===================
KRONOLOGI HP DICURI
===================
27/8/2018
------------------
Pada waktu maghrib (dalam 7.15), bapa saya dan saya ingin ke masjid menaiki motor. Semasa saya naik tu saya perasan yang bapa saya letak henpon (Xiaomi Note 5) di bakul motor.
Tiba di masjid. Kami tergesa-gesa turun dari motor untk ambil wudhuk. Waktu tu imam da start solat. Dan memasing tak pikir apa sbb nak kejar solat berjemaah. Sehinggakan hp bapa saya tertinggal.
Semasa balik dari masjid. Bapa saya bertanyakan kepada saya "td ayah ada bawak hp pegi masjid ke?" Sambil mencari hp di rumah. Saya pon teringat td mase nak naik motor mmg dia bawak. Saya ckp dekat dia "ehhh, td mmg bawakkan ? Sbb td nampak kat bakul".
Dengan kelam kabut, dia ajak saya patah balik ke masjid. Mencari semua budak-budak kat masjid. Tanya ada nmpak tak orang lalu kat tempat parking motor. Semua ckp tak nmpak.
Semasa semua da balik masjid. Kami pun beredar. Ayah saya ckp "dah lah hp bisness tu. Td tengah banyak masuk order". Pastu saya ckp lah "takpe saya try mintak bantuan otai xiaomi"
Tu yang saya post kat group "XIAOMI". Saya dapat memacam cara. Ade yang suruh guna google, mi accaount dan apps (tengok youtube). Tp semua tu tak berkesan pada malam tu. Cume saya dah locked hp tu. Dia akan kluar seperti GAMBAR 2. Di dalam GAMBAR 2, saya tulis "This phone have lock. Please call this number" dan ruangan no tel tu saya tulis no hp saya. So, sesiapa yang dah format hp tu pon. Mmg tak boleh bukak selagi takde password mi account owner.
28/8/2018
------------------
Keesokkannya, waktu pagi dalam pukul 8.45 saya baru balik dari jogging. Ada orang call saya terus tanya "Hello mcm mane nak bukak mi accaount ni?". Saya mase tu pikir ingat customer saya. Tu jadi pelik. Knapa dia tetiba tnya. Saya tanya balik "ni siapa ya?" Terus dia letak. Saya try lha call no tu balik. Tak dapat. Maybe da off phone.
Pada masa yang sama saya dah terpikir. Hp tu mesti da on. Terus saya track hp tu. Dapat track kat area kawasan taman permain nak masjid (GAMBAR 3). Terus saya pegi cari. Tak nmpak ada orang pon kawasan tu. Kecuali di kawasan masjid. Ada beberapa orang yang kami syak iaitu Bangla, orang dalam masjid and budak skolah. Time tu mmg tak dapat lagi track sbb hp tu da off.
Masa pukul 12.20 gitu saya dan ayah saya tengah buat delivery makanan ke customer. Dapat track lagi dekat kawasan skolah menengah. Terus kami syak mmg budak skolah tu. Budak tu mmg budak taman perumahan kami. So, mmg bnyak kali jugak lha nmpak muka dia ni.
Selepas buat delivery, kami terus ke tracking GAMBAR 4. Masa smpai situ mmg budak tu ada dengan kawan-kawan dia. Terus kami panggil dia masuk kete.
Bapa saya tak banyak ckp terus ckp kay dia "Kau ni masih budak sekolah, aku tak nak panjangkan citer. Tak bagitahu bapak ko tak report polis. Susah ko nnti. Lebih baik pulangkan hp aku". Memula dia pura-pura mcm tak tahu. Dia ckp "tak tahu".
Sebelum tu budak tu mmg pernah buat hal. And pernah gak nak bertumbuk sebab ajar budak skolah rendah merokok. So saya da hadap dia sebelom ni.
Mase dia ckp tak tahu tu, saya ckp lah "ni kes ke 2. Pertama ko ajar budak sekolah rendah merokok. Ni dah masuk ke 2. Sebelom jadi pape baik pulangkan. Aku dapat trace berkedatan rumah kau. And mase kat masjid td pon nmpak muke kau. Ni trace kat sini muke kau. Pulangkan sekarang!!!". Terus dia ckp kejap. Hp kat member. Dia pegi amek. Pastu masuk kete semula. Dia pulangkan (GAMBAR5), Tp hp tu dah format. Cume dia tak boleh pakai sbb kene ade password owner. Boleh rujuk gambar dibawah😎
Tu jelah dari saya. Yang selanjutnya urusan bapa saya dgn dia.
#Jangan ingat iphone je boleh trace. Xiaomi pon boleh 🙊
Semoga membantu😄
#kredit to Muhammad Amin Md halim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan