Nuffnang

Selasa, 10 Mei 2016

KEGUNAAN LAMPU KECIL DI BAHAGIAN BAWAH BUMPER DEPAN

Kalau lalu di kawasan jalan gelap dan hujan lebat, adakah anda akan buka lampu tinggi (high beam) supaya boleh nampak jalan?
Biasanya, situasi ini akan menyebabkan jarak penglihatan jadi terhad.

  • Lampu tinggi akan menyebabkan jarak penglihatan SEMAKIN TERHAD kerana cahaya lampu akan terpancar pada titisan air hujan. Titisan air akan memantulkan semula cahaya dan pemandu tidak akan dapat melihat jalan dan line putih (tengah dan kiri) dengan jelas.
  • Yang perlu dibuat ialah nyalakan lampu kabut (fog lamp). Lampu ini dibuat khas untuk menerangi jalan dalam keadaan jarak penglihatan hadapan terhad.
Bagaimana fog lamp berfungsi?

  • Cahaya tidak akan terpancar ke bahagian atas (sharp cut-off design) supaya tidak dipantul oleh titisan hujan. Pancaran lampu kabut akan mencapah ke permukaan jalan, serta kiri dan kanan (line jalan akan jelas kelihatan) supaya kereta tetap dipandu dalam lorong yang betul semasa keadaan hujan sangat lebat.
  • Nyalakan lampu kabut semasa memandu di kawasan gelap dan hujan lebat.
Silakan SHARE jika info ini BERMANFAAT.


Antara ciri-ciri keselamatan kereta terkini ialah lampu kabut (fog lamp).

Setiap komponen kereta mempunyai fungsi keselamatan tertentu.

Pastikan anda tahu di mana suis/butangnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan