JANGAN KAHWIN MUDA?
Baru-baru ini kecoh kes skandal artis yang hangat diperkatakan di media sosial dan juga portal berita. Korang mesti tahu siapa kan, tak perlu saya sebut pada status ni. Haha. Saya tak berminat langsung sebenarnya nak mengulas bab kontroversi artis ni. Tetapi memandangkan ia dah melibatkan rumahtangga, saya pun nak berkongsi serba sedikit pengalaman saya dari sudut lain. Sudut yang kita semua boleh muhasabah.
Sebelum ini (dalam tahun lepas) telah keluar satu statistik oleh Mahkamah Syariah tentang penceraian yang berlaku oleh pasangan muda di Selangor. Hanya di Selangor sahaja. Belum termasuk negeri lain! Dan apabila korang tengok statistik ini, ia SANGAT KRITIKAL !! (ada dalam surat khabar Kosmo! seperti gambar di bawah)
Actually, saya secara peribadi memang dah sedia maklum tentang perkara ini selepas tanya beberapa pegawai agama. Kes penceraian paling banyak setakat ini adalah dari kalangan pasangan MUDA. Ya, kalangan orang MUDA. Dalam gambar ni hanya sebahagian KECIL sebab musabab penceraian yang berlaku. Nampak macam remeh kan?
Tetapi INILAH REALITI !
Dan penceraian di kalangan pasangan muda ni sebenarnya ada ROOT CAUSE dia. Apakah root cause nya?
1. Antaranya adalah ; ramai anak muda ingat perkahwinan ini adalah MAGIK. Contohnya, ramai yang bersemangat dan berkobar-kobar untuk kawin muda atas alasan NAK ELAK MAKSIAT, nak tunduk pandangan, dan sebagainya.
Padahal selepas kahwin ramai saja yang masih buat maksiat, masih tak tunduk pandangan, masih kacau perempuan lain, masih kacau suami orang lain, dan sebagainya. Sebab apa?
Sebab perkahwinan BUKAN MAGIK. Kahwin tidakkan ubah kau punya masalah peribadi dan iman serta merta. Bukannya selepas saja selesai majlis akad nikah, terus sebelum ni perangai macam syaithon, "Puff!!" berubah serta merta pakai kopiah, jubah, rida' atau malaikat bersayap. Kaki DVD betullah.
Yang BOLEH UBAH masalah peribadi dan iman kau adalah TAQWA !! Ya, semata-mata taqwa! Taqwa ini maksudnya kau taat perintah Allah dan jauhi larangan Allah SUNGGUH-SUNGGUH serta ikut sunnah Rasulullah semampu yang boleh.
Ya, Taqwa SAHAJA yang akan ubah peribadi kita. Kahwin itu hanya sekadar "ALAT" MEMBANTU sahaja, tetapi bukan semata-mata MENGUBAH. Ibarat macam di sekolah, buku teks ini hanya alat bantu mengajar sahaja. Yang mampu memberi kefahaman adalah ilmu cikgu itu.
Dan TAQWA ni BUKANNYA semata-mata dapat selepas kahwin. TIDAK SEMESTINYA. Yang pasti, taqwa ni mesti diusahakan sejak SEBELUM KAHWIN lagi. MESTI!
Kalau sebelum kahwin kau tak tunduk pandangan, selalu tengok video lucah, kacau perempuan, jadi pisau cukur, suka usha lelaki hensem macam lee kwan soo, me bakso dan sebagainya, selepas kahwin ingat semua perangai jahiliah ini akan hilang macam tu saja?
TIDAK !! Ouch!
Kalau nak mula tinggalkan, mesti usaha sejak SEBELUM KAHWIN lagi. Dan selepas kahwin tu, pasangan kau hanya boleh tolong sikit-sikit saja, seperti nasihat, peringatan, dan lain-lain. Tetapi selebihnya adalah pada DIRI KAU SENDIRI. Kau yang kena usaha ubah masalah dan dosa peribadi kau. Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum sebelum mereka USAHA untuk ubah nasib mereka terlebih dahulu!
Biasa dengar kan ayat atas ni?
Dulu, pernah sekali masa zaman saya belajar, ada 2 orang pelajar ni berkahwin semasa belajar di sebuah IPT di Malaysia (tak perlu tahu IPT mana). Kalau tak silap, masa tu mereka tahun 2.
Kemudian, lepas nak setahun kahwin, akhirnya MEREKA BERCERAI dalam keadaan perempuan tu nak final exam pada tahun 3. Alasan bercerai, sebab bekas suami dia main kayu 3, dan juga bekas suami dia kata,
"tak puas hidup bujang".
Padahal sebelum kahwin punya beriya-iya kononnya kahwin sebab nak tunduk pandangan, nak elak maksiat, etc. Ini kes real.
Sebab tu, sebelum kahwin, perbaiki ketaqwaan kita hari-hari. Setiap kali kutbah Jumaat selalu sebut pasal "PERBAIKI DAN TINGKATKAN TAQWA".
2. Kemudian, ramai juga bagi alasan nak kahwin muda sebab nanti katanya, selepas kahwin rezeki murah. So sebelum kahwin tak perlu fikir pasal kewangan, sebab kononnya kewangan ni "dunia" je.
Lalu, mereka pun berfantasi dengan menyangka selepas kahwin, duit akan turun mencurah-curah ke ladang gandum, puff! jadilah... Arghh.. Haha.
Betul rezeki akan murah, sebab Allah sendiri kata dalam surah An Nur ayat 32,
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui."
Tetapi kefahaman bahawa lepas kahwin, tak payah berusaha, duduk rumah goyang kaki, suruh isteri kerja sedangkan suami mengadap TV tunggu FIFA 2018, lalu menyangka insyaAllah akan turun rezeki melimpah ruah.
Ini SALAH ! Islam ni BUKAN agama magik. Memang betul perkahwinan akan bagi rezeki berkat, permudahkan rezeki dan seumpamanya. TETAPI KALAU TAKDE USAHA & IKHTIAR, MEMANG TAK KEMANA.
Apa itu rezeki? Saya dah hurai dalam buku Aku Bukan Malaikat tulisan saya sendiri. Kalau korang nak baca bab rezeki ni terus, nah baca di link ini : http://www.tarbiahsentap.com/2017/08/betul-ke-rezeki-dah-ditetapkan.html
Kalau sebelum kahwin tahunya tidur lepas subuh, bangun dah tengah hari. Kemudian buat kerja atau cari kerja malas. Sebelum kahwin selalu mengharapkan duit mak ayah kat kampung sebab malas nak berdikari cari sendiri.
So lepas kahwin pun tak nak berubah, atas alasan "nanti murah rezeki". Tapi solat pun tak jaga, amal entah ke mana, tidur sampai ke laut, dah kahwin pun selalu main game sampai abaikan tanggungjawab, dan sebagainya.
Macam mana rezeki nak datang melimpah ruah dan berkat?
3. Lepas tu apabila berlaku krisis lantas bercerai, salahkan pula TAKDIR.
"Ini semua takdir, nak buat macam mana.."
Urgh ! Dalam buku "Aku Bukan Malaikat" pun saya ada ulas secara detail tentang "Apa Itu Takdir?". Baca kat sana. Tetapi kat bab jodoh pun, saya ada tulis juga. Baca di sini :
http://www.tarbiahsentap.com/2017/06/betul-ke-jodoh-dah-ditetapkan.html
Tapi nak kata, bercerai ni bukan semata-mata takdir, ia juga adalah pilihan. Sebab tu cerai ni adalah perkara halal yang Allah benci. Allah bagi pilihan pada kita, sama ada nak buat, atau tak nak buat.
4. Selain tu, dalam rumahtangga sebahagiannya LANGSUNG tak HIDUP AMAL FARDI seperti solat berjemaah, baca Quran, baca hadis, budaya BERBINCANG SUAMI ISTERI, bangun tahajjud, dan sebagainya.
Budaya ni maybe berlaku pada awal perkahwinan, ya la sebab masih "manis" lagi. Lepas dah pertengahan, terus "kering". Lalu hilanglah sakinah, mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga.
Nauduzubillahiminzalik.
Dan banyak lagi faktor bercerai muda ni selain dari tak matang, dan sebagainya. So apa solusinya?
Adakah solusinya JANGAN kahwin muda?
SALAH !! Kalau nak kahwin muda, KAHWINLAH MUDA. Sebab perkahwinan itu antara solusi terbaik.
TETAPI, buat PERSEDIAAN betul-betul. Sebab kahwin ni BUKAN PERKARA main-main. Ia melibatkan maruah, kehormatan, aib, tanggungjawab, hubungan antara keluarga dan melibatkan perjalanan akhirat kita, sama ada ke Syurga, atau Neraka.
So, apakah persediaan nak kahwin? Saya ada tulis detail dalam buku "Aku Bukan Malaikat" pada bab "Bernikah Tanpa Couple?", saya terangkan secara DETAIL, apakah itu "Kewangan yang kukuh", persediaan, dan sebagainya. Kalau malas nak pergi kedai buku, hanya rajin baca status mukabuku atau blog, jemput baca di sini, saya dah tolong tuliskan untuk korang :
http://www.tarbiahsentap.com/2015/12/macam-mana-nak-nikah-tanpa-couple.html
Cuma ingat,
Nak bernikah JANGAN MENUNDA-NUNDA, dan JANGAN TERGESA-GESA. Buat persediaan betul-betul, bukannya main redah gitu saja.
Moga bermanfaat. Wallahu'alam
------------
p/s : Siapa yang masih TAK NAMPAK apa point yang saya nak sampaikan, takpelah, saya simpulkan untuk anda.
1. Berkahwinlah, sebab ia antara sunnah terbesar Rasulullah. Siapa menolak atau benci syariat perkahwinan, Rasulullah tak mengaku umat. So wajib usaha untuk kahwin.
2. Berkahwinlah muda. Sebab Rasulullah sendiri suruh pemuda kahwin muda. Tetapi APA SYARATNYA? Syaratnya adalah MAMPU.
Apa yang dimaksudkan dengan MAMPU? Saya ada hurai dalam buku saya.
Kalau TAK MAMPU? Bukannya tak payah kahwin, kalau tak mampu PUASA. Puasa dalam erti kata, berusaha ke arah mampu !
3. Nak kahwin ni bukan benda MAIN-MAIN. Ia SERIUS. Ia melibatkan maruah, aib, tanggungjawab, hubungan keluarga bahkan sampai tahap perjalanan kita ke Syurga atau Neraka.
So disebabkan ia bukan main-main, so ia perlukan PERSEDIAAN. Apakah persediaan itu?
Saya ada hurai dalam link : http://www.tarbiahsentap.com/.../macam-mana-nak-nikah...
4. Bila dah kahwin, kena tahu tanggungjawab. Bukannya dah kahwin, anggap semua macam "magik". Semuanya berubah sekelip mata. No such thing.
Kena usaha, dalam masa yang sama tawakal. Mohon tegur kalau saya salah.
Kalau sesiapa nak share, dipersilakan je. Tiada masalah. Wallahu'alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan