Nuffnang

Selasa, 10 Mei 2016

Cara-Cara Menjawab Soalan Temuduga Dalam Bahasa Inggeris



1. Why do you want to work in this company? (Kenapa anda ingin bekerja di syarikat ini?)

JAWAPAN SALAH:
“Because I like to work here. I like this job. I love this industry”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
I’ve always loved administration (contoh bidang kerja yang dipohon) because I am an organized person. I like things to be organized and systematic. I work well under stress so I can handle any kind of task with minimal supervision.

2. Tell us about yourself/ Introduce yourself (Perkenalkan diri anda)

JAWAPAN YANG SALAH:
“My name is Carla. I was born in 22 September 1989 in Sarawak. My mother is a housewife and my father is a teacher. I graduated from UITM in 2013. I studied Business Administration. I have never worked before.”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“My name is Carla and I’m 26 years old. I have a degree in Business Administration. Although I haven’t had any working experience, I’ve spent my free time reading business articles and researching about latest business news just to keep me updated. I’m hoping to be given a chance to experience the real world of business”

3. What did you quit your last job? (Kenapa anda berhenti kerja anda sebelum ini?)

JAWAPAN SALAH:
“I quit because my last job was terrible. The workload was so heavy and the boss was so pushy. My previous boss was nightmare”

PERINGATAN: Majikan yang bakal mengambil anda bekerja ini mungkin bakal menjadi bekas majikan anda juga. Jadi, jangan tunjukkan yang anda suka memburukkan majikan.

APA YANG ANDA PERLU JAWAB: “I loved my last job. It taught me so many things and my previous boss has always been helpful. But I quit because I want to experience new environment and broaden my horizon by working in a different company.”

4. Where do you see yourself in five years? (Apa yang anda lihat di dalam diri anda 5 tahun lagi?)

JAWAPAN SALAH:
“Relaxing in Maldives” atau “Being a boss in this company”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I hope to become very well-experienced in what I do and have a better understanding of my field

5. What’s your greatest weakness? (Apa kelemahan terbesar anda?)

JAWAPAN YANG SALAH:
“I tend to put things to the very last minute.”
PERINGATAN: Jangan hanya beritahu kelemahan anda. Tidak salah berlaku jujur tapi haruslah disokong dengan kelebihan anda.

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I tend to put things to the very last minute. But I work well under pressure and I personally think that pressure motivates me to work twice as hard and finish my work on time”

6. What salary are you looking for?

JAWAPAN YANG SALAH:
“I hope to get a suitable salary that would be able to support me, living in this economy and in this big city”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I hope to get a salary that is suitable with my qualification and job duties. I also want to be considered based on my working experience”

7. Why should I hire you?

JAWAPAN YANG SALAH:
“Because I’m the best candidate” atau “Because you’re hiring”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:

“I’m a team player, I work well under pressure, and I’m a people person. I can work with all kinds of people and am always willing to learn new things and tackle new challenges.”

APA AKAN JADI KALAU TIMING BELT PUTUS?

Sebelum tengok kesan kerosakan, kita kena tahu apa fungsi timing belt ni.
Dalam enjin kereta; fungsi gerakan piston, injap bahan bakar dan injap eksoz mesti bergerak mengikut susunan dan masa tertentu, supaya sistem pembakaran dan tujahan (hasilkan kuasa untuk gerakkan kereta) dapat berfungsi dengan betul.

Gerakan piston turun-naik dan injap buka-tutup inilah dikawal oleh timing belt. Secara mudahnya macam tu lah.

Bolehkah timing belt putus?

Ya, boleh. Semua komponen mekanikal pasti ada jangka hayatnya (lifetime). Untuk timing belt, atas kertas biasanya perlu ditukar setiap 100,000km (bergantung kepada jenis kereta dan kualiti timing belt). Walaupun begitu, untuk kurangkan risiko, dinasihatkan untuk tukar setiap 80,000km sebab rekahan pada belt sudah mula muncul pada tahap ini.

Bayangkan jika anda tengah memandu 110km/j di lebuhraya, ketika itu gerakan piston turun-naik sangat laju dan injap buka-tutup dengan cepat (kadar milisaat), tiba-tiba... pommm!
Timing belt terputus...

Kesannya adalah semua komponen dalam blok enjin akan jadi kucar kacir. Piston akan bengkok, retak dan patah. Injap akan patah dan bengkok, atau silap-silap blok enjin akan crack. Tukar enjin keretalah jawabnya.

Contoh kesan timing belt putus adalah seperti gambar di bawah.


Injap bengkok. Tukar timing belt mengikut jadual maintenance yang ditetapkan. Walaupun habis beratus-ratus, tapi boleh selamatkan dari duit melayang beribu-ribu di kemudian hari.

Proses tukar timing belt untuk kereta V6. Enjin V6 (6 piston) ada 4 camshaft. Jadi timing belt lebih panjang dan lebih berbelit sikit berbanding enjin kereta biasa (4 piston, 2 camshaft).

KEGUNAAN LAMPU KECIL DI BAHAGIAN BAWAH BUMPER DEPAN

Kalau lalu di kawasan jalan gelap dan hujan lebat, adakah anda akan buka lampu tinggi (high beam) supaya boleh nampak jalan?
Biasanya, situasi ini akan menyebabkan jarak penglihatan jadi terhad.

  • Lampu tinggi akan menyebabkan jarak penglihatan SEMAKIN TERHAD kerana cahaya lampu akan terpancar pada titisan air hujan. Titisan air akan memantulkan semula cahaya dan pemandu tidak akan dapat melihat jalan dan line putih (tengah dan kiri) dengan jelas.
  • Yang perlu dibuat ialah nyalakan lampu kabut (fog lamp). Lampu ini dibuat khas untuk menerangi jalan dalam keadaan jarak penglihatan hadapan terhad.
Bagaimana fog lamp berfungsi?

  • Cahaya tidak akan terpancar ke bahagian atas (sharp cut-off design) supaya tidak dipantul oleh titisan hujan. Pancaran lampu kabut akan mencapah ke permukaan jalan, serta kiri dan kanan (line jalan akan jelas kelihatan) supaya kereta tetap dipandu dalam lorong yang betul semasa keadaan hujan sangat lebat.
  • Nyalakan lampu kabut semasa memandu di kawasan gelap dan hujan lebat.
Silakan SHARE jika info ini BERMANFAAT.


Antara ciri-ciri keselamatan kereta terkini ialah lampu kabut (fog lamp).

Setiap komponen kereta mempunyai fungsi keselamatan tertentu.

Pastikan anda tahu di mana suis/butangnya.


Isnin, 9 Mei 2016

TANGKI RADIATOR KERING


Kalau enjin kereta overheat, berapa banyak air yang perlu diisi dalam tangki?
Biasanya kita matikan enjin, lepas tu isi air kan? Habis sebotol, air pun dah melimpah keluar dari tangki radiator.

Cara yang BETUL ialah, lepas isi sebotol air, anda kena hidupkan enjin supaya air dari tangki dipam masuk ke dalam ruang-ruang blok enjin (circulation), dan anda perlu tambah lagi air sehinggalah tangki betul-betul penuh.

Biasanya, jumlah air yang diperlukan untuk keseluruhan ruang cooling system adalah lebih kurang 4-4.5 liter.

Sebab tu kita kena standby 3 botol air mineral (1.5 liter) dalam kereta, untuk persediaan kalau enjin overheat.
. . . . .

Silakan SHARE jika info ini bermanfaat.

BAGAIMANA CARA NAK ELAK TAYAR SLIP (GELINCIR) BILA TEKAN BREK MENGEJUT



Pernah tak alami situasi – masa tengah bawak kereta laju, tiba-tiba terkejut tengok lampu brek kereta depan, kemudian kita tekan brek mengejut. Tapi brek tak mencengkam, terasa kereta melayang dan kita pun rasa blur tak tahu nak buat apa, tiba-tiba dah sondol kereta depan.
Kenapa situasi ni boleh terjadi? Macam mana nak elakkan?

Sebenarnya kalau kita tahu bagaimana ia boleh terjadi, kita boleh elakkan dengan teknik tertentu.
Macam ni...

Biasanya tayar kereta bergerak dengan kelajuan tertentu, dengan membawa momentum kereta (berat kereta sekitar 2,000 kg). Masa nak hentikan atau perlahankan kereta, kita mesti kenakan sejumlah daya untuk hentikan hentikan tayar.

Tapi bila kita tekan mengejut, daya yang dikenakan dah terlebih, menyebabkan tayar terus berhenti dan terkunci. Patutnya kena tekan sikit-sikit. Tapi disebabkan kita nak elak kereta depan, kita terus tekan kuat-kuat.

Bila tayar terkunci, momentum kereta akan paksa kereta terus ke depan. Masa tu, kereta akan bergerak di atas satu titik tayar saja (sebab tayar dah tak berpusing) – rujuk gambar kalau tak faham. Sebab tu kalau kita pusing stereng pun, kereta tetap bergerak ke arah asal (depan).
Apa faktornya jadi macam tu?

Sudah tentulah disebabkan sistem brek konvesional (macam brek basikal). Pemandu sendiri kena kawal kadar tekanan brek. Kalau brek ABS, sistem ni ada otak sendiri. Jadi walaupun tekan brek mengejut, dia akan fikir sendiri untuk cengkam brake disc sikit-sikit.

Bunga tayar yang semakin nipis. Herotan bunga tayar yang tebal dapat bantu meningkatkan geseran antara tayar dan permukaan jalan.

Permukaan jalan yang licin. Tahu tak kenapa kebanyakan di simpang 4 sekarang ni diletakkan bata-bata merah? Selain dari dapat kurangkan kerosakan jalan di kawasan selekoh, juga untuk tingkatkan cengkaman tayar masa membelok.

Hujan dan lembap, menyebabkan jalan jadi licin dan kurang geseran. Sebab tu jenis tayar kereta F1 bergantung kepada keadaan hujan, lembap, panas, malam, etc.

Bagaimana cara nak elakkan TAYAR SLIP bila terpaksa BREK MENGEJUT?

Tips PERCUMA ini boleh diamalkan oleh semua lapisan masyarakat. Tak perlu bayar sebelum tekan brek. Kalau ternampak kereta depan brek mengejut, ikuti langkah berikut:

1. Tekan brek
2. Lepas
3. Tekan brek
4. Lepas
5. Tekan brek
6. Lepas
7. Tekan sehingga habis

Lebih kurang macam teknik PAM. Buat dengan laju, cekap dan yakin. BIASAKAN teknik ini di waktu-waktu biasa dengan berulang-ulang. Bila berhadapan situasi kecemasan, kaki anda AUTOMATIK akan guna teknik ini.

Mudah ke mudah?

Kalau tengok dari luar kereta, memang akan nampak kereta tersedak. Tapi insyaAllah anda boleh elakkan tayar kereta dari terkunci secara berterusan.
Faham ke faham?
. . . . . .
💀 Bila kali terakhir anda cek brake pad kereta, dah haus ke belum?
💀 Cuba cek minyak brek cukup ke tak.
💀 Macam mana kalau tiba-tiba brek tak makan sebab anda tak pernah check dua benda di atas?
. . . . . .

Silakan SHARE kepada kawan-kawan jika tips ini bermanfaat.

ASAL-USUL MODEL KERETA PROTON YANG RAKYAT MALAYSIA WAJIB TAHU

Tahukah anda? Kebanyakan kereta Proton adalah model rebadge dari pengeluar kereta lain.
Tapi tidaklah dianggap kereta klon sebab Proton sejak dari ditubuhkan,telah menjalinkan usahama dengan pelbagai badan pengeluar kereta seperti Mitsubishi, Honda dan Lotus.

Tujuannya adalah untuk pemindahan teknologi (technology transfer) supaya Malaysia dapat melahirkan kepakaran tempatan dalam bidang automotif, dan mampu mengeluarkan design model dan teknologi engine tersendiri.


Cuba tengok gambar-gambar di bawah, sama tak bentuk model kereta asal dengan kereta Proton.

  • Logo 1: 1983
  • Logo 2: 1992
  • Logo 3: 2000
  • Logo 4: Proton Sport Car (Lotus)

Nama: Proton Saga
  • Tahun mula dikeluarkan: 1985
  • Nama lain: -
  • Based model: Mitsubishi Lancer Fiore sedan Gen-2 (1983) - Gambar paling atas
Nama: Proton Saga Aeroback
  • Tahun mula dikeluarkan: 1987
  • Nama lain: Proton Aeroback (UK)
  • Based model: -
Nama: Proton Saga Iswara / Iswara Aeroback
  • Tahun mula dikeluarkan: 1992
  • Nama lain: Proton Mpi (UK)
  • Based model: -



Nama: Proton Wira

  • Tahun mula dikeluarkan: 1993
  • Nama lain: Proton 400 Series, Proton Persona (Britain), Proton Natura (Chile)
  • Based model: Mitsubishi Lancer Gen-4 (Gambar atas)




Nama: Proton Satria

  • Tahun mula dikeluarkan: 1994
  • Nama lain: Proton Compact (UK), Proton 300 Series (Euro)
  • Based model: Mitsubishi Mirage / Colt Gen-4 (Gambar pertama)
  • Model lain: Satria GTi (1998), Satria R3 (2004) , Satria Neo (2006), Satria Neo R3 (2013), Satria Neo Super 2000 Rally Car (2011)

Nama: Proton Putra

  • Tahun mula dikeluarkan: 1996
  • Nama lain: Proton Coupe / Proton M21 (UK, Australia)
  • Based model: Mitsubishi Lancer Coupe (Gambar atas)



Nama: Proton Perdana

  • Tahun mula dikeluarkan: 1995
  • Nama lain: -
  • Based model: Mitsubishi Eterna Gen-7 (Gambar atas)
  • Model lain: Perdana V6 (1998), Perdana V6 Executive, Perdana V6 Limousine



Perdana V6


Nama: Proton Tiara
  • Tahun mula dikeluarkan: 1996
  • Nama lain: -
  • Based model: Citroen AX (gambar atas)

Nota: Proton sewaktu di bawah CEO, Yahaya Ahmad cuba membawa Proton bekerjasama dengan PSA Peugeot Citroen, dan tak gunakan platform Mitsubishi. Namun, beliau terbunuh dalam nahas helikopter dan Proton kembali menjalankan usahama dengan Mitsubishi


Nama: Proton Juara
  • Tahun mula dikeluarkan: 2001
  • Nama lain: Proton RGW
  • Based model: Mitsubishi Town Box Wide (gambar atas)

Nama: Proton Waja

  • Tahun mula dikeluarkan: 2000
  • Nama lain: Proton Impian (UK)
  • Based model: Rekabentuk tempatan
  • Model lain: Proton Chansellor

Nama: Proton Arena

  • Tahun mula dikeluarkan: 2002
  • Nama lain: Proton Jumbuck (UK, Taiwan, Australia)
  • Based model: Proton Wira


Nama: Proton Gen-2
  • Tahun mula dikeluarkan: 2004
  • Nama lain: Proton Wira Replacement Model (WRM), Youngman Europestar L3 (China)
  • Based model: Rekabentuk tempatan
  • Model lain: Gen-2 R3


Nama: Proton Savvy
  • Tahun mula dikeluarkan: 2005
  • Nama lain: -
  • Based model: Rekabentuk tempatan


Nama: Proton Persona
  • Tahun mula dikeluarkan: 2007
  • Nama lain: Proton Gen-2 Persona (UK, Indonesia)
  • Based model: Rekabentuk tempatan (Proton Gen-2)
  • Model lain: Persona SE (2008), Persona Elegance (2010), Persona SV (2013)

Nama: Proton Saga FL / FLX

  • Tahun mula dikeluarkan: 2008
  • Nama lain: S16 (Australia)
  • Based model: Rekabentuk tempatan
  • Model lain: Saga FL (2010), Saga FLX (2011)


Nama: Proton Exora
  • Tahun mula dikeluarkan: 2009
  • Nama lain: Proton Exora Star (Indonesia), Exora Turbo (Thailand)
  • Based model: -



Nama: Proton Inspira
  • Tahun mula dikeluarkan: 2010
  • Nama lain: -
  • Based model: Mitsubishi Lancer Gen-10 (gambar atas)

Nama: Proton Preve
  • Tahun mula dikeluarkan: 2012
  • Nama lain: P3-21A
  • Based model: Proton Tuah (concept car)


Nama: Proton Perdana (Generasi Kedua)
  • Tahun mula dikeluarkan: 2013
  • Nama lain: Proton Perdana Replacement Model (PRM), Proton P4-90B
  • Based model: Honda Accord Gen-8 (gambar atas)


Nama: Proton Suprima S
  • Tahun mula dikeluarkan: 2013
  • Nama lain: P3-22A
  • Based model: Proton Preve


Nama: Proton Iriz
  • Tahun mula dikeluarkan: 2014
  • Nama lain: Proton Compat Car, P2-30A
  • Based model: Rekabentuk tempatan

Nama: Proton Perdana 2016
Tahun mula dikeluarkan: 2016 (Tarikh belum diumumkan)



Ahad, 8 Mei 2016

Cara Mengecas Bateri Telefon Pintar Dengan Pantas & Efisen



Seperti yang kita semua sedia maklum, masalah bateri adalah sesuatu yang pasti menghantui kesemua pengguna telefon pintar dan tablet. Walaupun kapasiti bateri pada telefon pintar dan tablet semakin tinggi namun masalah ini tetap hadir. Disini kami memberikan anda beberapa cara untuk mengecas bateri peranti anda dengan lebih pantas dan secara efisen.


1. Letakkan peranti anda didalam ‘Airplane Mode’ atau matikanya
  • Cara ini mungkin bukan sesuatu yang baru untuk dibincangkan, namun untuk pengetahuan anda, peranti anda masih menggunakan tenaga bateri yang kecil ketika didalam mod ‘stanby’ namun jika ada meletakkan peranti anda didalam mod ‘Airplane’ ianya akan hampir kesemua fungsi utama peranti tersebut sekaligus mempercepatkan lagi pengecasan. Selain itu, adalah lebih baik jika anda boleh mematikan terus peranti anda kerana pengunaan bateri akan menjadi 0%. Harus diingatkan juga bahawa cara ini mungkin tidak berkesan pada sesetengah peranti.

2.Caj bateri anda dari sumber elektrik utama dan bukan melalui USB

  • Ini adalah satu yang kita jarang amalkan kerana kita lebih biasa mengecaj peranti kita melalui komputer peribadi terutamanya di pejabat namun untuk pengetahuan anda, pengecasan ini pasti mengambil masa yang lama. Sebagai perbandingan, port USB 2.0 pada sesuatu komputer hanya memberikan 0.5amps tenaga manakala port USB 3.0 memberikan 0.9amps yang mana ianya adalah kurang jika dibandingkan dengan pengecasan tradisional. Pengecasan secara terus memboleh pengecasan dilakukan pada kadar yang lebih cepat kerana tenaga elektrik yang diberikan adalah pada kadar 1.0 amps manakala bagi tablet adalah 2 amps.



3.Guna pengecas yang menawarkan amps yang tinggi
  • Lebih tinggi amps yang diberikan oleh sesuatu pengecaj lebih cepat peranti anda akan dicaj. Kami mencadangkan anda mencari pengecaj yang menawarkan kadar pengaliran tenaga yang lebih tinggi.



4.Gunakan port USB Mac ( untuk peranti iPhone dan iPad)
  • Jika anda tidak mempunyai sumber elektrik dan anda memiliki peranti iPhone atau iPad, pengecasan melalui komputer Apple Mac kerana model Mac yang baru mampu mengesan peranti Apple dan memberikan tenaga pengecasan yang lebih tinggi berbanding biasa iaitu pada kadar 1.1 amps.

5.Gunakan perisian asli untuk meningkatkan kadar pengaliran tenaga melalui port USB.

  • Seperti yang kami perkatakan, hampir kesemua komputer menawarkan 0.5-0.9 amps melalui port USB namun terdapat beberapa pengeluar komputer yang menawarkan perisian khas yang membolehkan jumlah amps ditingkatkan untuk pengecasan yang lebih pantas. Contoh yang boleh kami sebut adalah, aplikasi Windows yang dikenali sebagai ‘Ai charger’ yang terdapat pada komputer keluaran Asus. Kami mengingatkan anda supaya hanya menggunakan perisian yang disahkan selamat oleh pengeluar komputer anda.

6.Pengecas Dual USB

  • Ini adalah kable micro USB yang membolehkan anda menggunakan tenaga dari dua port USB secara serentak dan mampu mengecas telefon pintar atau tablet anda pada kadar dua kali lebih pantas




Apa Itu Root (Android Smartphone)



INFO SIMPLE TENTANG ROOT

AWAS !! WALAUPUN NAMPAK MUDAH DAN PENTING, ANDA DINASIHATKAN AGAR MEMPELAJARI SEDIKIT ILMU ASAS ANDROID DAN BAIK BURUK SETIAP PERISIAN.
ROOT TIDAK MENGHILANGKAN DATA2 ANDA DAN ROOT JUGA TIDAK MEMBUAT PHONE ANDA MENJADI SEMAKIN LAJU DAN MANTAP



ROOT
  • Bermaksud membuka pintu sistem operasi / membina jambatan untuk berhubung ke ruangan sistem.
  • Telefon yang belum root digelar telefon standard. Di mana anda tidak dibenarkan untuk membuang software2 tertentu yg kilang dah letakkan. Kadang2 software tu tak penting dan tidak pun digunakan oleh anda tetapi anda tak boleh nak buang kerana anda tidak mempunyai hak dan kebenaran untuk berbuat demikian.


KENAPA PERLU ROOT
  • Agar kita mempunyai kuasa sepenuhnya untuk menambah, membuang atau mengubahsuai phone kita.
  • Jika anda perasan, saiz storage internal anda tidak sama dengan saiz yang ditulis pada kotak ataupun iklan. Contohnya phone tersebut diiklankan dengan saiz internal sebesar 4gb tetapi bila kita tengok baki saiz selepas kita beli, ianya sudah berkurangan bukan? ( iklan tulis 4gb, tp lepas beli, baki cuma ada 2gb ) Ini kerana sebahagian saiz asal tersebut telah digunakan oleh kilang untuk letak sistem operasi dan software mereka. Kadang2 software mereka tu bukan kita guna pun. So mustahil kita boleh buang kesemuanya tanpa root dahulu phone tu. Itulah gunanya root.


KELEBIHAN ROOT ( perlukan juga ilmu dan kemahiran asas android )

  • Anda boleh buang software2 dari kilang yang anda xsuka tu dan jimatkan penggunaan ram.
  • Anda boleh install semua software2 kelengkapan utk kerja2 ubahsuai phone anda.
  • Anda boleh tukar icon2 atau apa jua perkara yang diperlukan utk mencantikkan rupa sistem phone
  • Anda boleh menambah prestasi dan membaiki kelemahan2 kecil pada phone anda
  • Anda boleh buat backup sistem operasi phone anda
  • Anda boleh flash ( format ) phone anda menggunakan custom rom
  • Anda mempunyai kuasa penuh terhadap phone anda ( PALING BEST )


KEBURUKAN ROOT
  • Waranti phone secara automatik akan terbatal
  • Phone anda akan mengalami masalah sekiranya anda TER buang fail sistem operasi


ANTARA SOFTWARE POPULAR YG DIGUNAKAN SELEPAS ROOT
  • SuperSu
  • Root Explorer
  • Titanium Backup
  • Rom Manager
  • Rom Toolbox
  • Busybox
  • AdFree
  • Battery Saver Greenify
  • Battery Calibration Stat
  • Daemon Controller
  • Font Changer
  • Xposed ( Gravity Box )
  • Apps2sd



So saya harap pembaca2 sekalian dpt memahami serba sedikit tentang root , baik buruk dan kelebihannya dari artikel ini. Sekian terima kasih.