Nuffnang

Jumaat, 29 April 2016

Bagaimana Hendak Memohon Pekerjaan di Kementerian Pendidikan Malaysia

Assalamualaikum..Mesti ramai yang tertanya-tanya atau belum mengetahui cara cara hendak berkhidmat di kementerian pendidikan malaysia kan?adakah perlu isi borang spa?atau melalui borang manual?Okay..buat pengetahuan anda untuk berkhidmat di dalam sektor pendidikan..anda perlu mengisi borang online di suruhanjaya perkhidmatan pelajaran(SPP)..SPP ni sama macam SPA la 100% kerajaan bukan badan berkanun ye..hehe..cuma SPP ni terus bawah Kementerian pendidikan dimana ia berfungsi sebagai melantik calon ke jawatan tetap,kontrak dan sementara,semak keputusan permohonan,keputusan temuduga dan banyak lagi fungsi berkaitan..Okay,,

Jawatan yang ditawarkan terbahagi kepada 2 iaitu:
  • GURU
  • BUKAN GURU
Bukan guru pula terbahagi kepada 2 iaitu:
  • PENSYARAH POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI
  • ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA GRED 17
Jawatan Anggota pelaksana seperti berikut:
  1. PEMBANTU TADBIR PEKERANIAN DAN OPERASI GRED N17
  2. PEMBANTU TADBIR KEWANGAN GRED W17
  3. PENYELIA ASRAMA GRED N17
  4. PEMBANTU PENGURASAN MURID N17
  5. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17
  6. PEMBANTU MAKMAL GRED C17
Untuk megetahui syarat syarat kelayakan dan cara cara mengisi borang online sila ke  SINI . 
Untuk membuat permohonan secara online sila ke SINI..
*sila pastikan anda membuat permohonan melalui jobsmalaysia sahaja..yang belum ada sila daftar baru boleh mohon.

PERMOHONAN ADALAH TERBUKA  SEPANJANG TAHUN.SEMOGA BERJAYA..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan