Krai D’sign juga telah mendapat arahan daripada pihak Pegawai Pendidikan Daerah, untuk setiap banner yang dihasilkan untuk sekolah-sekolah kerajaan mestilah di letakkan logo 1 Malaysia dan banner hendaklah berwarna merah.
           
Selain itu juga, saya mereka bentuk signboard untuk :
1.  Kedai Kak Nah Keropok saiz  3’x 10’. ( signboard lampu )
2.  Kedai Umi Barakah saiz 3’x 10’.

           Mereka bentuk carta Visi dan Misi untuk Sekolah  Menengah Kebangsaan Laloh.Setiap signboard yang dihasilkan mestilah menggunakan huruf jawi. Bagi memudahkan kerja, saya diajar oleh Encik Nur Hazriq untuk mendapatkan huruf jawi secara mudah serta penggunaan ejaan jawi yang betul di www.ejawi.net. Setiap jalan kerja saya lakukan di dalam adobe illustrator. Bagi mengedit gambar saya lakukan di dalam software photoshop. Saya juga melakukan kerja seperti pemotongan banner, menetas sticker, mengambil pesanan dan memotong papan reflex. Menulis bil dan cek.

2.1.8    Minggu KeLAPAN ( 26.02.2011 HINGGA 03.03.2011 )

Pada minggu kelapan, saya dan mengambil tempahan dari pelanggan dan mereka bentuk banner untuk :
1.             Hospital Kuala Krai sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Hospital Kuala Krai saiz  3’x 8’.
2.            Elini Enterprise ( Ejen Insurans ) saiz 40 cm x 68 cm
Mereka bentuk nombor peserta larian 1 Malaysia untuk  lima buah sekolah iaitu :
1.            SMK Bandar
2.            SMK Keroh
3.            SMK Laloh
4.            SM Sultan Yahya Petra 2
5.            SK Bandar
Setiap jalan kerja saya lakukan di dalam software adobe illustrator. Bagi mengedit gambar saya lakukan di dalam software adobe photoshop. Saya juga melakukan kerja seperti memotong banner. Saya juga berkesempatan belajar tentang fungsi dan kawalan kamera DSLR.
           



2.1.9    Minggu Kesembilan ( 05.03.2011 HINGGA 10.03.2011 )


Pada minggu kesembilan, saya mengambil tempahan dari pelanggan dan mereka bentuk banner untuk :
               
       1. SK Temalir untuk murid cemerlang UPSR 5A 2010 saiz  4’ x 8’.
                   2. Lembaga Pertubuhan Negeri Kelantan   sempena program   
            Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-31 dan Hari                   Terbuka Kawasan        
            Stong, Dabong saiz 3’ x 10’.
       3. Program Khidmat Negara saiz 3’ x 10’.
Mereka bentuk bunting untuk :
       1.  Maahad Rahmaniah saiz 2’ x 5’ untuk senarai pelajar    
            cemerlang bagi peperiksaan PMRU, PMR dan SMU tahun   
            2010.
Mereka bentuk label untuk :
1. Pejabat Tanah ( Jelaskan Hasil Tanah Elakkan Tindakan 
    Perampasan. )
Mereka bentuk papan tanda :
1. Moto, Visi dan Misi untuk Sekolah Kebangsaan Sungai Pas saiz.

Setiap jalan kerja saya lakukan di dalam software adobe illustrator. Bagi mengedit gambar saya lakukan di dalam software adobe photoshop. Saya juga melakukan kerja seperti memotong banner dan banting. Memotong kad bisnes. Menulis bil dan cek.






2.1.10  Minggu Ke sepuluh( 12.03.2011 hingga  17.03.2011 )

Pada minggu kesepuluh, saya ditugaskan untuk membuat rubber stamp kerana Cik Nor Suriza tidak hadir kerana bercuti dan mengambil tempahan pelanggan.  Saya juga mereka bentuk lebal kedai :
1. Kedai Runcit ( menjual barangan dapur serta makanan dan 
    minuman )
            Mereka bentuk signboard untuk :
                        1.  LANDZU SANTAN saiz 2’x 3’.
           

Selain itu juga saya mereka bentuk banner untuk :
1.  Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkebang saiz 3’x 8’ sempena menyambut  
      kedatangan Pengetua baru.
2. Sekolah Kebangsaan Manek Urai saiz 3’ x 8’ yang juga sempena menyambut
     kedatangan Pengetua baru.

Setiap jalan kerja saya lakukan di dalam software adobe illustrator. Bagi mengedit gambar saya lakukan di dalam software adobe photoshop. Saya juga memotong banner. Saya juga memotong sticker saiz 1’ x 1’ untuk setiap sticker berwarna hitam dan putih. Menulis bil dan cek. Belajar cara mengambil yang menarik dengan kamera DSLR.




2.1.11  Minggu Ke sebelas ( 19.03.2011 hingga 24.03.2011 )

Pada minggu kesebelas, saya ditugaskan untuk membuat rubber stamp kerana Cik Nor Suriza tidak hadir kerana bercuti dan mengambil tempahan pelanggan. Saya juga mereka bentuk banner untuk :

1. Tini Guest House saiz 3’ x 6’.
2. Maahad Rahmaniah saiz 8’x 4’ dan 7’ x3’ untuk Kejohanan Bola Sepak   
    Peringkat MASSAK.
3. Sekolah Kebangsaan Lata Rek saiz 3’x 10’ untuk pelajar target UPSR
    2011.
4. Sekolah Kebangsaan Kemubu saiz 3’x 10’ untuk Mensyuarat Agung  
     PIBG.
5. Ikan Yie Tok Bali saiz 3’x 6’.
6. Karnival Sukan Memperingati Sambutan Hari Polis ke-204 Tahun 2011 Peringkat Balai Polis Manek Urai saiz 3’x 8’.

Setiap jalan kerja saya lakukan di dalam software adobe illustrator. Bagi mengedit gambar saya lakukan di dalam software adobe photoshop.




2.1.12  Minggu Ke-dua belas( 26.03.2011 hingga 31.03.2011 )


Pada minggu ke dua belas, saya didedahkan dengan kerja baru iaitu membuat papan tanda jalan raya. Walaupun saya tidak terlibat untuk kesemua kerja-kerja pembuatan papan tanda ini tetapi sekurang-kurang saya dapat menambah pengetahuan saya. Untuk kerja kali saya diberi  tugas untuk memotong huruf menggunakan sticker reflex untuk ditampal pada papan tanda tersebut.
            Saya dibantu oleh Puan Nur Nadirah untuk menyiapkan kerja ini.Hasil kerja bagi membentukkan huruf-huruf ini sebelum dipotong dilakukan di dalam software Casemate.
            Saya juga menyiapkan peta lakaran untuk kawasan pentadbiran operasi KESEDAR Mengkebang. Mengambil masa beberapa hari untuk menyiapkan peta tersebut.  Saya juga mereka bentuk banner untuk SK. Sungai Pas untuk program Mensyuarat Agung PIBG.
Hasil kerja ini kesemuanya saya lakukan di dalam adobe illustrator. Saya juga memotong banner. Saya juga mengambil tempahan dari pelanggan. Menulis bil.




2.1.13  Minggu Ke tiga belas( 02.04.2011 hingga 07.04.2011 )


Pada minggu ke tiga belas, saya diberi  tugas sekali lagi untuk untuk memotong huruf dan nombor menggunakan sticker reflex untuk ditampal pada papan tanda tersebut. Saya juga tetas sticker untuk senarai nama kakitangan JKR Kuala Krai pada whiteboard dan tracing gambar logo kereta Viva yang telah di scan untuk di buat sticker. Selain itu juga saya mereka bentuk banner :

1. Saiz 3’x 6’ untuk Warung Roti Canai & Air Tuak.
2. Amanah Ikhtiar Malaysia untuk agenda mesyuarat saiz 2’x 5’.
Saya juga membuat rubber stamp dalam Coreldraw dan saya juga mengambil tempahan daripada pelanggan.


 2.1.14  Minggu Ke empat belas ( 09.04.2011 hingga 14.04.2011 )
           

Pada minggu ke empat belas, saya memotong banner dalam kuantiti 10 unit untuk Pejabat Tanah. Selain itu juga saya memotong huruf dengan sticker reflex untuk papan tanda jalan raya dan mengambil tempahan daripada pelanggan. Saya juga mereka bentuk banner
untuk :

1. Petronas Kuala Krai untuk mengucapkan selamat datang kepada
    pelanggan mereka saiz 3’x 10’.
2. KOPENAS untuk Mensyuarat Agung saiz 36 in x 96 in.
3. Pasukan Inspektorat saiz 36 in x 120 in.
4. Banner untuk stokis. Banner ini mengambil masa beberapa juga untuk  
    Disiapkan.
5. Menaip teks untuk Pelan Takaful Health ( Prudential BSN )
6. Warung Cikgu Safira saiz 3’x 12’ dan banting saiz 6’x 2’.

Setiap jalan kerja saya lakukan di dalam software adobe illustrator. Bagi mengedit gambar saya lakukan di dalam software adobe photoshop.

2.1.15  Minggu Ke lima belas ( 16.04.2011 hingga 21.04.2011 )


Pada minggu ke lima belas. Mereka bentuk signboard untuk Hospital Kuala
Krai saiz 4’x 6’ dan  Saya telah mereka bentuk banner untuk :

1. Sepak Takraw untuk UMNO Bahagian Kuala Krai saiz 4’x 8’ ( 4 unit ).
2. Kedai Makan Nawi saiz 2’x 8’.
3. SMK Pahi untuk program English Camp  2011 dan untuk Perkhemahan
    Agung Tahunan Unit-unit Beruniform serta untuk Kadet Bomba.
4. Sup Keting Meletup saiz 2’x5’.
5. D’nam The Best Cendol saiz 3’x 4’.
6. SMK Sultan Yahya Petra 2 untuk Perkhemahan Perdana saiz 4’x 10’.

Selain itu juga saya mereka bentuk bunting untuk :
1. SK Bandar bagi program Wakaf Buku dan program Jom ke Pusat     
    Sumber.
Hasil kerja ini saya lakukan di dalam adobe illustrator adobe photoshop. Saya juga memotong banner. Saya juga mengambil tempahan dari pelanggan.




2.1.16  MINGGU KE ENAM BELAS (23.04.2011 HINGGA 28.04.2011)

Pada minggu ke enam belas, saya mengambil tempahan dari pelanggan dan mereka bentuk singboard untuk :
1. Kedai Cahaya Kamus Trading saiz 2’x 10.
      - Kedai ini menjalankan perniagaan seperti fotostat, binding dan liminite.
      - Menjual prepaid Hotlink, Celcom dan Happy. Logo Hotlink, Celcom dan
       Happay saya download pada Vectorise Logo di internet atas tunjuk    
       ajar Encik Nur Hazriq.
2.Doa makan untuk Sekolah Kebangsaan Pahi

Mereka bentuk banner untuk :
1. Sekolah Kebangsaan Sungai Mengkuang untuk program Mesyuarat
     Agung kali ke-28 saiz 4’x 8’.
2. Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah dan Bola Jaring Terbuka Bukit Sireh
    Anjuran Murni F.C saiz 3’x 8’ ( 2 unit ).
3. Sukan Tahunan Sekolah Menengah Manek Urai saiz 3’x 8’.
           
Selain itu juga saya mereka bentuk sticker dan lebel kedai untuk :
1. Kedai air jus jambu saiz 12 in x12 in. ( stiker )
2. Menu air untuk kedai jus jambu saiz 18” x 24”. ( lebel )
           
Pada minggu ini saya juga diberi kepercayaan untuk menyiapkan reka
bentuk carta organisasi Hospital Kuala Krai untuk unit :
1. Unit Perkhidmatan Patalogi
2. Psikiatri dan Kesihatan Mental.
           
Segala hasil kerja saya ini saya lakukan dalam software adobe
illustrator. Untuk mengedit gambar saya lakukan dalam software adobe photoshop. Saya juga perlu memaklumkan kepada pekerjabengkel tentang saiz signboard dan saiz carta organisasi tersebut  untuk memudahkan kerja mereka.








2.1.17  Minggu Ke-TUJUH BELAS( 30.04.10 HINGGA 05.05.2011 )


Pada minggu ke tujuh belas ini, saya hanya dapat mereka bentuk satu sahaja banner untuk Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 2 untuk mengabadikan gambar  murid target UPSR saiz 3’x8’.
Pada 1 Mei 2011 adalah cuti sempena hari pekerja.  Pada sepanjang minggu ini juga kami warga Krai D’sign bersama-sama bergotong- royong mengemas barang-barang ini disebabkan oleh syarikat ini di dalam membaik pulih dan membesarkan lagi bangunan.
            Saya juga mengambil tempahan dari pelanggan. Namun tempahan yang diambil tidak kesemuanya dapat dilakukan pada minggu kerana keadaan  tempat kerja yang tidak tersusun dengan baik lagi. menulis bil dan cek.
            Selain itu, pada minggu ini juga pensyarah penyelia datang memantau pada 4 Mei    2011


2.1.18  Minggu ke LAPAN BELAS (07.05.2011 HINGGA 12.05.2011 )


Pada minggu ke lapan belas ini, saya mereka bentuk banner untuk :

1. Daging Rusa Ada Jual Disini saiz 2’x 4’.
   - Banner ini dipasang di pasar tani Kuala Krai di Guchil.
2. Repair Jeans saiz 28 in x 36 in.
3. Su Nasi Berlauk Pagi ( menjual laksa lemak & laksa penang    
    ) saiz  3’x 6’.
4. Kamal Bridal N Collection saiz 3’x 6’. ( 2 unit )
5. Wire Fried WFC saiz 4’x 6’ ini adalah menu makanan yang dijual di pasar malam oleh penjual tersebut.
           
Selain itu juga saya mereka bentuk bunting untuk :
1. Menu jus buah-buahan saiz 12’’x 24”.
2. Sekolah Kebangsaan Bahagia. Bunting yang dibuat ini
mengandungi kata-kata semangat untuk semua pelajar sekolah  berkenaan. saiz 5’x 2’ sebanyak 6 unit.

Saya juga mereka bentuk sticker untuk Gimnasium Segamat saiz 18”x 20” dan label waktu beroperasi untuk gym. Saya juga melakukan kerja-kerja seperti memotong banner dan memotong papan prospek yang telah siap di print untuk di jadikan label dan mengambil tempahan dari pelanggan. Menulis bil.




2.1.19  Minggu Ke SEMBILAN BELAS (14.05.10 HINGGA  19.05.2011 )



Pada minggu kesembilan belas, saya mengambil tempahan dari pelanggan dan mereka bentuk banner untuk :
1. Sambutan Hari Pekerja 2011 saiz 3’x 8’.
2. Hari Guru Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 2 saiz 3’x 8’.
3. Hari Wesak daripada YB Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria saiz 4’x 8’.
4. Hari Guru dari warga Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Krai saiz   
    4’x8’.
5. Temasya Sukan Dwi Tahunan Sekolah Kebangsaan Bahagia saiz 3’x 8’.
6. Sifir 2- 12 untuk Sekolah Kebangsaan Temalir saiz 2’x 5’.
7. Hari Guru untuk Sekolah Kebangsaan Mengkebang saiz 3’x 8’.
           
Selain itu juga saya mereka bentuk bunting untuk :
1. Asrama Sekolah Kebangsaan Bahagia saiz 2’x 5’ yang
mengandungi kata-kata semangat untuk pelajar asrama sekolah  tersebut.
2. GC SIM ELECTRIC saiz 2’x 5’ untuk 4 unit.

            Saya melakukan kerja mereka bentuk ini di dalam software adobe illustrator dan untuk mengedit gambar pula saya lakukan di dalam adobe photoshop




2.1.20  MINGGU KEDUA PULUH ( 21.05.2011 HINGGA 26.05.2011 )

           
           
Pada minggu ke dua puluh ini, saya mereka bentuk banner untuk :

1. Majlis Perasmian Hari Keluarga Dan Pengambaran Rancangan  Anjung Bestari Komuniti 1Malaysia Manek Urai, Kuala Krai saiz 4’x 8’ anjuran Jabatan Penerangan Kelantan Komuniti 1Malaysia Manek Urai.
2. Majlis Penyampaian Cek Motivasi Kecemerlangan Pelajar Sekolah-
    sekolah dalam Wilayah Kuala Krai.
3. Lan Berkat Enterprise saiz 3’x 8’.
4. Pertandingan Menembak Muhibah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai 2011 sempena memperingati hari polis yang ke-204.
5. Az Internet saiz 3’x 8’ yang menawarkan perkhidmatan jualan to-up,
    photostat, printing dan internet serta servis komputer.
6. Exra Refregeration and Air Conditioning saiz 3’x 10’.

Segala kerja yang saya lakukan ini adalah di dalam software adobe illustrator dan kerja mengedit di dalam adobe photoshop. Saya juga mengambil tempahan serta memotong sendiri banner.




2.1.21 MINGGU KEDUA PULUH SATU ( 28.5.2011 HINGGA 02.06.2011 )
            
Pada minggu ke dua puluh satu, saya telah mereka bentuk banner untuk :

1. Pertandingan Dam Aji Terbuka Kuala Krai 2011 anjuran Pertubuhan Majlis  Setia Rakyat Kelantan. Saiz 3’x 8’.
2. KESEDAR Gua Musang untuk tanaman herba saiz 5’x 10’.
3. Kejohanan sepak takraw peringkat Dun untuk Pemuda Umno.

Segala hasil kerja ini saya lakukan di dalam adobe illustrator dan mengedit gambar di dalam adobe photoshop. Saya menetas sticker untuk di tampal pada sisi lori.





2.1.22 MINGGU KEDUA PULUH DUA ( 04.06.2011 HINGGA  9.06.2011 )


Pada minggu ke dua puluh dua adalah minggu terakhir saya praktikal di sini. Saya sempat juga belajar cara menguasai fungsi dan kawalan kamera DSLR dengan Encik Nur Hazriq. Walaupun beliau masih baru di dalam bidang ini namun pengetahuan tentang kamera amat mengagumkan saya. Saya juga masih lagi mengambil tempahan dari pelanggan dan melakukan kerja-kerja seperti memotong banner dan kad bisnes dan memandangkan minggu ini akan diadaakan perlawanan bola sepak antara Kelantan dan Terengganu syarikat Krai D’sign menerima banyak tempahan sticker sempena perlawanan bola sepak tersebut dan saya membantu memotong sticker logo negeri Kelantan. Majlis Perpisahan yang di anjurkan oleh pihak Krai D’sign.




BAB3::KERJA TERPILIH ANDA








BAB 4


ANALISA KERJA


            Dalam menyiapkan kerja terpilih ini saya dapati ada beberapa kelemahan dan kekuatan tersendiri. Jadi, saya telah mengasingkan antara kekuatan dan kelmahan bagi rujukan diri saya pada masa akan datang. Saya telah menganalisis setiap kerja terpilih supaya memberi saya pelajaran bagi masa akan datang.Untuk menyiapkan laporan ini saya telah menganalisis dari pelbagai sudut seperti aspek masa yang diberikan, bahan rujukan serta maklumat yang diperolehi. Dalam melakukan  sesuatu tugasan, saya melakukannya dengan teliti dan bersungguh-sungguh supaya hasil kerja saya menepati apa yang dikehendaki oleh majikan dan juga pelanggan.


4.1       KEKUATAN

            Untuk mendapatkan hasil kerja yang terbaik, saya banyak membuat rujukan daripada buku-buku dan internet. Saya juga sentiasa bertanyakan pendapat dan tunjuk ajar daripada rakan sekerja di tempat kerja dan pelatih yang menjalani latihan industri di tempat yang sama.

            Selain itu, untuk menyiapkan kerja dengan baik saya sentiasa berusaha melakukan kerja tanpa disuruh dan bantuan daripada rakan sekerja manakala bagi mendapatkan penilaian yang baik daripda penyelia saya sentiasa berusaha tidak melanggar peraturan tempat kerja antaranya selalu menghadiri tempat kerja dengan tepat pada masa yang ditetapkan,melakukan kerja yang disuruh tanpa banyak soal dan banyak bertanyakan berkaitan komputer.


            Pemerhatian juga dibuat dengan melihat rakan sekerja menyelesaikan kerja dan sebagainya supaya pengetahuan saya sentiasa bertambah.

4.2       KELEMAHAN


            Kelemahan yang saya dapati selama saya menjalani latihan industri ini ialah proses penyesuaian dengan tempat kerja serta komunikasi yang lambat. Jikalau saya dapat menyesuaikan diri dengan lebih cepat permasalahan dan tekanan untuk menjalani latihan di syarikat KRAI D’SIGN  tidak akan timbul. Apabila membuat tugasan di bawah tekanan membuatkan kerja yang dilakukan kurang memuaskan. Untuk menghasilkan hasil kerja yang baik saya perlu bertenang dahulu.


            Selain itu, saya juga kurang dari segi memahami arahan yang diberikan dengan cepat. Oleh sebab itu, kadang kala kerja yang di lakukan akan berulang dua tiga kali dan ini yang menyebabkan timbulnya tekanan dalam kerja. Kelemahan ini telah di baiki dari masa ke masa dengan bantuan rakan sekerja yang tidak jemu memberi nasihat dan tunjuk ajar.



4.3       PENGALAMAN ALAM PEKERJAAN


            4.3.1    Masalah yang dihadapi sepanjang tempoh    latihan.


Pada peringkat awal masalah yang saya hadapi semasa latihan industri ialah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling seperti persekitaran kerja dan komunikasi dengan rakan sekerja. Pada waktu ini saya masih tidak mempunyai kawan. Kemudian, pada peringkat pertengahan baru saya dapat menyesuaikan diri dengan rakan sekerja dan berkomunikasi dengan baik.Selepas itu,pada peringkat akhir latihan industri tamat saya berasa terharu untuk berpisah dengan kakitangan KARI D’SIGN dan pelatih lain.




4.4       Pengalaman dan Pengetahuan


            Selama saya praktikal, pelbagai pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi. Antaranya saya dapat melihat sendiri inkjet printer machine dan bagaimana cara ia berfungsi. Inilah kali pertama saya melihat inkjet printer machine yang digunakan untuk print banner, bunting, signboard dan sebagainya lagi. Bagi saya ini adalah pengalaman yang amat berharga kepada saya kerana sebelum ini saya tidak pernah langsung terfikir untuk melihat semua itu.


            Saya juga dapat menimba ilmu pengetahuan tentang membuat rubber stamp. Jika semasa dalam pengajian, saya cuma didedahkan dengan asas mereka bentuk grafik sahaja tetapi semasa menjalani latihan industri saya dapat ilmu dan pengalaman lebih lagi. Sebagai contoh, saya telah diberi peluang untuk menggunakan mesin rubber stamp tersebut. Ternyata peluang tersebut saya gunakan dengan sebaiknya dan hasilnya saya dapat mengetahui proses sebenar membuatnya. Selain itu saya juga dapat mengetahui semua alat yang di gunaka
dalam proses membuat rubber stamp seperti getah raising, kertas basic film dan sebagainya lagi.

          Antara ilmu lain yang saya dapat hasil daripada latihan industri ini adalah membaikpulih printer, PC, belajar cara menguasai  fungsi dan kawalan kamera DSLR, menulis bi dan cek, melakukan kerja-kerja di bengkel seperti memotong banner, bunting, menetas sticker, membuat papan tanda jalan raya dan sebagainya. Selain itu bidang teknikal, saya juga dapat memantapkan komunikasi saya dengan orang lain tidak kira golongan dan pangkat. Sekiranya pelanggan bertanyakan soalan kepada saya tidak kira berkenaan banner contohnya atau atau saja melainkan peribadi, saya akan menjawab soaan itu sebaiknya.

 BAB 5


KESIMPULAN DAN CADANGAN
                                                                       

5.1       KESIMPULAN


            Syarikat Krai D’sign Sdn. Bhd ( KDSB ) adalah sebuah syarikat yang mempunyai daya saing yang tinggi dan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Perkhidmatan yang diberikan menitik beratkan kepada kecemerlangan kakitangan kerajaan dan menjadikan KDSB sebagai sebuah syarikat percetakan yang di segani oleh semua golongan dan masyarakat setempat.

            Komunikasi dan personaliti yang baik membuatkan seseorang pelajar itu lebih yakin dan berani untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Kekuatan mental yang baik juga membantu dalam mengatasi masalah seperti kegugupan dan hilang bicara jika bercakap dengan pelanggan. Oleh itu, latihan industri telah melatih pelajar untuk menjadi seorang pekerja yang baik di masa akan datang.

            Selain itu, latihan industri adalah salah satu kaedah yang dijalankan untuk melahirkan para pelajar yang mempunyai daya saing dan inovatif dalam kerjaya serta dapat mempraktikkan ilmu yang diperolehi sepanjang berada di pusat pengajian.

            Memandangkan pengalaman amat penting dalam diri seseorang, maka program seperti ini wajib untuk pelajar yang ingin menamatkan kursus mereka samada di peringkat sijil mahupun diploma.



5.2          CADANGAN


            Pengalaman amat penting bagi seseorang pelajar mempraktikkan ilmu yang telah diajar. Cadangan saya ialah pihak syarikat perlu menitik beratkan soal pembelajaran semasa latihan industri ini. Pihak firma juga perlulah megambil berat tentang keselamatan dan juga persekitaran pengkomputeran seperti pembangunan sistem, penyelenggaraan sistem, penyelidikan, pembangunan dan sebagainya. Pelajar tidak sepatutnya melakukan kerja-kerja perkeranian, seperti menaip dan membuat salinan nota, mengemas pejabat dan yang melibatkan kerja tiada kaitan dengan pembelajaran. Pihak firma juga perlu melihat kepada kos sara hidup pelajar semasa menjalani latihan tersebut  kerana kos hidup pada masa kini amat tinggi bukan sahaja bagi pekerja. Disamping itu pihak firma juga perlulah menitik beratkan soal keselamatan pelajar yang sedang menjalani latihan industri.Ini kerana kita tidak tahu bahaya yang akan datang semasa menjalani latihan industri.


NOTA:SETIAP KERJA YANG DILAKUKAN PERLU DISERTAI GAMBAR

KREDIT:WAHIDA AMALIN PELAJAR KURSUS  Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan KOLEJ KOMUNITI KOK LANAS 2011.

UNTUK RUJUKAN - FORMAT TERKINI MEMBUAT LAPORAN

SEMOGA MEMBANTU ANDA....





33 ulasan:

  1. terima kasih kerana sudi berkongsi

    BalasPadam
  2. terima kasih.. ringkas tapi dapat difahami :)

    BalasPadam
  3. Ia sangat-sangat membantu terima kasih

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Terima kasih banyak-banyak.

    BalasPadam
  6. terima kasih kerana sudi berkongsi .

    BalasPadam
  7. terima kasih kerana sudi berkongsi .

    BalasPadam
  8. tq walaupun dah lama tapi berguna untuk masa hadapan and sekarang melalui laporan ni saya dapat menbuat laporan untuk li.....

    BalasPadam
  9. Terima kasih bnyk2 boleh dpt ilham dri laporan ni 😘😘

    BalasPadam
  10. THANKYOU INI SGT MEMBANTU SAYA...

    BalasPadam
  11. Terima Kasih sangat-sangat membantu :D

    BalasPadam
  12. Sangat membantu... selepas melawat blog ni baru saya ada idea dan baru tahu macam mana nak buat analisa dan rumusan semasa latihan industri..
    Terima kasih sangat2 kerana membantu dikala saya tak tahu satu benda pun tentang buat laporan ni..

    BalasPadam