Nuffnang

Jumaat, 4 Januari 2019

TIPS BERPANTANG SELEPAS KEGUGURAN ATAU BLEEDING


Tips Berpantang Selepas Keguguran
Anda begitu gembira apabila di sahkan hamil. Namun kandungan yang di kandung mengalami keguguran siaplah yang tak bersedih kan. Keguguran pada mana-mana fasa kehamilan samada di awal atau di pertengahan kehamilan boleh jadi perkara yang amat menyedihkan dan pastinya sangat mengecewakan

 Hari ini saya ingin kongsikan Tips Berpantang Selepas Keguguran .

_Punca Keguguran
Keguguran membawa maksud kehilangan atau kematian janin sebelum usianya genap 28 minggu di dalam rahim ibu.Keguguran biasanya dikaitkan dengan "masalah janin tak kuat" dan " rahim tak kuat". Masalah janin tak kuat disebabkan percampuran sperma dan ovum yang kurang berkualiti.

Manakala, rahim yang tak kuat disebabkan lapisan endometrium yang nipis dan tidak stabil, disebabkan hormon yang tak seimban

Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad , untuk mencegah keguguran berlaku dan berulang lagi penting untuk :-

1) Kualiti sperma yang berkualiti dan sihat
2) Ovum yang matang
3) Rahim yang kuat dan sihat

Jadi seandainya berlakunya keguguran bukanlah berpunca dari sebelah pihak sahaja.

Kenapa Mesti Berpantang?

Penting ke berpantang selepas keguguran ni? Ada pendapat mengatakan alah gugur aje bukan bersalin pun..Yang sebenarnya tak ramai yang menyedari atau ambil tahu betapa pentingnya penjagaan diri selepas mengalami keguguran.

Malah, orang-orang tua berpendapat bahawa ianya sama penting atau lebih serius berbanding berpantang selepas melahirkan bayi. Keguguran tanpa penjagaan yang rapi akan menyumbang kepada masalah angin merian atau rengat yang berpunca dari keracunan darah yang pada satu tahap boleh menyebabkan demam panas dan kancing gigi.

Tempoh Berpantang Selepas Keguguran
Seandainya mengikut nasihat bidan-bidan dan petua orang lama, lebih lama berpantang tentulah lebih bagus. Jadi, mereka mengesyorkan cara berpantang keguguran adalah seperti orang bersalin, iaitu 44 hari.

Namun begitu wanita-wanita adalah  bekerjaya di zaman ini, agak mustahil untuk berpantang seperti mana orang bersalin berpantang.Lebih-lebih lagi MC yang di keluarkan oleh pihak hospital hanyalah 2 minggu .

Jadi bagi wanita berkerja ambillah peluang ini untuk berpantang selama 2 minggu selepas disahkan keguguran, sama seperti tempoh cuti MC yang dikeluarkan oleh pihak hospital.

Tempoh berpantang selepas keguguran adalah bergantung kepada tahap usia kandungan tersebut .

Kandungan 2 Minggu hingga 12 minggu - tempoh berpantang  30 hari

Kandungan 4 bulan hingga 5 bulan - tempoh berpantangnya 40 hari

Kandungan lebih dari 6 bulan - tempoh berpantangnya 44 hari

Tips Berpantang
Berpantang selepas gugur sama penting dengan berpantang bersalin . Segala pantang larang ketika berpantang haruslah di patuhi

Pemakanan...

Ibu keguguran mesti megelakkan makanan berangin, seperti ubi keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi, serta terung.

Penjagaan Rahim

Penjagaan rahim yang rapi selepas keguguran perlu di ambil kira. Selalunya, jika keguguran berlaku pada awal kehamilan, janin yang baru terbentuk akan terkeluar seluruhnya dari badan secara semulajadi. Namun, jika usia kehamilan melebihi 10 minggu, keguguran cenderung menjadi tidak lengkap dan bahagian rahim perlu dibersihkan melalui proses D&C (Dilation & Curettage).

Sekiranya bahagian rahim tidak dibersihkan dengan sempurna, toksin boleh meresap ke sistem tubuh lalu menyebabkan demam panas atau jangkitan di bahagian peranakan.

Hamil Semula

Jika anda merancang untuk hamil semula selepas keguguran tiada masalah.Doktor menasihatkan supaya tidak hamil dalam 3bulan pertama selepas keguguran.

Berbengkung
Di samping berbengkung , anda  juga boleh juga berurut, bertungku, mandi herba, dan sebagainya. Ini dapat membantu untuk melancarkan peredaran darah, melegakan kesakitan, serta memberi keselesaan serta mengembalikan kesegaran tubuh. Pastikan anda memakai stokin dan baju lengan panjang pada setiap masa.

Aktiviti Harian

Hadkan atau kurangkan pergerakan daripada terlalu aktif dan elakkan mengangkat benda-benda berat, terutamanya dalam tempoh sebulan selepas keguguran.

Hadkan pergerakan daripada terlalu aktif dan elakkan mengangkat benda-benda berat, terutamanya dalam tempoh sebulan selepas keguguran.

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum..nak tanya dalam tempoh pantang..boleh ke kita makan vitamin ataupon supplements ?

    BalasPadam
  2. kalau saya xbertungku selepas keguguran tkpe ke?

    BalasPadam
  3. Apa makanan yang saya tak patut makan semasa dalam pantang ye.

    BalasPadam
  4. Kalau anak luar rahim tapi hanya ditebuk . Kaedah sekarang mungkn dengan menebuk

    BalasPadam