Nuffnang
Isnin, 7 Januari 2019
PANDUAN BELI KERETA BARU
PANDUAN BELI KERETA BARU BERGAYA
1. Kebelakangan ini makin banyak kereta baru akan dan telah keluar dipasaran.
2. Ramai yang dah terliur dan mula pasang angan angan. nak beli MYVI, Iriz, Axia, atau Bezza
3. Mari kita ulang kaji pelajaran, kereta yang layak kita beli adalah setahun gaji kita.
4. Jika gaji baru RM2,000 kereta yang kita mampu beli beharga RM24,000 sahaja.
Jika tiada kereta baru, belajar naik moto dulu atau beli yang terpakai saja
5. Bayaran kereta kita sebaiknya bawah 15% dari gaji. jika gaji RM3,000. Ansuran bulanan kereta mesti kurang dari RM450 sahaja.
Jika lebih, jurujual kereta akan kata "padan muka jerat sudah kena"
6. Boleh juga guna formula ini;
20 : 5 : 15
20% Deposit kereta
5 Tempoh Pembiayaan
15% Dari gaji bayar kereta
7. Jika masih lagi sukar dapat jawapan nak beli kereta atau tidak, guna pulak fomular ini.
Harga Kereta / 12 bulan = Gaji Layak Beli.
Jika harga Axia paling murah RM24,900 / 12 = RM 2075 gaji layak beli.
Jika harga MyVi baru paling murah RM44,300 / 12 = RM3691 gaji kita baru layak beli MyVi baru yang seksi itu.
8. Memang seronok naik kereta baru, kawan opis puji tinggi sebab nak naik kereta 'free'.
9. Belajar simpan duit dulu baru belajar nak beli kereta. lebih hebat jika beli rumah dulu baru kereta. Gegadis sangat suka sebab ada dapur IKEA.
10. Kereta terpakai bukan dosa, tak guna kereta baru jika sampai opis lewat juga.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan