Nuffnang

Sabtu, 30 Mac 2019

APA ITU WATER RESIST? APA ITU 10BAR? APA ITU MM dan ATM?

APA ITU WATER RESIST? APA ITU 10BAR? APA ITU MM dan ATM?



Pada setiap bahagian belakang case jam tangan biasanya akan diletakkan tulisan "Water Resistant". Tahukah anda, bahawa ketahanan air setiap jam tangan berbeza-beza? Tahukah bahawa setiap jam tangan yang ada tulisannya Water Resist belum tentu boleh digunakan untuk berenang? Adakah anda mengetahui maksud tulisan Bar, ATM atau 100m yang tertulis di bahagian belakang jam tangan? Tahukah bezanya Water Proof dengan Water Resistant? Jika jawapannya Tidak, maka baca terus artikel kali ini kerana kami akan memberikan sedikit gambaran mengenai ketahanan air jam tangan.

Water Resistant Vs Water Proof

Berdasarkan ISO (International Organization for Standardization), sebutan Water Proof sudah tidak digunakan lagi sejak tahun 1990 dan sudah banyak negara yang mengikutinya. Apabila anda melihat pada back case  tertulis Water Proof (bukan Water Resistant), bermakna jam tersebut dibuat pada tahun sebelum 1990 atau negara pembuat jam tersebut tidak mengikuti standard antarabangsa. Jadi, maksud Water Proof dan Water Resistant lebih kurang sama saja, hanya perbezaan penyebutan saja. Cuma zaman sekarang ni kita dpt tgk org tak guna Water Proof dan dia guna istilah Water Resistant.
.
ATM / Bar / Meter (m)?
.
Untuk menandakan ketahanan air sebuah jam tangan digunakan satuan tekanan di atmosfera (ATM), Bar dan juga meter (m). 1 ATM = 1,01325 Bar = kurang lebih 10 m. Kalau dibulatkan menjadi 1 ATM = 1 Bar = 10 m.

Jam tangan yang hanya tulis Water Resistant saja (di belakangnya tidak ada tulisan 5/10 BAR / ATM / m) sebenarnya tidak boleh digunakan untuk berenang. Untuk info yang lebih jelas ada dibawah. Untuk maklumat keterangan tulisan ketahanan air pada sebuah jam dapat dilihat pada bahagian back case atau penutup jam seperti gambar dibawah.

Keterangan Water Resistant

Jam tangan yang ada tulisan Water Resist 100 m bukan bererti jam tangan tersebut boleh digunakan untuk menyelam hingga kedalaman 100 m. Namun yang dimaksudkan adalah 100 m tekanan air (bukan kedalaman sebenar). Oleh kerana itu banyak pengeluar jam yang memilih menggunakan satuan tekanan (Bar atau ATM) berbanding unit meter (m) yang lebih kerap di analogikan sebagai unit jarak.
Klasifikasi ketahanan air jam tangan ditentukan  oleh pengeluar jam.
.
Disebabkan tidak ada bahagian pemeriksa rasmi yang menyatakan standard Water Resist setiap jam tangan yang di keluarkan, maka Admin kongsi  klasifikasi jenis jam seperti dibawah:
Splash Resistant, Water Resistant 3 Bar / 3 ATM / 30 m atau hanya tertulis Water Resistant saja: Tahan air untuk kegiatan sehari-hari, hujan, percikan air. Tidak sesuai digunakan pada saat berenang atau terkena air bertekanan, misalnya terkena semburan air dari hos.

Water Resistant 5 Bar / 5 ATM / 50 m: Boleh digunakan untuk berenang di kolam renang atau di perairan cetek dan untuk pekerjaan yang berkaitan dengan air, misalnya memancing. Tidak sesuai digunakan untuk snorkeling dan terkena air bertekanan tinggi.

Water resistant 10 Bar / 10 ATM / 100 m: Boleh digunakan untuk berenang, snorkeling dan pada aktiviti sukan air yang bersifat rekreasi. Kurang sesuai digunakan pada keadaan terdedah kepada air bertekanan tambahan tinggi, misalnya pada sukan Jet Ski profesional.

Water Resistant 20 Bar / 20 ATM / 200 m: Boleh digunakan pada segala macam aktiviti marin profesional dan ski diving (menyelam cukup dalam)

p/s : Tanggal jam masa sedang mandi atau mencuci, kerana kandungan kimia dari sabun dan syampu dalam jangan panjang boleh merosakkan getah seal jam. Jam tangan yang direka secara khusus untuk menyelam menggunakan tabung, pada back-case nya akan tertulis Diver 's Watch atau Dive Watch. Untuk klasifikasi sebagai berikut:

Diver 's 100 m / 150 m: Boleh digunakan untuk Scuba Diving. Jam yang bertuliskan Diver 's 100 m atau 150 m biasanya adalah jam tangan yang keluaran lama.
Diver 's 200 m / 300 m: Boleh digunakan untuk Scuba Diving, mempunyai perlindungan yang lebih baik berbanding Diver' s 150 m. Tidak sesuai digunakan untuk Saturation Diving.
Diver 's> 300 m: Boleh digunakan untuk Saturation Diving (selaman dalam yang menggunakan tabung dengan campuran gas helium). 

Semoga bermanfaat

#MEMBACAAMALANMULIA
#SHARE
#GSHOCKMALAYSIA

Ahad, 17 Mac 2019

6 AKTIVITI SIHAT YANG BOLEH DILAKUKAN SEBELUM TIDUR


Sebelum tidur ramai di antara kita suka duduk di depan komputer untuk tengok movie atau main game, atau menghadap smartphone sambil baring. Biasa kita guna alasan ambil mood sebelum mata betul-betul mengantuk.

Tapi sebenarnya aktiviti ini boleh menjejaskan kitaran tidur kita. Jadi penting untuk melakukan aktiviti sihat sebelum tidur supaya dapat membantu kita tidur dengan lebih cepat dan dapat berehat dengan cukup tenang.

Apa aktiviti yang boleh dilakukan? Okay mari tengok senarai di bawah.

😍 Lakukan aktiviti regangan badan.
😍 Menulis jurnal kesyukuran.
😍 Membaca bahan bacaan yang kita suka.
😍 Mandi air suam. Membantu kita untuk lebih relaks.
😍 Elakkan dari menghadap gadget. 
😍 Meditasi. Ia dapat membantu melawan insomnia.

Untuk mendapatkan produk Watson Malaysia Official secara online di lazada boleh 
klik Di sini .Terima kasih.

TIPS UNTUK MENGAMBIL.GAMBAR DENGAN BAIK MENGGUNAKAN SMARTPHONE ANDA

Ada smartphone dan keliru nak dapatkan gambar yang baik kualitinya? Macam mana itu?


Okay sebelum tu.Untuk anda yang sedang mencari smartphone yang terbaik dari segi kamera secara online di Lazada Malaysia.

Klik disini untuk pelbagai model Huawei..Memang sudah terbukti model model dari huawei gambar superb..Untuk bajet rendah sikit boleh lah servey model Honor..Honor merupakan sub brand dari Huawei..Cuma lebih murah sedikit dari segi harga jualan..Perfomance rasanya lebih kurang jer padu.
Klik Disini untuk pelbagai model Honor..dapat sebiji honor view 20 pun jadi lah untuk fotografi..hehe


Nah, saya kongsikan 5 tips mudah bagaimana nak ambil gambar dengan lebih baik hanya gunakan smartphone.

1. ON kan gridline
Supaya mudah untuk kita komposisikan gambar sebaiknya. Jadi tiada lah dengar istilah “air tumpah” bila ambil gambar landscape, dan subjek terletak cantik dalam Rules of Third. Ia memang banyak membantu sangat-sangat.

2. Jangan zoom
Tidak semua smartphone ada keupayaan untuk zoom yang bagus. Sebaiknya gunakan kaki untuk melangkah secara fizikalnya dekat kepada subjek. Kecuali anda menggunakan Huawei P20 pro dan seangkatan dengannya, ia boleh dimaafkan. Namun, sila periksa juga imej foto yang terhasil sama ada memuaskan atau tidak.

3. OFF kan flash
Saya tak pernah gunakan flash daripada smartphone sebab hasil foto yang terhasil agak hodoh. Cahaya tidak sekata dan nampak pelik. Off kan sahaja, kita gunakan cara lain nak bagi nampak lagi lawa. Lihat no 4.

4. Cari sumber cahaya yang bagus
Fotografi sepenuhnya bergantung kepada cahaya. Tiada cahaya tiada foto. Maka, gunakan lah sumber cahaya yang bagus seperti cahaya semulajadi. Waktu matahari terbenam dan terbit pun cantik untuk dirakamkan, tapi pastikan gunakan tripod okay.

5. Edit
Sedikit editing pada gambar akan menambah seri gambar yang diambil. Ada sesetengah smartphone berupaya untuk ambil dalam RAW, jadi ini kelebihan. Banyak apps yang boleh digunapakai. Antaranya Snapseed, LR mobile dan VSCO. Pilih ikut kesesuaian masing-masing.

Amacam? Mudah tak? Tiada jalan singkat sebenarnya. Kenalah latih, cuba, latih, cuba, dan cuba hingga jaya.

JENIS PAMPERS ATAU LAMPIN UNTUK BAYI ANDA

Mommy daddy pilih pampers yang mana utk si manja anda?


Sebelum tu..LAZADA MALAYSIA tengah buat promosi pampers secara online boleh klik  Offer for Pampers official store page untuk beli secara online ..

Review pampers utk rujukan 👇👇
.
Lapisan Dalam ;
Pureen = Lembut kapas
Drypers = Biasa dan tidak kasar
Tesco Sederhana = Biasa dan tidak kasar
Mami Poko = Paling lembut
Huggies = Biasa dan tidak kasar
Tesco Murah = Seperti kertas
Whoopee = Biasa dan tidak kasar
.
Lapisan Luar ;
Pureen = Tebal, tahan bocor, material yang boleh mengalirkan udara ke luar
Drypers = Separa tebal, material yang boleh mengalirkan udara.
Tesco Sederhana = Nipis
Mami Poko = Tebal, tahan bocor, material yang boleh mengalirkan udara ke luar
Huggies = Separa tebal, material yang boleh mengalirkan udara ke luar
Tesco Murah = Tahan bocor, material plastik yang tidak mengalirkan udara.
Whoopee = Separa tebal
.
Harga ;
Pureen = Sederhana
Drypers = Sederhana
Tesco Sederhana = Murah [45sen sekeping]
Mami Poko = Mahal [70sen sekeping]
Huggies = Sederhana
Tesco Murah = Sangat murah [31sen sekeping]
Pet Pet = Sederhana
.
Aku pernah guna semua brand ni. Termasuk 2 lagi yang aku takde sample iaitu Pet Pet dan Diapex. Aku beli setiap jenis ni hanya untuk buat perbandingan ni. Beli pek kecik je la. Korang dah baca kan setiap perbandingan yang aku buat ni, harap membantu korang untuk buat pilihan.
.
> Lampin Pakai Buang Diapex
.
Aku pakaikan Luth dengan Diapex sebab nak jimat diaper sejak kulit Luth melecet bila aku tersilap pakaikan dia dengan 'nappy liner' masa dia kena cirit birit. Sebab mami poko mahal, kalau sehari sampai kena pakai 7 keping, aku rasa aku boleh demam kura-kura kalo tiap2 hari macam tu. Huhu. Diapex pun boleh tahan juga harga dia kalau takde promosi. Aku beli ari tu pun sebab ada promosi, 2 pek Diapex Premium [44 keping] = RM50. Maknanya sekeping jadi RM0.56. Diapex Premium ni adalah untuk night use. Saiz M dia lebar dan panjang, macam saiz L dah. Lagi besar daripada saiz M Mami Poko. Jadi, oleh sebab dia besar dan panjang, maka ruang untuk kulit bernafas lebih luas.
.
> Lampin Pakai Buang Pet Pet
.
Untuk Luth, masa dia new born dulu, aku belikan Pet Pet. Agak sesuai pakai Pet Pet masa tu sebab harga mampu beli dan Pet Pet ni bagus. Bayi ni masa dia masih dalam pantang, dia asyik berak je. Perut dia kan kecik. Lepas menyusu je berak, lepas menyusu berak. Memang waktu ni banyak diaper/lampin pakai buang yang diperlukan. So, kalo waktu ni beli Mami Poko, memang jatuh muflis la bapak dia. Lepas tu, najis bayi yang dalam hari ni, sangat la cair bersembur. Hehehe. Lampin Pet Pet ni dia lebar dan panjang. So, memang selamat daripada bocor kat tepi.
.
> Lampin Pakai Buang Huggies
.
Dalam pantang juga, aku pakaikan Luth dengan Huggies Dry Comfort yang warna biru[org hadiahkan]. Tapi Aku rasa yang New Born dengan yang bersaiz S berbeza la. Yang new born punya materialnya lembut dan berjalur. Lampin Huggies ni ada banyak jenis. Yang aku buat perbandingan kat sini ialah jenis yang paling murah. Ada lagi yang lebih mahal mungkin juga lagi bagus daripada Huggies Dry Comfort ni. Yang aku kurang suka dengan Huggies ni ialah kelebarannya yang kecil. Dulu masa pakai Huggies, kalo Luth tido mengiring dan dia berak, memang tima kasih je la bocor. Habis seluar. Kadang-kadang bocor kat belakang pinggang sebab bahagian kapas yang menyerap kotoran tu tak sampai ke pinggang. Hanya betul2 kat belahan bontot je. Huhu.
.
>Lampin Pakai Buang Drypers
.
Drypers agak kecil berbanding Pet-Pet. Saiznya hampir sama dengan Huggies [yang sama saiz la]. Kalau Luth pakai Drypers, kat peha berbekas getah dia tu. Lagi satu masalah Drypers ni pon sama macam Huggies. Kapas kat belakang tu hanya separuh. Tak sampai ke pinggang. Tapi masih okay juga Drypers ni. Mampu milik dah penyerapan dia bagus. Tapi kulit Luth tetap ada basah2 kalo aku tukar 4 jam sekali.
.
> Lampin Pakai Buang Mami Poko
.
Aku bertukar kepada Mami Poko selepas habis berpantang. Waktu ni Luth dah kurang membuang air besau. Walaupun kalau dengar nama Mami Poko tu rasa macam "mahalnya", tapi kalo sehari hanya guna 2 keping, jimat la juga aku rasa. Mami Poko ni yang bagusnya, lebarnya yang lebar dan panjangnya yang sampai ke pinggang [maksud aku kapas yang boleh menyerap tu sampai ke pinggang]. Lepas tu permukaan dalam tu memang sangat lembut pada kulit bayi dan aku yakin Luth selesa dengan Mami Poko. Paling lama aku pernah tak tukarkan diaper/lampin Mami Poko ni ialah 14 jam. Boleh imagine tak 14 jam tak tukar diaper yang memang dah berat sangat dah. Tapi yang menakjubkan ialah kulit Luth yang kat dalam tu langsung tak basah. Masih kering. Hebat kan? So, walaupun Mami Poko ni sekeping 70sen [beli kat 99 SpeedMart la murah ni], tapi kalo sehari aku cuma gunakan 2 keping je, tak ke jimat jugak namanya tu? Berbanding kalo aku guna jenama yang sekeping 60sen, kena guna 4 keping lagi rugi aku rasa. 2 keping tu kalo dia tak berak la. Sekarang memang sehari guna 3 keping je sebab Luth dah kembali berak sekali sehari.
.
> Lampin Pakai Buang Whoopee
.
Yang ini korang pon tengok kan pada ujikaji aku kat atas tu. Memang basah lencun. Huhu. Harga pon tak la murah sangat. Tahap sederhana yang dah nak ke mahal pon.
.
> Lampin Pakai Buang Pureen
.
Aku tak tau harga diaper Pureen ni. Sebab dapat sample. Tapi bagi aku, aku agak puas hati pakai lampin pakai buang Pureen ni. Sebab sama macam Pet Pet dan Mami Poko, diaper Pureen ni lebar dan kapasnya panjang ke pinggang.
.
> Lampin Pakai Buang Tesco
.
Yang murah tu memang basah lencun. Yang sederhana tu pulak masih boleh tahan. Actually, agak boleh tahan. Korang pon boleh tengok hasil penyerapan dia kan? Paling kering berbanding jenama hebat seperti Mami Poko walaupon dah 800ml air aku tuang atasnya. Tapi memandangkan saiznya pun sama macam Drypers dan Huggies, walaupun ia hebat menyerap tapi ruang yang sempit di dalam diaper tu menyebabkan kulit susah juga nak bernafas. Kulit tetap berpeluh.
.
Kalo diikutkan, aku nak test banyak brand lagi seperti Pampers, Hey Baby, Diapex dan lain-lain. Tapi tak jumpa dgn pek kecik. [Pampers lagi la payah nak jumpa. Dah pupus kot jenama Pampers ni.] Takkan la aku nak beli hok besor jugok semata-mata nak buat test ni. Aku pon cerdik jugak matematik. Kehkeh. Kalau sesiapa ada maklumat tambahan boleh komen. Boleh membantu yang memerlukan ye tak?

Sabtu, 16 Mac 2019

INFO PENYAKIT DAN PUNCA


Punca Sebenar Bibir Kering Bukan Kerana Kurang Minum Air Masak.. Tapi sebenarnya kerana.. 👇👇👇


Bibir yang halus kemerahan menjadi idaman setiap wanita dan menjadi kegilaan setiap lelaki bila wanita berbibir cantik tetapi agak malang jika bibir kita kekeringan. Tahukah anda bibir kering mengelupas bukan disebabkan kerana kekurangan air.

Mata kering : Kurang vitamin A, karotin
Bau mulut : Kurang vitamin B6, zinc
Gigi tidak kuat : Kurang vitamin A, kalsium, zat besi
Bibir kering atau mengelupas : Kurang vitamin A, vitamin B2

Anemia, tangan atau kaki dingin : Kurang vitamin B6, asam folat
Mudah lelah dan tidak bersemangat : Kurang vitamin B1, B2, B6
Keguguran atau masalah rambut : vitamin A, vitamin B6, zinc, kalsium

Jom kita baca kepetingan vitamin dan zat-zat dalam badan kita supaya kita boleh elak dari sebarang penyakit terutama bibir kering mengelupas.

1. Ulser dan radang mulut : Kurang vitamin B2

Ulser atau radang biasanya disebabkan kerana dalam tubuh kekurangan vitamin B2 yang dapat membantu penyembuhan luka.

Vitamin B2 sangat penting peranannya bagi kesihatan kulit & rambut, namun ia tidak boleh tersimpan di dalam tubuh dengan sendirinya, oleh kerana itu diperlukan makanan yang bergizi atau suplemen untuk melengkapinya dengan sempurna.

Sumber : Setiap hari setidaknya minum 250cc susu, makanan seperti kacang tanah, dll.

2. Tubuh lemah : Kurangan zink

Ciri-ciri : Kekebalan tubuh menurun, kehilangan nafsu makan, pertumbuhan lembab, rambut gugur, fungsi alat perasa akan menurun.

Jika kamu terasa kurang selera atau tidak lalu makan kemungkinan badan kamu kekurangan zinc.

Sumber : Daging lembu atau kambing kaya akan kandungan zinc, nak senang pi makan steak.hehehe

3. Penyakit mata : Kurang vitamin A

Vitamin A bukan hanya faktor penting yang dapat menjaga kesihatan mata, namun ia juga penting bagi sistem pencernaan dan pernafasan. Vitamin A mampu mencegah bakteria atau virus yang membahayakan tubuh kita.

Oleh kerna itu apabila kamu kekurangan vitamin A, selain dari mata kamu ada perubahan yang teruk,ia juga mampu membahayakan sistem pernafasan dan pencernaan.

Sumber : Setiap hari makan sedikit kerang, sayur sawi atau makan hati 1-2 kali setiap minggu.

4. Mudah emosi : Kurang zat besi

Kekurangan zat besi bukan hanya dapat menyebabkan anemia, namunia juga bisa membuat emosi kamu sangat tidak stabil dan mudah marah serta naik angin tidak menentu.

Zat besi sangat penting untuk membantu tubuh kita memproses sel darah merah, khusus bagi perempuan yang sedang datang bulan, zat besi akan semakin penting untuk menambah kesegaran tubuh dan mencegah emosi yang tidak stabil serta menyebabkan kamu terus dalam keadaan down atau suram.

Sumber : Daging merah seperti daging lembu atau kambing, telur ayam, kacang, sayur hijau, selain itu kamu juga harus perbanyak makan vitamin C yang baik untuk penyerapan zat besi.

5. Kaki bengkak : Kurang kalium

Kalium sangat penting untung mengatur keseimbangan darah dan air di dalam tubuh.

Kekurangan kalium dalam jangka panjang dapat menyebabkan aritmia, keadaan saraf yang tidak normal, seperti ketika kamu kekurangan air setelah bersukan. Kekurangan kalium juga boleh menyebabkan mudah kram, dalam jangka panjang boleh menyebabkan bagian tubuh bengkak, terutama di bahagian kaki.

Sumber : Kita boleh menambah kalium dari pisang setelah bersukan untuk mencegah kram, selain itu buah-buahan dan sayuran juga boleh menambah kalium bagi tubuh.

6. Badan pegal-pegal/sakit : Kurang vitamin D

Orang yang kurang terkena sinar matahari dan kekurangan vitamin D akan lebih mudah mengalami sakit badan atau sengal. Vitamin D nutrisi tubuh yang tidak dapat disintesis, jadi sangat penting untuk memenuhi kebutuhannya.

Vitamin D juga penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi.

Sumber : Mengonsumsi ikan berminyak 2 kali seminggu seperti ikan salmon atau sardin, selain itu kamu juga harus berjemur di bawah sinar matahari untuk dapat vitamin D, ada sesetengah pakar cahaya matahari sebelum jam 10 pagi waktu sesuai.

LAGI TIPS UNTUK KURUS

TIPS UTK KURUS, KENAL PASTI WAKTU PENTING UTK MAKAN



*WAKTU FISIOLOGI BADAN BERFUNGSI*

🕔5 - 7 pagi
Waktu di mana usus besar bekerja. Mesti disiplinkan diri utk *buang air besar* dalam waktu ini. Jika tak, penyakit akan berkumpul.

🕖7 - 9 pagi
Wajibkan diri utk *bersarapan* . Jika tak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab tu kadang2 orang bersarapan lewat lepas pukul 9, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari!

🕘9 - 11 pagi
Organ limpa bekerja.
*Elakkan makan* dalam waktu ini.

🕚11 - 1 petang
Jantung bekerja secara optimum. *Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika* . Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.

🕐1 - 3 petang
Usus kecil bekerja. *Sebaiknya buang air besar kali kedua* dalam waktu ini.

🕒3 - 5 petang
Pundi kencing bekerja. *Sebaiknya buang air kecil* dalam waktu ini.

🕔5 - 7 petang
Ginjal bekerja secara optimum. *Elakkan badan terlalu dehydrated. Banyakkan minum air* dalam waktu ini.

🕖7 - 9 malam
Perikardium bekerja. *Elakkan makan makanan yang berat* pada waktu ini.

🕘9 - 11 malam
*Waktu terbaik utk berehat dan tidur* .

🕚11 - 1 pagi
Hempedu bekerja. *Elakkan makan* , berat badan akan naik mendadak.

🕐1 - 3 pagi
Hati bekerja utk singkirkan toksik. *Elakkan berjaga* . Sering berjaga pada waktu ini berpotensi utk kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik utk deep sleep.

🕒3 - 5 pagi
Peparu bekerja.
Bagi pesakit asma, *elok amalkan bangun* pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi. Ibadah solat sangat digalakkan waktu ini.

SHARE!

JODOH DIPILIH ATAU MEMLILIH?

Jodoh; Dipilih atau Memilih?


Pertama.
• Satu hal yang sering dilupakan oleh wanita adalah kemuliaan wanita tidak bergantung pada lelaki yang mendampinginya. Kenapa? Allah meletakkan nama dua wanita mulia dalam Al-Quran, Maryam dan Asiyah. Kita tahu, Maryam adalah wanita suci yang tidak memiliki suami, dan Asiyah adalah isteri dari manusia yang sangat kejam, Firaun. Apakah pangkat itu mengurangi kemuliaan mereka? Tidak.

Kedua.
• Bicara jodoh adalah bicara tentang hal yang jauh; akhirat, syurga, redha Allah, bukan semata-mata dunia.

Ketiga.
• Jodoh itu sudah tertulis. Tak akan tertukar. Yang kemudian menjadi ujian bagi kita adalah bagaimana cara menjemputnya. Beza cara, beza rasa. Dan tentu saja, beza keberkatannya.

Keempat.
• Dalam hal rezeki, urusan kita adalah bekerja. Soal Allah mahu meletakkan rezeki itu dimana, itu kerja Allah. Dan jodoh, urusan kita adalah ikhtiar. Tentang Allah mahu mempertemukan di mana, itu kerja Allah.

Kelima.
• Cara Allah memberi jodoh bergantung cara kita menjemputnya. Satu hal yang Allah janjikan, bahawa yang baik untuk yang baik. So, jadilah yang terbaik!

Keenam.
• Dalam urusan jodoh, ta'aruf adalah proses seumur hidup. Dan yang penting, jangan expect berlebihan dan jangan merasa sudah sangat mengenal sehingga berhak menafsirkan tentang pasangan.

Ketujuh.
• Salah satu cara terbaik mengenali calon pasangan yang baik adalah melihat caranya dengan empat pihak; iaitu Allah, agama, keluarga, dan kawan-kawannya.

Ada lagi?

Tanyakan pada hati sendiri. Mana di antara semua faktor itu yang paling mungkin membawa kamu dan keluarga kamu ke syurga?

Ada satu perkara yang sering orang lupa tentang jodoh; iaitu jodoh bukan hanya mencari dan menunggu, tetapi ketika memang sudah waktunya, walaupun dengan apa cara dan keadaannya, dua insan itu akan Allah pertemukan. Jodoh memang rahsia; sekalipun begitu tak perlu risau menantinya, kerana janji Allah itu pasti. - Gadis Monolog.

Antara nasihat saya untuk kalian;

Buat kaum Adam yang mencari cinta Hawa.
Buat kaum Hawa yang menanti cinta Adam.

Adam, andai mahu mencari Hawa.

1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata, kerna Hawa hari ini tidak lagi seperti dahulu. Lihatlah pada pergerakan tangannya. Andai mudah tangan lembutnya menyentuh pada lelaki lain tanpa lapik, fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. "Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki / wanita yang boleh kita kahwini." .

2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata. Lihatlah pada alis bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya, fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah (menabur buruk) buat suami.

3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan, fikirlah semasaknya andai ingin terus menyuntingnya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih liar melihat segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.

Hawa, andai mahu menerima Adam.

1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata. Lihatlah pada aktiviti malamnya, andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima, kerna maksiat lebih mudah jika malam sudah tiba. Khuatir, subuhnya leka dibuai mimpi nan indah.

2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah di padang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerna aurat suami hanya selayaknya untuk isteri.

3. Jangan dilihat pada tampan semata, lihatlah pada mulutnya tika berbicara. Andai mudah menghambur carutan dan kemarahan, fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya, risau hanya kerana kesalahan kecil, isteri akan dimarah kasar.

Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti dahulu.

Tenang-tenanglah.

Semakin hebat amal dan pendekatan seseorang kepada Allah, semakin Allah sayang. Bila Allah semakin sayang, pastinya Allah nak serahkan diri kita pada jodoh yang paling terbaik. Yang akan menyayangi dan menghargai kita sepenuh hati kelak.

Jumaat, 22 Februari 2019

MAKSUD DAN BACAAN DALAM SOLAT

Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi masih tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak hairan la kalau tak khusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan faham-fahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat



*Takbiratul-Ihram / Takbir:*
Allah Maha Besar.

*Doa Iftitah:*
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

*Al-Fatihah:*
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

*Bacaan ketika rukuk:*
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

*Bacaan ketika bangun dari rukuk:*
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

*Bacaan ketika iktidal:*
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

*Bacaan ketika sujud:*
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

*Bacaan ketika duduk di antara dua sujud:*
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

*Bacaan ketika Tahiyat Awal:*
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

*Bacaan ketika Tahiyat Akhir:*
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Semoga bermanafaat utk kita bersama

Sahabat jika artikel ini bermanfaat silakan dikongsikan, sampaikan walau satu ayat

Sabda Rasulullah SAW;

*"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada."*
(Hadis Riwayat Muslim)

Rabu, 13 Februari 2019

PENGUNAAN GEAR AUTO DENGAN BETOL

Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul.... Ramai yang Selalu Tersilap!



Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox
anda rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal.

Harap selepas baca, dapat kongsikan kepada rakan-rakan anda.

JANGAN TUKAR GEAR "P" DI TRAFFIC LIGHT

Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila
berhenti kat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse
akan nyala sekejap.

Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah
hijau lama & kereta belakang dah hon2 je. Tertekan pedal minyak
dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau
cepat rosak.

Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

Bila nak jalan balik:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR

1. tekan tombol semasa menukar
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D

KENAPA?
Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear.
Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak.

Contohnya. dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak
tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat
di N. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear
terus ke R.

Contohnya, semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke
gear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear,
kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi. Jika kereta belum
berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. akibat pertukaran
mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan
tombol gear.

p/s : Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang
kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang
lekok-lekok tu, takde tombol. Selamat

Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:

P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda.
gear akan disekat.jadi kereta anda takkan bergerak walaupun
handbrake tak ditarik.

R - reverse, untuk mengundur kereta anda

N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic
jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan,
gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.

D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya
butang overdrive - gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4.
gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 shj

3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi
mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3

2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak
akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu

L - Low gear, gear pertama

Isnin, 28 Januari 2019

Doktor Kongsi Cara Dan Waktu Sesuai Guna Ubat Masuk Punggung, Mak Ayah Wajib Tahu !!!

Doktor Kongsi Cara Dan Waktu Sesuai Guna Ubat Masuk Punggung, Mak Ayah Wajib Tahu !!!


Ubat masuk punggung, biasanya ubat ni akan digunakan pada kanak-kanak. Biasa la, kanak-kanak tak suka makan ubat. Masukkan je ubat ni dekat punggung dia (tempat berak), habis cerita.

Tapi apa yang kita tak tahu, ubat ni ada risiko sebenarnya.

UBAT MASUK PUNGGUNG, ubat supp. Ini semua ubat yang sama kategori dipanggil suppositories.

Suppositories berbentuk torpedo/peluru, punyai tekstur ala lilin, dimasukkan ke dalam rectum melalui anus (lubang dubur). Di dalam rectum, ubat ini akan mencair (suhu badan) dan diserap oleh saluran darah di rectum.

Ada banyak kegunaan ubat suppositories ni, antaranya sebagai ubat demam, ubat tahan sakit, ubat tahan muntah, ubat sembelit, ubat sawan dan ubat buasir.

Hari ni kita nak fokus pada ubat suppositories untuk DEMAM & PENAHAN SAKIT (pain killer), yang kita bagi pada pesakit kanak-kanak.

Di Malaysia, ada 2 jenis ubat supp
untuk Demam/Painkiller, iaitu:
👉🏻Paracetamol, PCM (acetaminophen)
👉🏻Diclofenac sodium (voren)

Bila nak guna ubat Supp ini?
💊Kalau anak anda payah sangat nak makan ubat cecair.
💊Kalau sedang hadapi muntah muntah.

Dos:
👉🏻Untuk PCM, ada 2 dos, 125mg & 250mg.
👉🏻Untuk Voltaren, ada 2 dos, 12.5mg & 50mg.

Yang mana lebih bagus?
Jawapan kami, dua-dua bagus. Satu kajian membandingkan Supp Voltaren VS Supp PCM dalam mengurangkan suhu demam.

Di dapati Supp Voltaren effektif dalam 1 jam pertama menurunkan suhu (lebih cepat berbanding Supp PCM). Namun kesan keseluruhan rawatan, kedua-duanya sama effektif dalam menurunkan suhu demam.

Mana satu nak pilih?
🌡Supp PCM ialah drug of choice. Dah lama di pasaran dan terbukti selamat. Maka kalau diberi pilihan, gunalah Supp PCM untuk anak kita. Cuma kena faham, risiko kerosakan hati kalau overdose. So kenalpasti betul-betul dos PCM anak.
🌡Supp Voltaren pula dalam kategori painkiller NSAIDs, yang mana ada risiko pada kidney kalau overdose, dan beri kesan pedih perut/ulcer dalam perut.

Bila nak guna Supp Voltaren?
🔵Dalam kes allergic PCM.
🔵Kalau lepas 1-2 jam bagi Supp PCM, suhu badan masih tinggi > 39°C, maka next dose boleh cuba bagi Supp Voltaren.
🔵Jika pasti demam bukan disebabkan dengue..Sbb tu kne jmpa dktr bukan ambil sndiri..Jika tidak blh sebabkan pendarahan.


Apa beza Supp PCM vs Supp Voltaren?
Kedua-duanya antipyretic, iaitu ubat yang boleh menurunkan suhu demam, kedua-duanya boleh digunakan sebagai ubat tahan sakit (contoh anak sakit gigi, sakit kaki lepas jatuh,sakit tekak dan lain2).

Supp Voltaren ada extra fungsi sebagai anti inflammatory agent, iaitu ubat anti radang yang selalunya kita gunakan dalam sakit yang ada keradangan, contohnya arthritis kanak-kanak.

Apa yang wajib tahu?
👉🏻Supp Voltaren tak boleh digunakan untuk kanak-kanak bawah setahun dan kanak-kanak yang diketahui alah pada Diclofenac, kanak kanak yang ada masalah perdarahan.
👉🏻Supp Voltaren tak boleh digunakan untuk kanak-kanak yang disyaki ada dengue. Boleh akibatkan pendarahan. Jadi pastikan ambil ubat hanya bila doktor suruh.
👉🏻Supp PCM tak boleh digunakan untuk bayi bawah 6 bulan. Bergantung pd keadaan. Bawah 6 bulan sila jmpa doktor.
👉🏻Jangan guna Supp PCM & Supp Voltaren serentak.
👉🏻Supp PCM lebih selamat berbanding supp Voltaren kerana tiada risiko pendarahan.


Dos Penggunaan :
Sebenarnya kena kira berat badan kanak-kanak. Cuma secara kasarnya, ini dos yang disarankan ahli farmasi.

💊Supp PCM 125mg:
6 bulan – 3 tahun (8kg – 14kg) : Sebiji supp
4 tahun – 5 tahun (16kg – 18kg): Dua biji supp

💊Supp PCM 250mg:
5 tahun – 8 tahun (18kg – 25kg) : Sebiji supp
9 tahun – 12 tahun (28kg – 40kg) : Dua biji supp

Nota: Kedua-dua Supp PCM 125mg & 250mg ini tak boleh digunakan lebih dari 4 kali dalam tempoh 24jam.

Dose utk Supp PCM formulanya 20-30mg/kg berat badan.Contohnya berat 10kg..10kg x 30mg= 300mg..jadi blh bg anak dose sebiji Supp PCM 250mg..

Dos untuk Supp Voltaren, bagi kegunaan demam formulanya 0.5 –1mg/kg berat badan. So selalunya, untuk kanak-kanak usia setahun ke atas hingga 3 tahun, sebiji Supp Voltaren 12.5mg tu mencukupi, boleh ulang 2-3 kali sehari.

Contoh berat anak 10kg, supp Voltaren 12.5mg blh digunakan..

Kanak-kanak yang lebih besar/tua boleh guna dos Supp Voltaren 25mg.

Untuk dose ubat dalam kes paediatrik yg tepat, rujuk doktor anda. Dos yang kita tulis ni hanya sebagai general guidelines sahaja.


Cara Masukkan Ubat Dengan Betul

▪️Baring mengiring, silangkan kaki (satu kaki naik ke arah dada).
▪️Lembabkan ubat supp dengan vaselin atau minyak, dan tolak perlahan, tak perlu tekanan.
▪️Lepas masuk ubat, biar anak baring dalam 10 min untuk bagi ubat menyerap.
Kalau perlu masukkan 2 biji supp, boleh masukkan supp kedua sebaik sahaja supp pertama dimasukkan ,ruang dalam rectum cukup besar untuk tampung 2 suppositories.

Dr Shazwan /Dr Syahida Klinik Lathika dan Klinik Avicenna

Sabtu, 26 Januari 2019

Tahu tak kalian yang 55% dari ubat moden, asal usulnya datang dari tumbuhan???

Gambar bunga yang saya letak kat bawah tu namanya Galega officinalis. Nama lainnya adalah Goat's rue, French lilac, Italian fitch, atau Professor's Weed. Tumbuhan ni tak ada kat negara kita. Dan ia adalah pokok yang beracun.

Ni sejenis herba sebab zaman antara 500 Masihi hingga 1500 Masihi, ia digunakan secara tradisional untuk merawat kencing manis.

Pada kurun ke 20, zaman pun dah makin maju, saintis-saintis masa tu, dapat mengenalpasti lepas tu mereka mengasingkan 1 sebatian dari tumbuhan ni yang mereka panggil guanidine.

Guanidine ni melalui kajian dalam makmal didapati boleh turunkan kandungan glukosa dalam darah tapi masalahnya ia juga toksik. Sebab mereka ni pakar kimia mereka mendapati kalau 2 sebatian guanidine digabungkan, dan jadi biguanide, maka kesan toksik tu dikurangkan. Hebat kan.

Biguanide yang paling terkenal ialah metformin. Metformin mula-mula dihasilkan pada tahun 1929. Dan pada akhir 1950an, ia telah dibangunkan secara klinikal oleh pakar perubatan Perancis dengan nama Glucophage.
Glucophage = pemakan gula.

Bermula dari situlah, kajian demi kajian dilakukan untuk memastikan keberkesanan dan keselamatan Metformin untuk digunakan ke atas pesakit diabetes. Kajian di United Kingdom, Prospective Diabetes Study 1977 selama 20 tahun mendapati Metformin kalau dipreskripsikan pada pesakit kencing manis yang berat badannya berlebihan mengurangkan risiko sakit jantung.

Food and Drug Administration di Amerika Syarikat telah membenarkan pemasaran Metformin sebagai ubat kencing manis pada tahun 1994. Tapi masa tu masih dipatenkan dengan nama Glucophage. Pada tahun 2002, paten formulasi Metformin telah tamat tempohnya maka sekarang Metformin harganya lebih murah untuk semua pesakit.

Kenapa saya cerita pasal sejarah Metformin dan apa kaitan dengan produk yang dalam gambar saya bagi tu?

1. Kandungan Guanidine dalam bunga Galega originalis hanya 1-2% saja. Untuk dapatkan kandungan tu, bayangkan berapa banyak tanah mesti digunakan untuk menanam tumbuhan ni. Berhektar-hektar. Dahlah pokok ni beracun pula tu. Yang baki pokok tu nak buat apa? Tak ke sia-sia.

Apa yang saintis buat dalam makmal ialah, hasilkan sebatian yang sebiji rupanya dengan Guanidine. Dan dari situlah jadinya Metformin. Tak payahlah nak susah payah nak usahakan tanah sebab nak tanam pokok ni. Metformin boleh dihasilkan dengan kuantiti yang banyak untuk pasaran satu dunia.

Pada masa sama, sebatian Metformin yang dihasilkan secara komersial mesti mengikut piawaian yang ketat, maka setiap satu biji yang pesakit makan tu kandungan Metformin itu sentiasa dijamin dosnya.

Penggunaan Metformin di dalam mengawal paras gula dalam Type II Diabetes Mellitus terbukti berkesan dan kerana itulah ia termasuk dalam rawatan yang digariskan dalam Clinical Practice Guidelines.

2. Produk yang diiklankan tu sangat mengelirukan. Sebab katanya 100% bahan semulajadi. Saya tak pasti apa maksud kenyataan tu. Tumbuhan-tumbuhan asal yang digunakan dalam produk tu sebenarnya dah melalui proses di kilang dan pastinya setiap langkah tu melibatkan perubahan dalam bentuk fizikal dan metabolisma kimia kan? Tak ke? Semulajadi tu apa sebenarnya? Saya tak faham. Saya dah terangkan kenapa Metformin diperbuat secara sintetik.

3. Untuk pengetahuan, produk ni berdaftar dengan Agensi Regulatori Farmasi Negara sebagai ramuan tradisional.
Ia bermakna, produk ni tak boleh mengandungi sebarang bahan aktif. Jadi, kalau tak ada bahan aktif, bagaimana ia bertindak untuk mengawal paras glukosa dalam darah.

4. Berdaftar dengan KKM dalam kategori T bermaksud ianya tak ada kandungan logam berat dan bebas dari mikroorganisma. Itu saja.
Untuk mendapat nombor MAL, pemilik produk tak pun perlu kemukakan sebarang kajian saintifik bertaraf tinggi pun untuk keberkesanannya. Kesan sampingan jangka masa pendek dan panjang pun memang tak diketahui.
Kajian ke atas binatang tak dikira ya.
Dan kajian kalau setakat sampel kecil, ada banyak kelemahan dan keputusannya boleh dipertikai, maka tak perlulah diulas lagi.
Kesimpulannya, betul ke tak produk ni boleh merawat Diabetes Mellitus sangatlah diragui.

5. Produk dalam kategori T, berdasarkan akta iklan ubat, tak boleh membuat sebarang tuntutan perubatan. Apatah lagi kencing manis yang dikatakan tu termasuk dalam 20 jenis penyakit yang tak boleh diiklankan. Ia jelas melanggar undang-undang.

6. Metformin harganya sangat murah dan terbukti secara klinikal berkesan. Dengan harga RM1 di klinik kerajaan, pesakit bukan saja mendapat ubat-ubatan, malah diberi konsultansi, rujukan kepada pakar bila perlu dan juga pada pegawai pemakanan, dan segala ujian makmal berkaitan.  Bandingkan dengan sekotak produk yang dijual seperti kacang putih oleh mereka yang tak ada langsung ilmu dalam bidang perubatan. Disebabkan mereka tak bertauliah, tak berlesen sebagai pengamal perubatan dan tak berpengetahuan pun, kalau terjadi komplikasi pada pembeli, mereka dengan mudah boleh berlepas tangan. Dan kebanyakan pengguna tak mahu pun membuat laporan kepada pihak berkuasa sebab dah termalu alah sendiri.

7. Saya tahu pesakit saya yang menghidap kencing manis terdesak nak sembuh. Masalahnya sampai sekarang tak ada ubat boleh sembuhkan atau gantikan sel di pankreas yang tugasnya menghasilkan insulin. Saintis masih berusaha. Tapi, dengan kerjasama pesakit yang mengikut nasihat doktor yang merawat, menjaga diet, menjaga berat badan ideal dan mengambil ubat seperti sepatutnya, pesakit pastinya boleh mengawal penyakitnya dan mengelak komplikasi seperti serangan jantung, kegagalan buah pinggang, strok, retinopathy dan peripheral neuropathy.

Sampai bila kita ni nak terus menerus dijadikan lubuk duit oleh mereka yang mengambil kesempatan? Maka renung-renungkanlah ya.

Jumaat, 25 Januari 2019

Tips ke Cameron Higlands

Tips ke Cameron Higlands dari Sam Sarra 💞
ikut anda sama ada naik dari simpang pulai atau tapah. ni turutan tempat menarik kalau naik dari salah satu jalan ni...

👇🏻*Sekiranya naik dr SIMPANG PULAI* 👇🏻
-Last Stop(kedai cenderahati)

-Avant Choc (Green View Garden) masuk free

-Meiko(kedai cenderahati)

-BHP Petrol

-KC Kwang Grapes (Jln Blue Valley-Gua musang) tak boleh petik anggur,boleh selfie je.. 🍇 - ikut musim..

-Bharat Tea Terla -Tea house 3- (Cameron Valley)

-Lavender Garden (tiket rm10)

-Rose Valley

-Bee Farm

-Aranda Nova Mall.(Hotel, Karaoke, watsons, dll)

-BOH Tea Sg Palas(tempat ombak rindu, aurora shooting) tips ⭐️ dah parking lalu dekat tepi ladang teh, tak penat sangat nak mendaki.. sambil2 tu boleh selfie 🤳🏻

-MOSSY Forest - depends cuaca dan keadaan.

-Butterfly Farm

-Raju Hills Strawbery ( dpn pasar KEA Farm)

-Pasar Kea Farm. 7pagi-7mlm.

-Kea Garden ( masuk hujung KEA Farm, tiket RM 1) ada hotel sekali.

-Rose Centre

-Cafe Lorong Viral ( tempat makan masakan panas, owner melayu ) 👍🏻👍🏻

-Auntie Viral ( sayur rm 10 - 16 bungkus ‼️) sebelah cafe lorong

-Cactus Point

-S Corner( kedai cenderahati, jual strawberry, cendawan warna warni)

-Time Tunnel -muzium lama best masuk sini menggamit kenangan rumah dulu2 , sejarah2 cameron( tiket dewasa rm 6 )

👇🏻*PEKAN BRINCHANG* 👇🏻
-Big Red Strawberry Farm(masuk free, parking hati2, nak turun pun hati2 sebab jalan curam, wafle,scones, milkshake terbaik !! 👍🏻👍🏻

-Cactus Centre

-Masjid Brinchang
-KFC
-Petronas
-Shell
-Brinchang Food Court

👇🏻*TANAH RATA* 👇🏻
-Kasimanis Strawberry

-Healthy Strawberry

-⭐️ Kg.Tmn Sedia (Kg org Melayu,byk kebun strawberi melayu), homestay kg style -KHM strawberry, Opah Starwberry, YZ Strawberry, Cafe 200 seed ,Abang strawberry dan lain2) -Steambot grill n cheese pun ada

-Kem Sungai Pauh (tapak perkhemahan)

-Parit Fall

-Taman Rekreasi Tanah Rata

-Agroteknologi MARDI (tiket rm5) -kebun bunga,starwberry,(ala2 lavender garden) ada cafe strawberry boleh singgah berdekatan parking bas/ kereta.

-Pasar Malam Golden Hills. (ada juga hotel)

-Perumahan Cameron Jaya (ada homestay)

👇🏻*RINGLET* 👇🏻
-Bharat Tea Ringlet -tea house 1- (Cameron Valley)

-Agro Hihglands Cafe SG Bisek

-BOH Tea Habu

-Ladang Anggur Bertam Valley- ikut musim

-AIR TERJUN Lata Iskandar (Jln Tapah)

-Tasik TNB Hidro Jelai (Jln Ringlet-Koyan)

👆🏻TOL PLUS TAPAH👆🏻

(LALUAN SPG.PULAI-CH-TAPAH)
kalau ada yang typo, silap tempat atau nak tambah boleh je bagitahu 👍🏻

*SELAMAT BERCUTI & HATI-HATI DLM PEMANDUAN*
Jangan lupa beli kupon kad parking ☺️☺️

Selasa, 22 Januari 2019

Kerajaan bayarkan 10% deposit untuk rumah pertama anda. Bagaimana caranya?

Kerajaan bayarkan 10% deposit untuk rumah pertama anda. Bagaimana caranya?



Mohon Secara Online Sekarang di ini https://semakanonline.com/mydeposit-2018/

Kepada yang tak tahu, kerajaan telah perkenalkan sistem MyDeposit. Tujuannya untuk membantu golongan M40 iaitu golongan isi rumah yang berpendapatan RM3,000-RM9,000 dengan membiayai deposit rumah pertama mereka.

Syarat-syarat:

1) Pemohon berumur 21 tahun ke atas
2) Pembelian rumah pertama
3) Hartanah di bawah RM500,000

Kalau anda menepati kesemua syarat ini, anda dah boleh mulakan misi mencari rumah. Tidak kira sama ada rumah ‘undercon’ atau ‘subsale’. Pastikan harganya bawah RM500,000 ya.

Bila dah jumpa rumah idaman:

✅Isi borang permohonan
- Permohonan akan dibuka pada tahun hadapan. Borang ini penting untuk semakan Jabatan Penilaian Permohonan.

Bila permohonan dah lulus:

✅Anda akan terima Surat Tawaran Bersyarat Skim MyDeposit
- Surat Tawaran inilah yang akan jadi ‘cagaran’ untuk biaya deposit 10% rumah anda.

✅Cari, semak dan mohon pinjaman perumahan
- Pinjaman perumahan perlu disemak dan dimohon sebelum tanda tangan Perjanjian Jual Beli (S&P). Kebiasaannya pinjaman perumahan akan turut meliputi kos insuran dan kos guaman bagi pinjaman.

✅Tanda tangan S&P
- Selepas pemohanan pinjaman perumahan berjaya, anda boleh tandatangan perjanjian S&P. Jika rumah yang dibeli berstatus ‘undercon’ atau sedang dibina, pemaju selalunya akan ‘serap’ kos guaman bagi S&P.

✅Tanda tangan Surat Tawaran Pinjaman
- Anda akan terima ‘Offer Letter’ dari bank jika pinjaman anda diluluskan.

Bila dah selesai tanda tangan surat tawaran:

✅Penjual atau Pemaju akan membuat tuntutan deposit 10% tadi kepada kerajaan menggunakan surat Tawaran Bersyarat MyDeposit tadi.
✅Kerajaan akan membayar deposit tersebut dan akan melakukan pemantauan projek.

Ambil perhatian:

✅Ada ‘setback’ tentang skim ini dimana anda tidak boleh menjual hartanah tersebut dalam masa 10 tahun
✅Skim MyDeposit juga tidak terpakai bagi projek-projek perumahan kerajaan seperti PR1MA, PPA1M, RUMAWIP dan PPR.

Walaubagaimanapun, skim ini amat membantu golongan isi rumah untuk memiliki rumah pertama pada ‘zero-entry cost’. Maklumlah, deposit rumah kerajaan bayarkan, kos S&P kebiasaannya pemaju bayarkan. Kos insurans rumah dan guaman juga boleh dimasukkan dalam pinjaman.

Kredit: Hartabumi

Isnin, 21 Januari 2019

SUAIMI KETAGIHAN GAME

Suami Ketagihan Game.



Saya pernah jadi seperti ini. Telefon sentiasa di tangan. Masa sentiasa tidak cukup. Semua benda atau perkara lain adalah gangguan.

Whatsapp dari isteri dirasakan leceh. Apatah lagi video call. Hati rasa benda itu sangat mengganggu. Nak tak nak terpaksa jugak jawab. Bila jawab dengan keadaan sebegini, perbualan selalunya akan menjadi ringkas dan tidak berkualiti. Selalu juga akan berakhir dengan ketidakpuasan si isteri atau pergaduhan kecil.

Kadang - kala isteri call untuk bertanya khabar, bermanja atau sekadar melepaskan kerinduan serta kebosanan di rumah. Tetapi dibalas dengan dingin. Ditanya sepatah, jawab pun sepatah. Mana taknya, hati dah panas kerana permainan terganggu.

Bila di rumah pula, anak - anak perlukan perhatian, bantuan kerja sekolah atau sekadar bermanja, anda menjadi rimas dan terganggu. Semuanya kalau boleh tangguhkan, "nanti - nantilah ayah tengok, ayah sibuk ni". Padahal sibuk dengan game.

Berhenti membohongi diri anda. Memang ini yang anda rasa. Inilah realitinya dan kenapa ianya adalah satu penyakit yang semakin merebak dan membahayakan rumahtangga.

Game is fun. Permainan itu suatu yang menyeronokkan. Ianya menjadi satu kepuasan apabila kita berjaya di dalam objektif game itu sama ada, mendapat chicken dinner di dalam PUBG, memenangi perlawanan di dalam Mobile Legends atau karektor yang semakin kuat dan hebat di dalam game MMORPG (massively multiplayer online, Role Playing Game) seperti Lineage 2, AxE dan lain - lain.

Game itu sendiri secara dasarnya tidak salah. Tetapi apabila ianya mengambil masa yang lama untuk bermain, di sini datangnya masalah itu.

Kita semua ada 24 jam di dalam sehari. Seorang yang normal memerlukan 8 jam untuk mendapat tidur yang cukup. Baki 16 jam akan ditolak lagi sebanyak 9 bekerja dan 1 jam perjalanan pergi balik ke tempat kerja (lebih kurang). Pada penghujung hari, tinggallah 6 jam untuk membuat perkara lain dan bersama keluarga.

Di sini datangnya masalah. Masa yang tinggal itu akan direbut dan ditagih oleh ahli keluarga. Tetapi bagaimana pula kalau masa itu juga dihabiskan dengan bermain game?

Seringkali penggemar game akan sentiasa mengeluh tentang tiadanya masa yang cukup untuk diri sendiri. Mereka juga akan menegaskan yang mereka juga ada hobi dan bermain game inilah hobi mereka. Jadi, isteri dan anak - anak wajib faham dan beri ruang yang secukupnya.

Tak sedar lagi? Baca semula perenggan di atas dan sedarlah yang anda dah letak game itu lebih tinggi dari keluarga. Masa dengan keluarga tidak akan kembali. Jika anda terlepas masa itu, jangan harap anda akan dapatkannya semula.

Berhenti gunakan ayat, "mujurlah abang tak melepak sana sini, main perempuan dan lain - lain, sekurang - kurangnya abang sentiasa ada kat rumah". Ayat ni teramat tidak cerdik. Apalah gunanya jasad di depan mata tetapi tidak bernyawa? Tiada gunanya. Percayalah.

Isteri anda akan rasa tidak dihargai, diabaikan, dirasakan tidak penting, tidak dihormati, tidak disayangi dan tidak dipedulikan.

Jika anda rasa melampau si isteri rasa macam tu, anda sebenarnya dah terlalu jauh mengabaikan isteri anda untuk tidak lagi memahami perasaan isteri.

"Ahhh, aku main game nie suka - suka je, bukan ketagih pun". Jom kita tengok tanda - tanda suami ketagihan game.

➡️ Bila suami nampak lebih gembira bermain game berbanding menghabiskan masa dengan orang lain atau ahli keluarga.

➡️ Bila suami sangat keberatan untuk keluar berjumpa ahli keluarga lain atau saudara mara dan lebih suka tidak keluar dari rumah untuk bermain game.

➡️ Bila suami menghabiskan masa berjam - jam dengan bermain game sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai suami, bapa dan sentiasa tidak mengendahkan kerja - kerja di rumah.

➡️ Bila suami secara konsisten akan bermain game setiap petang atau malam.

➡️ Prestasi kerja suami semakin menurun. Mereka sering lewat ke tempat kerja, sentiasa mengantuk dan tidak cukup tidur akibat bermain game.

➡️ Suami tidak lagi berminat untuk bersukan atau ke taman berjalan bersama anak dan isteri.

➡️ Sahabat handai dan saudara mara terdekat seringkali bercakap mengenai betapa suami sering bermain game.

➡️ Suami sering menipu mengenai berapa lama mereka bermain game dan sentiasa berjanji yang ianya tidak akan lama dan seringkali bertukar kepada berjam - jam lamanya.

Jika anda atau suami ada tanda - tanda seperti di atas, berhentilah menipu diri sendiri dan mengakulah yang anda adalah seorang penagih game.

Bagaimana nak mengatasi masalah ini?

✔ Jangan terjebak sekali dengan masalah suami dengan bermain game bersama. Mungkin anda akan rasa anda meluangkan masa berdua, sebenarnya tidak dan ianya menjadi bertambah buruk jika pasangan sudah mempunyai anak.

✔ Mengabaikan masalah tu atau membiarkan suami dengan ketagihan game hanya akan memburukkan lagi masalah. Jangan abaikan, teruskan menasihati. Teruskan cuba mencuri masanya. Jangan putus asa sehinggalah dia sedar yang game itu tidak akan membantu apa - apa.

✔ Katakan pada suami yang anda mencintainya, anda risaukan ketagihan gamenya, anda rindukan masa bersama, terangkan yang ketagihan itu telah membuatkan suasana yang tidak baik di rumah dan akhirnya, berterus teranglah kepada suami yang ketagihan game dia bakal membuatkan rumahtangga anda retak.

✔ Jangan sekali - kali letakkan diri di bawah game ataupun kurang penting dari game. Anda lebih penting, anda lebih utama. Dapatkan semula suami anda ! Jangan biarkan suami utamakan game dari anda dan anak - anak.

✔ Jika suami tetap tidak mahu berubah, cadangkan untuk bertemu dengan pakar kaunseling rumah tangga.

✔ Dan di pengakhirannya, berikan kata dua, game atau anak dan isteri?

Kepada suami, fikirkan semula, berbaloi ke? Berbaloi ke lebihkan game berbanding kehidupan yang dipenuhi kegembiraan yang benar dan nyata? Insaflah. Bila sudah berkeluarga ini, masa  sepatutnya dihabiskan bersama mereka kerana apabila kita terlantar di katil hospital nanti, bukan game yang akan menjaga kita, bukan game yang akan menyuapkan nasi ketika kita sudah tidak mampu makan sendiri, bukan game juga yang akan duduk di tepi katil berdoa dan memberi semangat apabila nyawa kita berada di penghujungnya nanti.

Buanglah ketagihan itu. Kembalilah kepada keluarga. Anak dan isteri anda sangat merindui anda.

Kepada si isteri, terimalah kenyataan yang suami anda mempunyai masalah. Bantulah dia, kembalikan matanya kepada anda dan keluarga.

Sebelum saya terlupa, berhenti mengungkit tentang pengorbanan anda sebagai seorang ayah atau suami setiap kali ditegur pasal game. Itu bukan alasan untuk menghadap telefon berjam - jam dan bukan anda seorang sahaja yang berkorban untuk keluarga.

Game itu menyeronokkan. Tetapi ketagihan game itu adalah masalah yang boleh membawa kepada keretakan rumah tangga.

Kepada yang belum berkahwin, bawak - bawaklah berhenti bermain game. Nanti sedar tak sedar anda dah 30an dan masih tinggal seorang diri. Berhentilah dari membuang masa.

Semoga bermanfaat.

Silakan kongsi penulisan ini supaya ia dapat membuka lebih banyak mata mengenai permasalahan ini.

Kredit 👉 Akhtar Syamir

Sabtu, 19 Januari 2019

3 JENIS CINCIN MENUJU KE ALAM PERKAHWINAN

Tahukah anda???🤔🤔🤔
.
Dalam adat resam perkahwinan orang Melayu, terdapat 3 JENIS CINCIN 😳 untuk setiap peringkat sehingga ke gerbang perkahwinan. 😅
.
1. Cincin merisik


.
Sebagai tanda perkenalan kedua-dua keluarga dan pihak perempuan telah bersetuju untuk meneruskan perhubungan tersebut. 😉😍
Biasanya CINCIN BELAH ROTAN yang kosong.😍
.
2. Cincin bertunang


.
Biasanya cincin emas berbatu dan biasanya LEBIH MAHAL dari cincin merisik. Boleh juga untuk memilih cincin silver. 😘
.
3. Cincin Nikah


.
Cincin ini yang PALING PENTING, glamour dan mahal dari cincin-cincin diatas. Biasanya orang akan memilih yang berbatu SATU dan besar. 😎😍
.
Apa-apa kena buat budget betul2. Berbelanja ikut keperluan. 😉

Khamis, 17 Januari 2019

APAKAH YANG PERLU KITA BUAT SELEPAS SUBUH

1 jam selepas subuh menentukan bagaimana hala tuju hidup kita.


Jadi, apakah yang perlu kita buat 1 jam selepas subuh?

1. Jangan tidur lepas subuh. Ia menutup banyak pintu rezeki malah akan membuatkan tubuh jadi lemah. Kalau terlalu penat, tunggu waktu syuruk jam 7.00 pagi ke atas. Dan selepas itu rehatlah tak mengapa.

2. Biasakan untuk mandi dan bersihkan diri. Mandi sebelum dan selepas subuh akan membantu sistem badan menjadi segar dan sihat. Juga membuatkan wajah menjadi awet muda. Cubalah!

3. Sarapan. Makan sikit diwaktu pagi membuatkan sistem penghadaman akan berfungsi dengan baik. Ambil sepotong roti pun takpe. Segelas susu dan kopi pun baik. Janji makan atau minum sikit.

4. Ini yang terpenting. Baca Al Quran. Zikir. Selawat. Nak buat atau nak baca atau nak pasang sahaja di Youtube pun tak mengapa. Asalkan kita niat untuk memberi makan buat hati. Hati akan jadi kuat dan tidak akan lemah.

1 jam kita buat semua ini, insyaAllah hidup akan bermakna.

Dan kita mampu melangkah lebih jauh dan bertenaga.

Isnin, 14 Januari 2019

HENDAK BAWA KERETA SENDIRI KE LANGKAWI?

Bawa Kereta Sendiri Ke Langkawi??



Sempena arini balik kampung, kami nak share cara-cara nak bawak kereta masuk ke Pulau Kazambo.
Ada 2 jenis cara nak bawak kereta ke Langkawi

1. Bawak kereta + penumpang sekali sampai hari yang sama (Kuala Perlis)
2. Pos kereta arini esok sampai (kereta sahaja) Kuala Kedah
Untuk naik kereta + penumpang ada beberapa company seperti Dibuk, Langkawi Roro & Langkawi Auto.
Trip ini kami memilih Langkawi Auto
Macam mana nak buat?

Ok simple je....

1. Bukak website or google Langkawi Auto
2. Isi maklumat pemandu, penumpang & jenis kenderaan
3. Bayaran adalah mengikut cc kereta cth 1500cc kebawah rm125 sehala
4. Rm125 adalah termasuk sekali dengan tiket pemandu sahaja
5. Sekiranya ada penumpang lain di dalam kereta, tiket berasingan dikira rm18/person(dewasa)
6. Setelah selesai pembayaran dan booking, reply email yang diterima dengan menyertakan salinan geran dan ic beserta form kepada company tersebut

Masa :
- perlu tiba sejam sebelum perlepasan
- Jadual feri selalunya tengahari dan petang
- Tempoh perjalanan adalah 2- 2.30 jam
Kemudahan feri
1. Jangan risau bukan kena duduk dalam kereta sepanjang perjalanan
2. Dalam feri ada tempat khas untuk duduk (siap pasang tv), kantin makanan ringan, tandas
3. Kalau nak lepak luar feri makan angin tgk view lawa boleh je
Kelebihan bawak kereta sendiri
1. Jimat kos sewa kereta & parking kereta
2. Mudah nak bawak barang soping 😅
3. Selesa drive kereta sendiri

Jika anda bercadang untuk stay lebih lama di Langkawi mungkin berbaloi untuk bawak kereta ke sini, jika sebaliknya adalah lebih menguntungkan untuk sewa kereta sahaja.

Semoga bermanfaat

Sabtu, 12 Januari 2019

TIPS CERAHKAN LAMPU KENDERAAN ANDA

Follow step di bawah








Dh siap!!!


Nak nikah pn, dapat RM1000 dr Kerajaan Negeri Kelantan!

Nak nikah pn, dapat RM1000 dr Kerajaan Negeri Kelantan!
sapa staro tu Kerajaan Negeri jaga rakyat dia. Bertuah molep Anak Klate.

Sahabat2 ambe hk nk nikah, jangan lupa isi borang ni deh^_^

Update terbaru:



🔖INFO GERBANG AZ-ZIWAAJ🔖
.
Berita baik buat yang ingin mendirikan rumah tangga (BERKAHWIN)...
Mari isi borang Bantuan Gerbang Az-Ziwaaj Kerajaan Kelantan
.
Syarat-Syarat Permohonan :
1 ) Rakyat Negeri Kelantan (Kod KP : 03/29).
2 ) Di Pohon Pihak Lelaki Sahaja.
3 ) Bagi Bukan Rakyat Kelantan :
       i ) Bermastautin Melebihi 15 Tahun
      ii ) Surat Pengesahan Dari Pusat Khidmat Dun
     iii ) Sijil Berhenti Sekolah Rendan & Menengah
4 ) Pendapatan Pemohon Tidak Melebihi RM1000 Sebulan Dengan Meyertakan Slip Gaji / Pengesahan Pendapatan Oleh Penghulu Mukim / Penggawa.
5 ) Permohonan Untuk Perkahwinan Pertama Sahaja.
.
.
.
Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan Ini :
1 ) Gambar Berukuran Pasport
2 ) Salinan Kad Pengenalan
3 ) Salinan Sijil Kelahiran
4 ) Salinan Sijil Kursus Perkahwinan
5 ) Salinan Borang Pemeriksaan Kesihatan (HIV)
6 ) Salinan Kebenaran Berkahwin (Borang 1)
7 ) Slip Gaji / Pengesahan Pendapatan

Untuk Keterangan & Maklumat Lanjut, Boleh Berhubung Dengan PENGHULU² Mukim @ Hadir Ke :
Pusat Khidmat Masyarakat ADUN yang berhampiran tempat tinggal masing di kelantan.

#KelantanNegeriBerkebajikan
#MembangunBersamaIslam
#SejahteraBersamaIslam

TIPS CUCI KERETA MUSIM HUJAN

Tips-tips MENCUCI KERETA pada musin HUJAN Yang PERLU anda tahu!:

Tahukah anda air hujan boleh menghakis “clear coat” atau “chrome” pada kereta disebabkan asid yang terkandung pada air hujan?

Jadi, mencuci kereta pada musim hujan adalah sesuatu perkara yang harus dilakukan untuk mengelak warna kereta jadi pudar. Kami ada 4 tips cuci kereta pada musim hujan untuk mengelakkan warna kereta jadi pudar dan tips ini dipetik dari Facebook EH Motor Sdn Bhd-est 1985. Jom baca kat bawah ni:

1)  Cuci kereta anda!

Cuci kereta?! Kan hujan… Bila hujan mesti rasa malas nak cuci kereta. Ye lah sebab hujan kan.. nanti kotor semula bila kena air hujan. Rugi je. Baik x payah cuci bila terkenangkan esok mesti hujan lagi. Tapi jangan tewas dengan godaan makhluk itu untuk membuatkan anda lebih malas..!

Sebenarnya air hujan adalah BERASID dan boleh mengakis clear coat dan juga cat atau chrome pada kereta. Bukan lah berlaku dengan pantas, tapi tak baik untuk jangka masa panjang. Jadi lepas hujan, elok kita tembak air paip kat kereta untuk bilas air hujan yg melekat lagi.
JANGAN LUPA GUNA SHAMPOO KHAS UNTUK KERETA SAHAJA!

2)  Wax kereta setiap beberapa bulan.

Wax layer ni tujuan nya untuk protect cat antaranya dari hujan asid. Kotoran pon x mudah lekat pada cat sebab wax ni dah melicinkan permukaan cat. Bila sentuh pon lembut je macam kulit baby lah konon nya.. Very smooth feeling bila dah wax kereta.

Lebihkan sikit kat area yang permukaan rata. Biasanya permukaan rata ni menakung air. Bila dah licin dengan wax nanti, mudah air nak jatuh dan tak bertakung sangat. Maka takde lah ‘watermark’ bila air tu kering nanti.

3)  Bersihkan rims dan tayar kereta.

Tembak lah air kat rim dan tayar tu bagi bersih skit. Hujan-hujan ni dengan pasir, lumpur, jangan dibiarkan je. Rims, brake dan disc brake pon perlu dibersihkan selalu. Kalau tembak air pun malas, lagi cepat karat lah benda tu nanti. 2 minggu sekali bersihkan minyak2 yang melekat pada rims, barulah nampak rims berkilat.

4) Lap kereta dengan kain khas untuk kereta.

Siapkan beberapa kain berasingan dan khaskan mengikut tujuan digunakan;

Kain microfibre untuk body kereta.
Kain/span untuk wax body kereta.
Kain untuk rims atau untuk sapu bahan pengilat tayar.
Kain bersih untuk bahagian dalam / interior kereta.
Kain microfire untuk cermin kereta.

TIPS PENJAGAAN CAT KERETA

LIMA (5) TIPS PENJAGAAN CAT KERETA SUPAYA TAHAN LAMA DAN SENTIASA SHINING
.
Hi semua, nak tahu tips penjagaan kereta, bukan enjin saja nak dijaganya😉.
.
Jom baca, nak kongsi sikit pengalaman pada semua😘
.
1.Elak Parking @ letak Kereta bawah pokok waktu malam sampai pagi.
Kerana pokok akan mengeluarkan getah pada waktu malam, sekiranya getah jatuh dan melekat, memang payah nak keluar.Banyak kes E'Joe jumpa pada kereta ada masalah ni, dan ramai yang tak tau.tompok apa banyak sangat ni.. Begetahhhh. Lepas ni ingat la ye.

2.Jangan gunakan sabuh membasuh baju. E'joe jumpa ramai yang cuci kereta pakai sabun baju. sabun tu untuk pakaian saja. Cepat pudar warna kereta kesannya.
Gunakan shampoo yang betul untuk cucian kereta ya.

3. Elak kereta dibiarkan berembun.sekiranya terpaksa, esok harian cepat cepat bilas dan lap bagi kering. Embun mempunyai asid, sekiranya tak dibilas dan biarkan kering seharian pada setiap hari pulak..Tunggu kemunculan Watermark pada body atau cermin.sakit mata kalau dah terkena kan

4.Waxing kereta sekurangnya 3bulan sekali.paling yeruk 6bulan sekali. Bila kita wax,  akan ada satu permukaan lapisan atas cat yg akan melindungi dari kesan panas terik dan hujan yang boleh cepat pudarkan warna. Biasanya warna Putih dan Merah akan cepat terkesan..warna putih biasanya tinggalkan kesan jalur hitam atau black mark. Merah pulak cepat kusam.wax bukan untuk shining saja tau.

5.Parmanent Coating.yang ni satu revolosi baru untuk penjagaan cat. Yang dulu hanya digunakan untuk industri berat seperti bangunan dan perkapalan. Lebih baik dari wax. Lebih banyak benefit seperti dapat tahan calar dan tak perlu lagi wax atau polish selalu. . Kenapa E'Joe kata parmanent sebab ia boleh tahan kekal lebih lama tahanya. Satu Lapisan baru akan terbentuk atas permukaan cat dan akan nampak seperti cermin. Mesti shining gila.

✔️Tips untuk Memilih Coating terbaik
Ceramic Coating @ Glass Coating (yang selalu customer tanya) yang penting mestilah mempunyai Hardness@ Kekerasan .Yang terbaik sekarang 9H(9hardnes). Kalau tak ada hardnes tu, ermm hanya water wax saja tu.

Khamis, 10 Januari 2019

TIPS CARA MULA SIMPAN EMAS

Saya percaya ramai yang dah tahu emas ni bagus cuma tak tahuatau terasa susah nak mula menyimpan emas.


Mai sini saya nak bagi tips cara nak mula simpan emas:
.
1️⃣ Simpan emas dahulu baru berbelanja. Kerana jika kita berbelanja dahulu baru menyimpan, akhirnya tiada langsung wang yang tinggal untuk disimpan.
.
2️⃣ Bermula dengan menyimpan emas yang paling kecil nilainya. Melalui akaun emas PG, anda boleh menyimpan emas serendah RM100 sahaja.
.
3️⃣ Kalau anda jenis ada duit asyik nak habiskan, simpanlah emas sebanyak yang boleh selepas selesaikan segala hutang untuk elakkan wang itu dipakai utk hal-hal bukan keperluan.
.
4️⃣ Tetapkan matlamat simpan emas iaitu untuk selamatkan kebocoran wang simpanan terlebih dahulu. Dengan sendirinya matlamat yang lain akan turut tercapai kemudiannya.
.
5️⃣ Simpan emas sehingga cukup gram untuk mencapai matlamat kita yang lain, sebagai contoh ingin menunaikan umrah. Maka, juallah emas tersebut dan tunaikan umrah.
.
6️⃣ Simpan emas dengan konsisten setiap bulan tidak kira harga emas naik atau turun sebab yang penting adalah jumlah gram simpanan kita dan pada akhirnya kita akan dapat harga purata.
.
7️⃣ Jangan mencari "masa yang sesuai" untuk membeli emas kerana tiada masa yang khusus untuk membeli emas. Saat paling tepat untuk membeli emas ialah saat kita mempunyai duit. Jika rasa sudah bersedia, tanyalah poket disisi kita dan terus bertindak segera!
.
"Save gold today, it will save you tomorrow." In shaa Allah.

BAGAIMANA MERANGSANG PERCAKAPAN ANAK DARI SELEPAS LAHIR

MERANGSANG PERCAKAPAN ANAK DARI SELEPAS LAHIR 👶


"Saya tak pernah ajar anak saya bunyi binatang, kalau nampak kucing cakap terus "kucing" bukan "meow meow"

Teringat saya ada seorang ibu yang mempunyai anak lewat bercakap (speech delay) kata begitu. Saya cuma mampu membebel dalam hati sahaja 😁

Mak ayah perlu ingat, setiap skil yang dipelajari anak ada tahapnya, sama juga seperti skil motor kasar mula-mula meniarap, merangkak, duduk, berdiri, selepas itu baru berjalan. Dalam skil bahasa pun sama, bukan tiba-tiba anak akan pandai cakap 'kucing", "mama", atau "papa". Jika kita terus ajar perkataan yang compleks, kadang-kadang ia terlampau susah untuk anak belajar terutamanya anak yang mengalami masalah kelewatan perkembangan bahasa.

Bagi anak yang berumur bawah setahun, saya pecahkan kepada 3 tahap umur. Pastikan anak belajar mengikut tahap,

TAHAP 1 (0 HINGGA 3 BULAN)

1. Senyum
2. Buat bunyi "aaaa", 'eeee"..
3. Senyap atau senyum setiap kali kita bercakap dengannya.
4. Mengenal suara orang tersayang (mak atau ayah).
5. Suara menangis yang berbeza mengikut keperluannya.

Tips:
- Banyakkan berbual dengan jarak yang dekat serta pandang mata (eye contact) sebab masa ini pandangan mereka masih lagi kabur-kabur.
- Belai-belai dan kerapkan mengurut bayi selepas mandi.
- Sikat dan usap rambut sambil menyusu.
- Beli mainan yang ada bunyi dan rangsang anak untuk melihat ke arah bunyi.
- Bagi anak  yang menyusu badan, biarkan 10 saat anak merengek sebelum menyusu supaya dia tahu kepentingan komunikasi (secara menangis) untuk dapat apa yang dikehendaki.
- Kerap menyanyi bersama bayi, buka mulut besar-besar sambil menyanyi, tak payah sopan-sopan sangat supaya anak boleh lihat dengan jelas yang nak berkomunikasi perlu buka mulut 😘

TAHAP 2 (3 HINGGA 6 BULAN)

1. Ketawa, mengeluarkan bunyi semasa bermain.
2. Berbual dengan mak ayah menggunakan bahasa "alien" 🙊
3. Pandai menunjukkan reaksi dan suara suka atau tidak suka (menjerit).
4. Respon dan pandang ke arah bunyi.
5. Kenal mainan yang mengeluarkan bunyi.
6. Fokus terhadap bunyi muzik.

Tips:
- Kerap ketawa bersama bayi.
- Kerap berbual dengan bayi. Bila anak sedang bercakap bahasa "alien", angguk mengiyakan konon-konon faham. Selepas itu cakap lagi, angguk geleng-geleng lagi. (Supaya anak belajar tunggu giliran untuk bercakap).
- Banyakkan bagi rangsangan bunyi, panggil nama anak dari arah yang berbeza.
- Tunjuk barang atau binatang sambil sebut nama (walaupun orang dulu-dulu tak bagi tunjuk-tunjuk guna jari telunjuk, buat jugak 😜). Tunjuk guna jari penting sebab tahap ini anak belum pandai fokus lagi.
- Menyanyi sambil tepuk tangan.

TAHAP 3 (6 BULAN HINGGA 12 BULAN)
1. Cuba untuk mengikut bunyi mudah.
2. Menyebut "bababa", "mamamama" seperti panggilan mak ayah tetapi masih lagi belum spesifik.
3. Memahami arahan mudah seperti "datang sini".
4. Mengenal beberapa barang kebiasaan seperti  susu.
5. Pergi ke arah bunyi.
6. Menggabungkan bunyi vokal dan konsonan (dadada, nananna, tatatata)
7. Menyebut perkataan pertama seperti "bye- bye", "hai" atau "mama".

Tips:
- Minta anak lihat mulut kita sambil sebut nama benda.
- Ulang-ulang dan ulang.
- Jangan cakap terlampau laju, anak tak dapat tangkap. Panjangkan setiap suku kata.
- Elakkan menyebut suku kata depan panjang, atau belakang panjang atau sebaliknya untuk mengelakkan anak sebut perkataan separuh-separuh. Perlu sama panjang suku kata depan dan belakang.
- Belajar bercakap sambil bermain adalah teknik terbaik.
- Ajar anak minum air guna straw seawal umur 6 bulan (untuk kekuatan oral motor).
- Ajar "flying kiss" bersama dengan gerakan mulut dan tangan.
-Kerap membersihkan dalam mulut bayi, sama ada guna kain lembab atau berus gigi bayi yang lembut.
- Beri arahan sambil guna pergerakan badan.
- Sama-sama ikut anak bercakap seorang diri "tatatata" atau "nananana" sebagai tanda kita berminat untuk mendengar.
- Tepuk tangan dan senyum setiap kali anak berjaya sebut.
- Ajar bunyi-bunyi binatang sambil tunjuk ke arah binatang contohnya "Ini kucing, bunyi kucing "meoww"".
- Abaikan hp semasa anak sedang bercakap, kerapkan mendengar dan melayan.
- Banyakkan rangsangan deria rasa makanan, seeloknya buah dan sayur yang pelbagai.
- Jika ada perkataan yang anak salah sebut atau susah sebut. Jangan marah atau salahkan anak, tetapi ulang semula.
- Jangan cakap pelat dengan anak 😷

Point paling penting dalam merangsang percakapan anak adalah ELAKKAN GANGGUAN GADGET ATAU TELEVISYEN, banyakkan masa bercakap dengan anak. 🚫

Ada yang mengadu dengan saya,

Client: "Anak saya speech delay, tapi saya selalu bercakap dengan dia".

Saya: "Berapa jam buka tv dan gadget di rumah?"

Client: "Memang kerap buka, tapi anak saya tak tengok pun tv".

Jadi mana silapnya?
Anak bawah umur 1 tahun memang akan menyerap segala bentuk rangsangan yang ada terutamanya bunyi sebab bunyi ada dimana-mana. Walaupun kita kerap bercakap dengan mereka, tapi dengan ada 'background" tv walaupun mereka tak tengok tetap dikira gangguan menyebabkan anak jadi susah untuk fokus bunyi mana yang sepatutnya didengar dan bunyi yang patut dibiarkan (auditory filtering). Perkembangan skill menapis bunyi sangat penting semasa ini.

Sudah ada kajian pada awal tahun 2018 terhadap kesan penggunaan gadget terhadap 900 bayi 6 bulan hingga 2 tahun, hasilnya memang terbukti penggunaan gadget boleh meningkatkan risiko masalah lewat bercakap. Setiap 30 minit terdedah dengan gadget meningkatkan 49% risiko lewat bercakap (expressive speech delay).

Dalam menjayakan setiap tahap ini memerlukan kerjasama semua 7 komponen sensori, kalau salah satu komponen sensori yang terlebih atau terkurang akan menyebabkan anak mengalami kecelaruan sensori. Sebab itu dalam tips di atas ada saya masukkan kerap mengurut bayi dan sebagainya 😊

Selalunya anak yang lewat bercakap memang akan ada masalah kecelaruan sensori, jadi disarankan mak ayah untuk berjumpa occupational therapist (OT) untuk penilaian sensori supaya rawatan yang bersesuaian dapat dilakukan secepat mungkin.

Terima kasih, semoga bermanfaat dan silakan SHARE dan tag supaya info ini sampai kepada yang memerlukan. ❤

Selasa, 8 Januari 2019

MODUL PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN BAHAN KIMIA

Asssalam..
disini saya sertakan modul pengurusan amali sains untuk pemgurusan dan pengendalian bahan2 kimia. semoga modul ini dapat membantu anda dalam tugasan yang berkaitan.maaf juga saya pohon andainya modul ini tidak menepati apa yg anda mahukan.Sila rujuk gambar dibawah..kalau ada salah dan silap..Mohon komen di bawah..boleh juga tinggal email.Nanti sy emailkan softcopy.