Nuffnang

Selasa, 8 Januari 2019

KAEDAH PEKIRAAN PENCEN DAN PERSARAAN KAKITANGAN AWAM



Tahukah Anda?


Kaedah perkiraan pencen dan faedah persaraan adalah bergantung kepada tempoh perkhidmatan (di dalam bulan) dan gaji pokok terakhir anda.

-------------------------------------------------------------------
Contoh:

Encik Lot telah berkhidmat selama 30 tahun 2 bulan di dalam perkhidmatan awam.

Beliau akan bersara wajib mencapai umur 56 tahun pada 10.1.2019. Gaji pokok terakhirnya ialah RM3396.14.

Bagaimana kira pencen Encik Lot?

-------------------------------------------------------------------

Tempoh perkhidmatan : 362 bulan

Gaji pokok akhir: RM3396.14

Untuk kiraan pencen, ianya terhad kepada tempoh maksimum 30 tahun atau 360 bulan sahaja.

Kiraan pencen Encik Lot ialah:

1/600 x 360 bulan x 3396.14

RM2037.68 : dibayar setiap bulan, sepanjang hayat, selagi masih menjadi warganegara Malaysia dan selagi bebas dari menjalani hukuman penjara/mati.



-------------------------------------------------------------------

Pencen yang dibayar oleh Kerajaan selama ini ialah occupational pension iaitu pembayaran pencen yang tidak berasaskan caruman. Dengan kata lain, anggota perkhidmatan awam yang memilih skim pencen tidak lagi mencarum dan tiada lagi potongan gaji yang dibuat.

Terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan