Nuffnang

Rabu, 2 Januari 2019

NAK MASUK THAILAND DENGAN KENDERAAN SENDIRI?

Nak Masuk Thailand Dengan Kenderaan Sendiri? Ini 11 Tips & Langkah Penting Yang Korang Wajib Tahu.👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻


1. Anda perlu membawa geran asal atau salinan geran dimana mestilah diatas nama salah seorang pemegang passport yang akan ikut serta (gambar 1). Sekiranya ianya bukan diatas nama anda atau atas nama syarikat, surat kuasa membawa kenderaan tersebut hendaklah dibuat.

2. Menggunakan agent untuk urusan membeli insurans (gambar 3) di bandar-bandar terdekat dengan sempadan adalah lebih senang. Semasa membuat insurans ini, sila serahkan geran dan passport anda kepada mereka.

3. Agent akan uruskan sekali kad putih (gambar 6) dan borang TM3 (gambar 4) yang mengandungi senarai penumpang sebanyak 2 salinan.


4. Setelah lengkap dokumen seperti diatas diperolehi, bolehlah lanjut ke ICQ Malaysia. Disebelah Malaysia, anda tak perlu turun dari kenderaan. Teruskan memandu ke bahagian imigresen, serahkan passport anda tanpa kad putih tu.

5. Setelah selesai, teruskan memandu dan sebaik sampai di ICQ sebelah Thailand, park kereta anda ditempat yg disediakan. Penumpang semua harus turun. Semua penumpang termasuk pemegang geran harus selesaikan urusan passport terlebih dahulu

6. Semua nama yang tersenarai dalam borang TM3 (gambar 4) haruslah berada dilorong yang sama. Kesemua passport bersama borang tersebut harus diserahkan dan pegawai imigresen akan memanggil sorang-sorang mengikut passport untuk diambil gambarnya. Kalau sesetengah ICQ yang kecil, kanak-kanak tidak dipanggil pun.


7. Pastikan borang TM3 tersebut distamp masuk, begitu juga kad putih (gambar 6) dan passport anda (gambar 5). Satu salinan TM3 diambil oleh imigresen dan satu lagi haruslah anda simpan untuk diserahkan kembali kepada imigresen Thai semasa anda keluar. Adalah menjadi kebiasaan untuk memberi ‘tips’ sbyk RM2 kepada pegawai imigresen tersebut. Boleh cuba untuk tidak beri tips selagi tidak diminta. Boleh gak nak gaduh jadik pasal kat border macam mat salleh selalu buat.


8. Setelah itu pemegang geran haruslah ke booth Kastam. Disitu, serahkan passport dan geran anda kepada pegawai yang bertugas. Anda akan diissue permit import sementara (gambar 2). Sekali lagi, ‘tips’ harus diberi iaitu sebanyak RM10.

Bila dah selesai, utk keluar dr Thailand, ikutilah prosedur tersebut :

9. Sebaik sampai di sempadan, pemegang geran hendaklah menyerahkan semula permit sementara (gambar 2) di booth kastam. Lain sempadan lain cara. Ada yg serah jer (border Wang Prachan) dan ada yg perlu menanda tangani buku (border Sadao). Kalau tak pasti tunggulah depan muka pegawai kastam tu sampai dia halau hehehe…. di peringkat ni, tiada ‘tips’ diperlukan.

10. Sekali lagi sepertimana masa masuk, masa keluar nanti, semua nama yg tersenarai dlm TM3 haruslah beratur sekali. Ketua rombongan serahkan borang tersebut utk distamp keluar. Mereka akan ambil borang tersebut dan kad putih (gambar 6). Pastikan semua passport ada stamp keluar seperti dlm gambar 7.

11. Jika anda masih menyimpan kad putih, atau tiada stamp keluar pd passport anda, anda dianggap masih berada didalam Thailand. Sekiranya tarikh tempoh menetap di Thailand telah expired anda akan dianggap sebagai ‘overstay’. Thailand sgt serius dan ketat undang2 tinggal melebihi tempoh mereka. Denda sgt tinggi dan anda akan menghadapi banyak masalah birokrasi yg melibatkan byk $$$. Ramai yg terlepas pandang dgn prosedur terakhir ni.

*NOTA : Jika ada perubahan prosedur/kos sila maklumkan kepada kami. Artikel ini disalin melalui sumber yang tertera di bawah.

Kredit to Ija Zahri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan