Nuffnang

Isnin, 7 Januari 2019

PENGURUSAN KEWANGAN ANAK MUDA

Tips kewangan anak muda

1. Bila mula kerja, jangan beli kereta sampai separuh gaji kita, tetapi mula lah dengan simpan 3 ke 6 bulan gaji kita

2. Sebagai permulaan dalam membina kewangan, set kan matlamat sejelas-jelasnya. Sebab bila kita ada matlamat yang jelas, kita tahu apa yang kita nak capai dan kejar. Selalu ada rasa nak upgrade diri dan keluarga.

Contoh, anda nak beli rumah dalam masa kurang 5 tahun, jadi mula buat kira-kira berapa simpanan yang perlu disimpan setiap bulan, berapa deposit, berapa bayaran bulanan, dan banyak lagi.

3. Anak muda yang baru kerja atau yang baru bermula, jadikan 3 tahun pertama ini sebagai tahun untuk membina kewangan. Kawal perbelanjaan, kawal nafsu berbelanja, kawal beli barang kehendak secara berlebihan dan pastinya ia sukar untuk dilakukan bila kita masih belum cuba.

4. Tukar kan hobi dari banyak membuang masa, melepak, dan aktiviti yang banyak menghabiskan duit kepada aktiviti yang boleh jana pendapatan kedua kita. Sekarang zaman semakin canggih bila kita boleh buat bisnes online, grab car, agent dan macam-macam lagi.

5. Waktu muda ni kalau boleh elakkan ambil personal loan dan credit card jika kita tidak memerlukannya. Sebab kebanyakkan anak muda akan stuck bila kumpul hutang di dua tempat ini.

6. Melatih diri dengan menyimpan terlebih dahulu sebelum kita merancang untuk beli rumah. Simpanan sukar dibuat bila kita tak nampak tujuan simpanan itu dilakukan. Lakukan save & forget sebelum kita berbelanja.

7. Review kewangan kita setiap kali dapat gaji. Buat penolakan wajib dan komitmen setiap bulan, selepas itu tolak simpanan dan last sekali baru belanja. Disarankan simpan di tabung haji dan asb agar menyukarkan kita untuk keluar duit lebih cepat.

8. Berkawan lah dengan circle kawan yang baik dan positif sebab ianya sangat membantu kita dan beri semangat pada kita untuk terus maju lagi.

Pembacaan di fb/ insta yang kebanyakkannya adalah page yang banyak menjual barangan murah dan mendorong kita untuk shopping perlu di tukar kepada page ilmiah dan perkongsian ilmu secara percuma dan banyak dikongsikan dalam fb. Nescaya kita pun terikut dan ada mind set untuk jaga kewangan dan kumpul aset di usia muda.

Semoga bermanfaat 😉

Tiada ulasan:

Catat Ulasan