Nuffnang

Selasa, 8 Januari 2019

Tidak lama lagi kita nak pergi dah...Pesan pada anak-anak kita

Tidak lama lagi kita nak pergi dah...πŸƒ
Pesan pada anak-anak kita...πŸ’š

πŸ‘³πŸ»β€β™€πŸ§•πŸ»1. Beritahu anak-anak di mana kain batik lepas disimpan; se elok2 nya kain selimut/cadar putih. bolih beli di kedai uniform sekolah.

πŸ‘³πŸ»β€β™€πŸ§•πŸ»2. Sentiasa sediakan wipes, gunting & pemberat dlm 500g bersama kain-kain batik serta selimut putih /cadar.

Β«Lepas confirm tak ada nyawa lagi, apa yang perlu anak-anak kita lakukan di rumah sementara menunggu jenazah kita dikebumikan:

πŸ‘³πŸ»β€β™€πŸ§•πŸ»3. Gunting seluar dalam, bersihkan najis-najis besar dan kecil. Penting, sebab, setiap manusia yang diambil nyawa akan dalam keadaan terperanjat sehingga terkeluar najis dan terkencing. Tak mahu najis-najis tadi lama dibadan dan berbau busuk pada jenazah. Lagi pun susah untuk dibasuh kalau dah kering.

πŸ‘³πŸ»β€β™€πŸ§•πŸ»4. Gunting baju supaya tak perlu dibalik-balik jenazah.

πŸ‘³πŸ»β€β™€πŸ§•πŸ»5. Ambil minyak zaiton atau vaseline, sapu pada sendi2 lengan supaya senang dilipat tangan dalam keadaan solat.

πŸ‘³πŸ»β€β™€πŸ§•πŸ»6. Ambil kain, ikat dari mulut naik ke kepala supaya mulut tertutup rapat. Sumbat hidung & telinga sekiranya ada lendir.

πŸ‘³πŸ»β€β™€πŸ§•πŸ»7. Tutup rambut dengan selendang.

πŸ‘³πŸ»β€β™€πŸ§•πŸ»8. Posisikan jenazah dalam keadaan kaki ke arah qiblat.

πŸ‘³πŸ»β€β™€πŸ§•πŸ»9. Letakkan pemberat atas perut utk mengelakkan perut membuncit.

πŸ‘³πŸ»β€β™€πŸ§•πŸ»10. Ambil kain batik lepas/selimut putih, ditutup jenazah.

πŸ‘³πŸ»β€β™€πŸ§•πŸ»11. Maklumkan AJK surau, buat laporan polis & hospital.

πŸ‘³πŸ»β€β™€πŸ§•πŸ»12. Dimandikan dan dikafankan.

πŸ‘³πŸ»β€β™€πŸ§•πŸ»13. Solatkan jenazah, seelok2nya lepas solat fardu mudah2an dapat berkat lebih 40 orang jemaah orang alim.

πŸ‘³πŸ»β€β™€πŸ§•πŸ»14. Kebumikan jenazah.

πŸ’šPaling utama, buat dengan lembut dan penuh kasih sayang sebagaimana sayangnya jenazah pada semua anak-anak semasa hayat mereka...πŸ’š

*Sebarkan kepada setiap orang Islam agar anak-anak tahu dan bersedia. Jangan diaibkan jenazah dengan bau-bau yang kurang enak. Berbaktilah kepada jenazah, mungkin ibu, ayah, datuk, nenek kita buat kali terakhir.*

__________________________________

Cara-Cara Memandikan Jenazah

Peralatan Mandi Jenazah
> Tempat Mandi Jenazah
> Air Mutlak Secukupnya
> Air Daun Bidara
> Kapas
> Putik Kapas
> Sabun
> Air Mawar
> Minyak Attar
> Serbuk Cendana
> Kapur Barus
> Sarung Tangan
> Apron Plastik
> Bekas Menjirus Air
Orang-orang yang boleh memandikan jenazah/mayat.
Jenazah Lelaki
β€’ Kesemua lelaki.
β€’ Isteri
β€’ Orang yang haram nikah dengannya.
Jenazah Perempuan
β€’ Kesemua perempuan.
β€’ Suami.
β€’ Orang yang haram nikah dengannya.
Cara-Cara Memandikan Jenazah
β€’ Pengendali mayat hendaklah memakai lengkap dengan sarung tangan dan apron.
β€’ Letakkan mayat ditempat mandi yang disediakan.
β€’ Siramkan mayat dengan air biasa dari hujung kepala sehingga hujung kaki. (Siraman air hendaklah bermula daripada kepala).
β€’ Istinjakkan lah mayat terlebih dahulu dengan menggunakan kain alas agar tidak tersentuh auratnya.
β€’ Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya.
β€’ Mengeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau memicit-micit perutnya secara perlahan.
β€’ Membersihkan mulut dengan mengeluarkan segala sisa atau kotoran yang tertinggal.
β€’ Siram dan basuh dengan air sabun.
β€’ Bersihkan gigi.
β€’ Bersihkan hidung.
β€’ Bersihkan telinga.
β€’ Bersihkan jari tangan, pelipat lengan dan celah ketiak.
β€’ Bersihkan rambut.
β€’ Bersihkan jari kaki.
β€’ Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga.
β€’ Kemuudian bilas dengan air yang bersih seluruh anggota mayat sambil berniat.
Lafaz niat memandikan jenazah:
Lelaki:

"Sengaja aku memandikan Jenazah (lelaki) ini kerana Allah Taala"
Perempuan:

"Sengaja aku memandikan Jenazah (perempuan) ini kerana Allah Taala"
β€’ Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air bersih.
β€’ Siram sebelah kanan 3 kali.
β€’ Siram sebelah kiri 3 kali.
β€’ Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah belakang.
β€’ Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula.
β€’ Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram dari kepala sehingga ke hujung kaki.
β€’ Sediakan air kapur barus.
β€’ Tutup seluruh anggota mayat dengan kain nipis (kain kapan).
β€’ Siram air yang dicampur dengan kapur barus di atas kain ini dari atas kepala sehingga ke hujung kaki.
β€’ Lepas itu wudukkan mayat.
Lafaz niat mewudukkan mayat:
Lelaki:

"Sengaja aku mewudukkan jenazah (lelaki) ini kerana Allah Taala"
Perempuan:

"Sengaja aku mewudukkan jenazah (perempuan) ini kerana Allah Taala"
β€’ Lapkan menggunakan tuala pada seluruh badan mayat.
β€’ Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan dan ditutup seluruh tubuhnya seluruh tubuhnya dengan kain.
β€’ Setelah itu, mayat diusung ke tempat perbaringan untuk dikafankan.
β€’ Segala bahagian yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam kapan bersama dengan mayat. (Contoh: rambut, kuku dll).

πŸ’šSharing is caringπŸ’š

Tiada ulasan:

Catat Ulasan