Nuffnang

Khamis, 28 April 2016

Sejarah Kuala Krai



Sejarah Kelantan bermula di sini. banyak peninggalan sejarah terdapat di Kuala Krai. Nama Kelantan juga adalah kerana bukit yang terdapat di kawasan ini. Kuala Krai merupakan salah satu kawasan yang kaya dengan sumber aslinya iaitu emas. Oleh sebab itu banyaklah pedagang-pedagang dari Arab, Cina, Hindu dan lain-lain lagi.

Nama Kuala Krai diambil kerana kawasan ini merupakan kawasan muara sungai. Bagi penduduk di sini mereka memanggil muara sungai sebagai kuala. Perkataan “krai” pula diambil dari sejenis ikan yang banyak terdapat di situ. Kuala Krai merupakan penempatan awal dan kerajaan terawal di Kelantan.

Telah tercatit di dalam catatan pelayaran Ibnu Batuta yang beliau telah sampai ke suatu tempat yang dipanggil sebagai Khailun Qari yang kini dikenali sebagai Kuala Krai. Perkataan Khailun Qari adalah dari bahasa Morocco. Semasa Ibnu Batuta sampai ke sini beliau sudah terlihat sebuah penempatan luas dan sebuah istana yang tersergam. Istana ini dipunyai oleh pemerintah di waktu itu yang merupakan seorang wanita. Paduka Siti merupakan seorang pemerintah dan juga hulubalang dalam masa yang sama bagi kawasan Hulu Kelantan. Beliau mempunyai seangkatan parajurit yang kesemuanya juga adalah wanita.
Ibnu Batuta pada awalnya gusar untuk memasuki ke kawasan itu, namun apabila Paduka Siti sendiri pergi kepada beliau dan mengajaknya beliau. Oleh sebab kesungguhan yang ditunjukkan oleh Paduka Siti, maka Ibnu Batuta masuk ke penempatan itu sambil melihat adat dan budaya yang diamalkan oleh penduduk. Penduduk di situ yang pada awalnya merupakan penganut Hindu telah menukar agama kepada agama Islam sebelum kedatangan Ibnu Batuta lagi tetapi mereka tidak mendapat pendidikan agama yang sempurna kerana ketiadaan ahli ulama’ yang dapat mengajar mereka.

Penduduk asal kawasan ini adalah mereka yang berasal dari Acheh, Palembang, Medan dan beberapa lagi kawasan di Indonesia. Mereka belayar ke Patani dan seterusnya ke Hulu Kelantan untuk membina penempatan baru. Sehingga kini tradisi yang ada di Palembang dan di Kuala Krai hampir sama. Di Palembang juga terdapat makanan tradisional Kelantan iaitu Budu.

Kini setelah hampir 100 tahun berlalu, Bandar Kuala Krai telah menjadi kawasan bandar dan penempatan yang membangun. Penduduk mula membanjiri kawasan ini untuk menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi. Kesemua yang dikecapi oleh kawasan ini dari saat pembukaannya pada tahun 1902 menjadikan ia sebuah kawasan yang penuh dengan sejarah.

LATAR BELAKANG KUALA KRAI

Sejarah Awal
Jajahan Kuala Krai merupakan jajahan kedua terbesar di Negeri Kelantan selepas Jajahan Gua Musang. Jajahan ini juga adalah salah satu daripada jajahan yang tertua yang telah diwujudkan oleh pemerintah British pada tahun 1909.
Namum Jajahan Kuala Krai dikenali secara rasminya pada 01 September 1977 dimana sebelum itu dikenali Jajahan Ulu Kelantan yang merangkumi seluruh Jajahan Gua Musang dan Daerah Kuala Balah di Jajahan Jeli.
Pusat Pentadbiran Jajahan pada mulanya terletak di Kg. Mengkebang, Jalan Batu Lada dan kemudian berpindah berhampiran Tangga Krai (Tangga Bradley) pada tahun 1927. Kini Pusat Pentadbiran Jajahan telah berpindah ke bangunan baru berpusat di kawasan Guchil pada 22 April 1985.
Kedudukan Geografi
Jajahan Kuala Krai mempunyai keluasan 2,329 km persegi atau 910 batu persegi bersempadanan dengan Jajahan Machang di Utara dan Jajahan Gua Musang di Selatan. Manakala di sebelah Timur ia bersempadanan dengan Negeri Terengganu dan di Baratnya ialah Jajahan Jeli.
Keluasan Jajahan Kuala Krai berbanding dengan Negeri Kelantan adalah sebagaimana berikut :-
 Jajahan
Keluasan
Kelantan
1,492,200Hek/14,922km2
Kuala Krai
222,500Hek/2,329km2
 Sumber : UPEN

Maklumat Taburan Penduduk
Taburan Penduduk Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan Mukim, 2010 bagi negeri Kelantan. Penerbitan ini memuatkan data tentang taburan penduduk mengikut kumpulan etnik, kumpulan umur dan jantina serta jumlah isi rumah dan tempat kediaman pada peringkat kawasan pihak berkuasa tempatan, mukim dan daerah pentadbiran. Angka-angka di dalam penerbitan ini adalah merupakan data Banci Penduduk dan Perumahan 2010 yang tidak disesuaikan dengan kadar kurang penghitungan.

 TALIAN KECEMASAN
JabatanTelefon
 Polis Di Raja Malaysia (PDRM)09 - 9666222 / 999
 Bomba dan Penyelamat09 – 9666444 / 999
 Hospital09 – 9666333 / 999
 JPA 309 – 9666957 / 911


PREMIS PERNIAGAAN

No
Premis Perniagaan
No. Tel
1
 Hotel Sri Maju 09 – 9666000
2
 Hotel Krai 09 – 9666301
3
 Motel Krai 09 – 9607758
4
 Econjaya Sdn Bhd  09 – 9663388
5
 Rohani Mini Market 09 - 9667505

 UTILITI
Nama Jabatan / SyarikatNo. Telefon
 Jabatan Kerjaraya (JKR)09 - 9666140
 Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB)09 - 9667412
 Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS)09 – 9666313
 Klinik Kesihatan Bandar Kuala Krai09 – 9668833

Hospital Kerajaan
                  Majlis Daerah Kuala Krai
Nama
Hospital Kuala Krai
Alamat
Jalan Kota Bharu
18000 Kuala Krai
Kelantan
No. Tel
09-9666333 
No. Fax
09-9666076
URL
Jumlah Katil
150

AIR TERJUN LATA BERANGIN


tempat menarik yang harus dikunjungi


  • Air Terjun Lata Berangin terletak di Rancangan Pembangunan Tanah (RPT) KESEDAR Sungai Pas.
  • Ianya boleh dikunjungi melalui jalan yang terletak diantara  lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang.Ianya terletak kira-kira 18km dari Bandar Kuala Krai.
  • Lata Berangin yang mempunyai air setinggi 120 meter telah menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negeri.
  • Kolam yang terdapat dikawasan tersebut selamat untuk bermandi-manda.Kawasan Air Terjun Lata Berangin juga sesuai dijadikan sebagai tempat perkhemahan secara berkumpulan


  • Tiada ulasan:

    Catat Ulasan