Nuffnang

Selasa, 8 Januari 2019

FASA PERTUNANGAN

TUNANG


Tunang bukan lesen untuk berdua-duaan. Hakikat tunang itu sendiri merupakan janji untuk bernikah. Dan kesan pertunangan itu adalah HANYA menghalang lelaki lain dari meminang perempuan itu. Tidak lebih dan tidak kurang.

Dan perlu diinsafi, tempoh pertunangan ini juga adalah merupakan tempoh yang paling mencabar. Syaitan akan berusaha sedaya upaya untuk merobohkan masjid yang belum lagi dibina. Syaitan sangat benci akan pernikahan kerana tiada lagi lubang maksiat dan dosa antara mereka. Semuanya menjadi lubuk pahala.

Di waktu ini jugalah kita akan berjumpa dengan orang yang lebih baik dari dia. Kepada lelaki dan perempuan yang tidak menjaga pandangan, secantik atau sekacak mana pun pasangan anda tidak akan pernah cukup.

Jika terlalu menghisap madu berpacaran ketika tidak halal, perkara yang halal tidak lagi menjadi istimewa. Rumahtangga menjadi hambar.

Mula lah menjaga diri di saat pertunangan. Jangan terlalu galak di luar. Jangan kerana kita mencari yang sempurna, yang terbaik disisi kita dilupa. Akhirnya, yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan