Nuffnang

Jumaat, 4 Januari 2019

KENAPA OTAK CEPAT LUPA?

KENAPA CEPAT LUPA?


===============
Dah minum petang?
Jom kita Baca

TIPS SIHAT PETANG NI
Apa rasa apabila dicubit? Sakit? Apa pula kesan warna pada kulit akibat dicubit? Merah?

Bagaimana pula kalau kita dicubit setiap hari?

Dicubit di tempat yang sama. Sehari 4 hingga 5 kali. Dari sehari tukar kepada minggu.

Dari minggu tukar kepada bulan. Akhirnya bertahun dicubit. Di tempat yang sama.

Bayangkan kesan cubitan itu? Lebamkah? Tertanggalkah kulit?

Otak kita juga kena penangan  kesan seolah olah dicubit.

Merah menyala jadinya. Bahasa mediknya ialah keradangan atau inflamasi.

Kesan ini berlaku setiap hari. Berlaku pada pusat memori. Namanya hippocampus.

Apabila kita makan makanan berGULA kita seolah mencubit cubit pusat memori ini. Hippocampus akan beraduh. Menjerit kesakitan.

Malangnya kita tidak dengar jeritan dan rayuannya. Kita terus telan makanan dan minuman manis. Terus bedal semahunya.

Hippocampus menjadi lemah. Ada selnya yang mati. Maklumlah dicubit 5 kali sehari. Setiap hari. Tanpa jemu.

Apabila mahu ambil makanan bergula, ingatlah ada jeritan kesakitan pada hippocampus. Akan ada kematian.

Apabila hippocampus sakit dan selnya mati, kita tidak akan mampu mengingati. Lupa akan jadi penyakit kekal abadi.

Kredit to dr Rizal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan