Nuffnang

Sabtu, 5 Januari 2019

BUAH BUAHAN TEMPATAN MALAYSIA



Buah-buahan tempatan Malaysia mengandungi lebih banyak khasiat daripada buah-buahan yang berasal dari negara sejuk, sebab tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok Malaysia menerima lebih banyak cahaya matahari sepanjang tahun untuk membuat pelbagai zat.

Buah-buahan yang diimport secara besar-besaran untuk pasaran besar pula lebih kerap mengandungi racun serangga dan pesticide supaya tahan lama dalam perjalanan jauh dan dalam pasaran, tetapi bahan kimia dalam pesticide dan racun serangga ini tidak baik untuk kesihatan kita, kecuali jika kita beli hat organik yang lebih mahal.

Sebab inilah tidak masuk akai laaa bila makcik yang berangan-angan nak jadi bidan tapi tak pernah pun menyambut kelahiran bayi pi bagi nasihat kata orang tua-tua nenek moyang kita suruh pantang makan buah-buahan tempatan berkhasiat tapi suruh beli buah-buahan yang diimport seperti epal dan anggur pulak dah.

Apa yang Tuhan bagi untuk kita di negara sendiri ni lagi bagus daripada yang diimport!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan